Senarai barang nak beli pendek jer tapi...

Bila dah membeli..lupalak diri...Antara senarai asal barang yang hendak dibeli di KB ialah:
a) Budu botol
b) Keropok ikan (org kirim)
c) Al-quran untuk Yana
d) Nak 'redeem' periuk kat Giant KB
e) Ulam2 kat Pasar
f) Kuih baulu kat jambatan berhampiran umah Mek

Tapi apabila dah bagi 'green light' untuk bershopping inilah hasilnya... huhu

Baju tidur (RM10), baju jogging Yana (RM20) dan blouse (RM20) beli kat Pengkalan Kubor


Yana posing ngan baju yang dibeli...

Beg baru..hehe (cun tak?) beli kat Parkson KB. Harga asal RM159.00. Lepas less dapat RM49.00


Dress belang2...melilau mata hubby I..hahaha..RM20 beli kat kedai berhampiran dengan PCB


Baju tidur Yana (RM10) beli kat PCB

Baju tidur kaftan (RM13) beli kat PCB

Cerek (RM15) dan kuali (RM12) beli kat Pengkalan Kubor


Periuk 3 set cap Buaya (RM20.++) ngan duluang pembakar kek.


senduk Cap Zebra 2 (harga satu RM6)


brooch beli kat Pengkalan Kubor (RM2 sebijik)

Selipar buatan Thailand untuk Yana (RM10)

keropok2..habis kat RM90


Budu sedozen Cap Selera Kampung(RM16). Bukan untuk selera orang Bandar..kehkeh

Takde dalam gambar Al-Quran (RM30) untuk Yana beli kat Jaafar Rawas.

Mainan Ben 10 untuk 3 anak teruna (RM10 setiap satu)...

Baulu banyak ringgit gak beli tapi dah selamat dalam perut satu famili..huhu

Alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan, alang2 bershopping biar sampai ...
(a) ada duit boleh buat tambang balik
(b) pueh hati
(c) memuaskan hati dan famili
(d) senyum sampai ke pagi

Senarai barang nak beli pendek jer tapi... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 19, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. beg parkson tu cantik sgt!!! i like!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. aduh aduh....best nyer shopping!!! huhuhu (^O^)

    ReplyDelete
  3. suzz- tu ler suzz panahan mata terus melekat kat hati..amik byr terus ala "cash n carry" tanpa berfikir lagi

    ezz- kurus jer dompet bila balik kl...huhu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.