Posts

Showing posts from November, 2009

@ Hotspring Sg Klah Sungkai Perak

Image
2 hari 1 malam di Hotspring Sg Klah Sungkai Perak memberi 1001 kenangan yang manis buat diri sekeluarga...first time menjejaki bumi Sungkai sememangnya asing bagi kami kerana kami orang pantai timur...cantik juga pemandangan sekeliling walaupun lokasinya jauh nun di kawasan pendalam felda sg klah...so ini lah gambaran hotel/chalet yang kami menginap untuk satu malam...
dikelilingi pokok kelapa sawit tua...seolah berada di lembah atau kawasan felda...tambahan pula cuaca redup dan nyaman sekali memandangkan kawasan ini masih mengekalkan kehijauan aslinya...

apa yang menarik yang terdapat di hotspring ini..ada kolam air panas...memang panas suam...boleh tertidur dalam kolam kalau berendam lama-lama...ada kawasan boilling eggs (memang panas sungguh rasanya..I tak pergilah cuma tengok ramai pelawat pergi kawasan tersebut membawa telur ayam..huhuhu),, ada kolam air sejuk...yang ni cam ala-ala sunway lagoon kecik jer...tapi okla not bad, ayurveda treatment (urut), spa, cycling dan kolam air…

Handphone free lagi...hooray

Image
Semalam miss Gevene dari Unilever call...suh datang amik hadiah kebetulan hari ni cuti I ngan Anaqi pergilah ofis Unilever kat Menara TM...
So inilah hadiahnya menang dari Sunsilk Impian (first prize)..ni kali ketiga I menang HP...since hp yang I guna sekarang dah tak berapa menawan rasanya masa pun sangat sesuailah I nak bertukar ke baru...alhamdulillah rezeki I untuk bulan ni...huhu

ni lak takde kena mengena ngan atas..rezeki anak I...dapat third prize mix n match anjuran KFC..dapat voucher KFC RM50, MPH RM100 dan Toy R'Us RM50...okla.... yahooo..nak bercuti dengan gembira....

@ Barbie and the Three Musketeers Tea Party

Image
25 Nov 2009 bertempat di Cathay Cineplexes Cineleisure, I, Yana dan Anaqi menyertai Parti Barbie anjuran BHVN Company...bermula pada pukul 1.30 tengahari.
Yana di Parti...

Di booth ini, setiap kanak-kanak perempuan dikehendaki membaling bola pingpong..kalau rezeki dapat masuk penalti special prize..dapatlah patung barbie...kalau tak dapat goodies barbie (small items)...Kat sini Yana dapat set sikat, cermin Barbie Rapunzel

Booth ni guess n win...kena pegang dan rasa lepas tu teka...kat sini Yana dapat pinggan sesame street dan pencil color.
susun dan menang....Yana dapat cd sponge bob kat booth sini...

booth ni pilih sticker dan lekat kat diri..(cam tatoo la tapi ni yang jenis boleh tanggal)...

so hasilnya....

ada sesi bercerita dan menyanyi...lihat betapa ramainya kanak-kanak dengan gaya princess masing-masing...

Yana yang sempoi...duduk dikalangan peserta..senyap ajer die tak cam kanak-kanak yang lain...huhu

kat lobi...kelihatan ibu-bapa bersantai sampi menikmati refreshment yang di…

Yesza marilah bershopping untuk anak-anak...

Image
Semalam malam I pergi jusco 1 utama...sempena ngan J card Day....so lihat apa yang I rembat ya... rembat beg untuk diri sendiri masa sampai kul 9.30 malam handbag corner tengah buat happy hour selama 15 minit..reduce up to 80%..so ramailah berebut nak beli handbag..so I kaut jer satu ..walaupun tujuan asal ke J card day untuk beli beg sekolah anak-anak ajer...
ni hasilnya beg barbie beroda(dapat botol air) untuk Yana, marvel heroes beroda untuk anaqi, Ben 10 untuk Akid dan Marvel heroes paling kecik untuk Afiq...semua tu diskaun 50%...beg Ben 10 Akid lagi best dah la best buy RM29 dapat lagi 50%....huishh..berpatutan sungguh harga yang ditawarkan..

Afiq dan Akid..begitu seronok dengan beg memasing....

ni pulak baju sekolah untuk Yana...punyalah berpasang-pasang I beli...tapi ni kat Pusat Pakaian Hari-Hari pada Ahas lepas...

