Posts

Showing posts from January, 2010

Nak masuk bulan Febuari dah..

Image
Mula-mula nak guna voucher RM50 kat Kedai Emas Tomei...memang nak kena tambah duitler..manaler ada harga emas RM50..beratus2 aderlah...since die valid sampai 10 Mac 2010 so bolehlah I survey untuk hadiah besday..kehkeh

Agak dah menyampah dengan wallet Jaspal I...walaupun beli guna voucher...tapi dah buruk..aderlah setahun wallet ni berkhidmat dengan I..huhu..sebab die besar so macam2 I sumbat dalam die...


so semalam kebetulan tolong amik barang member kat Sunway Pyramid..so I belilah satu wallet kat kedai THe Mist..cam cute jer warna pink n coklat..cam pesen budak2 pun ader..I suke so beli ajer lagipun harganya murah RM28 jer..(Gambar kat bawah tu terbalik..maleh ler nak upload balik, layan ajer lah)

ni tix wayang free (utk dua orang) dapat dari uip.com.my..cam nak ajak dedet tengok movie Case39 takpun Ju-On...whohooo... ni lah perancangan nak dibuat untuk awal minggu di bulan Febuari...

Lycra Hairband Giveaway

Image
Cantikkan hairband2 kat atas...hmmm

Ummi dari Sentuhan Jejari Ummi blogspot berbesar hati untuk menghadiahkan hadiah seperti yang tertera kepada semua blogger dan juga bukan blogger. Syaratnya amat mudah boleh lihat dan baca dengan teliti dari LINK ini ya!
Sebab hairband ni kalau dapat saya nak bagi kat Yana. So Yana dengan suka sesangat dengan hairband D atau E..."ada bunga-bunga Mummy".... Yolah kalau dibandingkan ngan bunga yang sebesar telapak tangan ayah die kat kepala baik bagi guna hairband bunga2..kehkeh..mesti comel..huhu So pada mereka-mereka yang kepingin nak hairband free..silalah cuba nasib membuat posting atau sebarkan kepada 5 rakan yang lain sebelum 28hb Feb 2010....wokehh

Aktiviti mingguan yang tak pernah ter"miss"

Image
cam biasa pepagi Ahad, perkara pertama yang akan ditanya oleh anak-anak I ialah "Mummy hari ni nak kena pergi Mall mana?"...sebabnya memang tiap2 minggu kitaorang ke Mall. Kalau Dedet kena kerja Mummy angkut jugak lah ke mana-mana so biasanya kitaorang samada pergi ke Giant Kelana Jaya, Carefour Subang Jaya ataupun Tesco kat Kota Damansara..Mydin jarang sangat pergi..Anak2 I pun dah tahu peranan masing2..Anaqi tukang amik dan tolak troley, Yana tukang kutip barang, 2 budak comot tukang menyibuk, dedet bertanggungjawab mengeluarkan duit dari walletnya sewaktu pembayaran di kaunter..mummy tukang bagi arahan dan sentiasa demanding untuk barang yang rasanya sebagai keperluan untuk minggu itu..kehkeh...

tapi sejak 2-3 bulan ni kedai CD/DVD kat OU dan speedy kat Giant Kelana Jaya menjadi port tetap..dedet dengan cerita animasi Jepun, Mummy cerita korea, latest Anaqi dan Yana beli "Jangan Pandang Belakang Congkak" (itupun setelah tawar menawar dengan Dedet yang membayarny…

Lea Khalid Giveaway

Image
sempena besday Puan Lea khalid, beliau ada menganjurkan contest Kira dan Menang..siapa cepat dan tepat boleh memenangi wang tunai sebanyak RM 50 tunaii...untuk keterangan lanjut boleh KLIK LINK ini ya!

Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..aminnn...

'Saat Manis Si Manja'

Image
Salam Ezna aka Ibu Dania,

Saat manis Si Manja,
Begitu banyak tidak dikira,
Hendak berkongsi sesama blogger,
Kerana ianya pengalaman istimewa.

Ibu Dania bermurah hati,
menganjurkan peraduan menarik sekali,
Marilah reramai kita sertai,
nak tahu lebih lanjut sila KLIK link ini!


Akid Zulqarnain bin Zulhazmi (masa gambar diambil berusia 8 bulan) Umur sekarang : 5 tahun Saat manis pertama kali membawa Akid bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu. Dengan kenangan menaiki bot laju, bermain pasir, melihat anak-anak ikan di pergigian air cetek adalah satu pengalaman berharga buat diri, keluarga dan Akid. Walaupun beliau ketika masih kecil tapi dari riak wajahnya begitu teruja terutama ketika bermain pasir. Memori ketika bercuti itu sempat jua kami rakamkan dalam lensa kamera. agar dapat dijadikan kenangan buat Akiddan keluarga selama-lamanya.

Adabi..Adabi 2 bulan ku menanti...

Image
Tengahari ni baru sampai..hamper adabi dari TV3 dalam Program MHI bersama "Spice Route Adabi".. Duk pikiaq gak bakpe lama hadiah ni nak sampai....tapi akhirnya sampai gak...so jimatlah belanja stok 1-2 bulan kicap dan segala rempah-rencah ratus..huhu (camlah I ni rajin sangat masakkan dedet)....:P

Al-Fatihah buat Allahyarham Tengku Mohammed Onn

Image
Tengku Mohammad Onn dalam kenangan Gambar insan sorang sahabat..copy dari facebook (halal dan maafkan ya)
Al-fatihah bekas pelajarku, Allahyarham Tengku Mohammed Onn yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari Sabtu 23 Jan 2010 kerana kemalangan jalanraya. Seorang pelajar yang baik, menyenangkan hati pensyarahnya dan sentiasa murah dengan senyuman. Kehilangannya amat dirasai oleh semua yang mengenalinya. Semoga beliau ditempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat hendaknya. Amin.

My-Alia.com Giveaway Special!

Image
Berkonsepkan pada cabutan bertuah.... dengan syarat anda mempunyai salah satu tiket, 2 dan selebihnya bagi melayakkan anda menyertai cabutan bertuah ini...
Tiket2 boleh diperolehi melalui....
4 tiket - untuk satu entry di blog anda
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di My-Alia.com
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di Danial's and Eva's Diary
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Facebook anda (sertakan link ke page ini)
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Twitter anda (sertakan link ke page ini)
1 tiket - sekiranya anda letak banner My-Alia.com di blog anda (banner ada di sidebar)
1 tiket - sekiranya anda letak banner Danial's and Eva's Diary di blog anda

-total : 10 tiket ...wokeh boleh cuba semua...mana tahu "tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapalah yang tahu"

Hadiah sangatlah menarik...
Grand Prize:Satu (1) Baby Slings brand Little Pods Pouch Style Baby Carrier (retail price RM80.00) warna biru turqoise
Consolation pri…

I Love U Adik Contest

Image
Puan Lea Khalid dengan suka citanya menganjurkan satu contest posting di blog memasing.."I LOVE U ADIK"...syarat-syarat dan keterangan lanjut boleh klik ni LINK!

Mudah sajer dengan syarat tepek jer gambar yang menunjukkan kasih-sayang antara adik-beradik (max 3 keping ajer)... Jom-jom join tarikh akhir buat posting adalah pada 1 feb 2010..
Gambar Yana (7 tahun), Anaqi (8 tahun) dan Akid (5 tahun)...yang begitu teruja menunggu mummy di klinik...huhu masa ni rasanya hubby tengah try handphone baru die :)

2 budak comot yang begitu happy...Akid (5 tahun) yang begitu gagah mengangkat si Afiq cenggeng (3 tahun)... Kasih-sayang antara adik-beradik adalah sesuatu momento yang terindah terutama apabila mereka sudah pandai mengambil berat, prihatin dan sentiasa gembira apabila bersama. Ibarat isi dan kuku , air dicincang tidak akan putus...sesungguhnya ikatan kasih-sayang yang dibina bukan hanya berdasarkan nama persaudaraan bahkan silaturahim menjadi lebih kukuh pabila mereka dibesar …

Mari Selamatkan Bumi dan Berjimat!!

Image
Kempen dari opis sudah bermula Isni lepas..."Eco-Friendly Food Packaging"...
Kat sana-sini duk sibuk tempek banner camni....

Ni lah rupa bio-pack baru..so kalau nak beli makanan dan tapau bawa balik...cafe akan kenakan extra charge 20 sen untuk satu bio-pack ni....

untuk lebih jimat bila nak beli untuk tapau bawalah bekal makanan kosong sendiri...cam I...huhu..buruk benar bekas makanan I kan walaupun kat rumah penuh ngan tupperware...hmm

"Reddish Contest : Nama Utk Amoi Merah"

Image
Nama yang disyorkan oleh akal fikiranku ketika ini: aZiJa Reddy

Keterangan lanjut mengenai Giveaway KLIK sini ya...!
Nak join mehler sebelum tarikh ni--> 28/1/2010

Cerita Pak Pandir versi Moden

Image
Dari seorang teman...Boleh baca untuk menghilangkan stress...

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

============ ========= ========= ====

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. …

Give Away Barang Deko English Style

Image
Perhatian segala semua mahluk alam...