Inilah pula Anaqi punya baju sekolah... Banyakkan..tapi semua guna voucher ..memang sengaja I simpan voucher yang I dapat untuk beli barangan keperluan anak untuk k…

sikit jer nak berbicara

Image
Wassup...

Sorry ya lama dah tak update blog...banyak cerita tapi disebabkan internet connection yang begitu slow..sampai tertido untuk upload gambar menyebabkan selalu ajer tertangguh nak mengupdate blog

lagi satu nak cuti..so nak pulun abis kerja biarlah cuti itu penuh bermakna...hahaha...

kat kepala asyik nak pikir shopping ajer...camaana ya dedet...dah cam ketagih..mengidam....whohoho...

okla...nak sambung buat kerja....adeiii

@Yana Graduation Day

Image
Graduation Day kat Gombak 14 Nov 2009- dah hampir 2 minggu berlalu..tapi maknya yang terkial-kial baru nak update..huhu..dek masalah ngan memory card reader...yess mari menyalahkan segala bentuk bantuan yang ada...gambar diatas ketika yana menerima scroll huhu...cam konvo betul-betul ajer..Yana juga dianugerahkan pelajar terbaik bahasa Melayu untuk aliran kelas die....oklah anak mummy ni sorang yang sangat suka membaca...
Yana dengan pakaian seragam putih...tinggi benar Yana kat tengah-tengah tu.. I ngan hubby time tu asyik nak tergelak je bila melihat kebesaran yana dibandingkan dengan rakan kelas die yang lain...hahaha...saiz keturunan belah hubby la ni...

antara gambar Yana dan kengkawan baiknya dia atas pentas dan dibawad pentas...Amirah, Husna Umairah dan ramai lagi...


ni la anak2 laki I yang dipakaikan sedondon...senang kalau hilang nak carik..hahah...t-shirt ni hadiah dari mak biq dieorang...jarang pakai sama-sama masing-masing ada selera tersendiri...tapi hari ni I arahkan se…

Makan @ Sate Kajang Hj Shamsuri

Image
bersempena ngan sepupu dedet sefamili dari Penang mai....n begitu sibuklah abang Man (sepupu dedet) nak makan sate Kajang...kami pun bawalah orang Penang yang mai dari jauh tu pekena ngan sate..walaupun bukan di kajang tapi di Uptown...sama jer rasanya maklumlah cawangan sate kajang Haji Shamsuri yang sama di kajang

ramai bebenor sampai kena cantum 3 meja....panjang berbaris..puak kami yang paling riuh dan kecoh kat dalam Restoran pada malam tu...
masing-masing duk khusyuk menghadap makanan...sate ayam 60sen secucuk..sate rusa Rm1.30 secucuk..nasi goreng kampung - boleh tahan sedap rasanya...harganya RM3.50, mee goreng pun not bad....RM3.50....dan lain-lain bukan main banyak order makanan malam tu...so untuk malam tu sahaja habis RM83.50....tapi memang meriah makan pada malam tu...cam tak larat bawa perut masing-masing lepas makan..hahahah


Mexican Foods @ Nachos Nachos

Image
Hari Ahad, waktu makan lunch...masa pusing-pusing kat Giant Kota Damansara, ternampaklah satu Restoran Mexican..."Nachos-Nachos"...Paling best kat situ ada tertulis free kid set meal..apa lagi pakat nak try lah...

antara di satu sudut restoran...duk bergambar sambil menunggu makanan yang dipesan...

ni margarita strawberry - non alcohol ya...rasanya sedap gak..siap ada gula kaler biru disekeliling gelas tu...

Anaqi n Yana berposing ikut cara masing-masing...masa tu tak ramai orang lagi... so macam biasa buat restoran tu cam mak ayah dieorang punya ler...
mushroom soup with garlic bread...yana punya..sedap gak, siap ada sayuran campur n ayam walapun base dia cendawan...spaghetti with chesse - ini free kids meal yang kitaorang dapat...khas buat Akid..ada la sausage di tabur atas spaghetti tu...kids meal free lagi - burger set yang ini untuk Anaqi...ada burger n fries.. 3 Amigos set...ada nachos, patotoes panggang, ayam bbq panggang dan salad...rasanya not bad sedap untuk orang d…