Adapun kisah Mrs Noor dari MrsNoorHobi.blogspot dengan bermurah hati hendak memberi hadiah seperti yang diatas dengan hanya satu syarat - iaitu anda semua yang berminat hendaklah meninggalkan sebarang komen dibawah posting seperti tajuk tertera di blog Mrs Noor itu sendiri. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan encin Random.org..

ok..jom reramai cuba nasib...mana tahu kalau menang boleh tambah aksesori kat umah memasing...Tarikh akhir bagi komen sebelum atau pada 29 januari 2010

Keterangan lanjut sila KLIK sini Ya!

Kenduri Kahwin Pertama Yang Dihadiri Untuk Tahun Ini

Image
Sebenar-benarnya untuk awal tahun ini, saya mendapat 3 jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan...tapi disebabkan masalah teknikal dan peribadi yang begitu busy dan tidak boleh dielakkan saya telah dengan sengaja "miss" majlis tersebut..keh..keh...

Tapi disebabkan gas dapur saya sudah habis sejak Jumaat, kedai runcit mamak tak nak hantar gas dengan alasan road tax motor dah mati ditambah bebanan suami yang terpaksa balik lewat gara2 kerja menimbun pejabat..saya pun pergilah kenduri kahwin anak kepada kawan suami saya pada hari Sabtu malam Ahad...so tak payah nak pikir malam Ahad nak makan kat mana...
mempelai diatas pelamin...yang baru pertama kali saya jumpa..huhu

ni adalah sedara-mara pengantin bersama Roslin Hashim... rasanya bapa pengantin 2 dari kiri..kitaorang panggil die Mr. Foreman.. .

antara tetamu yang hadir..begitu majmuk sekali...ada cina, melayu dan india dengan pakaian mengikut budaya masing2...

nasi minyak yang best banget...

tukang mesin ais buat cendol y…

Generasi Y vs Generasi X

Image
Saya hanya manusia biasa yang bukannya terlalu bijak bermain kata ataupun berpura-pura seolah sentiasa memahami setiap masalah yang dihadapi terutamanya dari mereka yang berada dalam golongan Generasi Y..Generasi ini sering dikaitkan dengan suka hiburan, semua mahu disiapkan dengan pantas, lebih kreatif dan banyak lagi...

Peranan saya (dari golongan Generasi X) sebagai seorang pendidik dan fellow (penjaga, pemerhati segala banyak "P") kepada golongan Generasi Y adakalanya memeningkan kepala..Contoh yang diberikan adalah berdasarkan pemerhatian saya terhadap siswi2 dan siswa2...

Apabila dianjurkan program seperti ..
Kalau tajuknya "Kecemerlangan Pelajar...." atau "Islam pada hari ini ...." Segala bentuk tajuk yang berbentuk ilmiah maka..bilangan yang hadir boleh dikira puluhan saja..saya pernah hadiri forum sebegini yang dihadiri tidak lebih dari 20 orang daripada jumlah siswa/siswi disini lebih dari 1000 orang...

Tapi kalau tajuk forumnya...
"Wanita dari …

Wii...yang kedua telah tiba...wehoo

Image
Pagi ni dapat bungkusan dari GDex....terima kasih pada kak Ita tolong "sign" penerimaan barang...huhu
Jeng..jeng...nilah Wii dan Guitar Hero set..hadiah dari Contest Idola Kecil Dutch Lady..so rasanya I hantar 3 borang untuk 3 minggu...satu borang tu tak banyakpun proof of purchase (lebih kurang 3 points)..hmm..rezeki I teka Dayana K04 yang jadi Juara tu menepati sasaran... Ni Wii yang kedua pernah I dapat dengan menyertai peraduan..alhamdulillah..so 2 tv kat rumah dah boleh pasang ngan wii...hmm :) Thank You Dutch Lady...

Yang Terlepas Datang Berganti...

Image
Masih teringat peristiwa minggu lepas bila I perasan notis pengambilan hadiah untuk satu contest online telah tutup sejak akhir tahun lepas. Disebabkan nama pemenang hanya ditepek di laman web tanpa diberitahu secara lansung samada melalui phone atau email. So memang I tak perasan langsung. Bila I called person in-charge, die kata sorry takleh claim sebab lebih dari duedate utk mengambil hadiah. Masa tu rasa frust jugaklah tapi nak buat macam mana takde rezeki...

Tup2 semalam petang hubby balik bawa bungkusan parcel menang barangan yang lebih kurang sama yang sepatutnya I dapat...huhu..tapi kali ni dari contest yang lain...Grand Prize for "The Taking of Pelham 123" Contest anjuran Utusan/Buena Vista...

Syukur....