Posts

Showing posts from December, 2010

Tahun 2010 Berlalu Pergi, 2011 kini menghampiri..

Image
**Bye-bye teacher Yah, trimas kerana menjaga Amani selama ini. Amani will miss you so much :( Terlalu banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2010. Kejayaan dan kesedihan adalah perkara biasa terjadi dalam setiap diri manusia. Kita ambil sebagai positif "untuk mendewasakan dan mematangkan diri kita sebagai hambanya". Banyak juga perkara yang menyebabkan saya alpa dek leka dengan nikmat yang diberi. Dan adakalanya saya juga menangis mahu-mahunya apabila diuji. Itu fitrah manusia.
Tahun 2010, Amani hadir dalam hidup saya dan keluarga. Menambahkan lagi seri taman dengan kehadiran sekuntum bunga :) Rasanya cukuplah 5 orang cahayamata setelah 10 tahun saya berumahtangga. Kenaikan gred tangga gaji juga satu pencapaian buat diri. Dan saya sangat bersyukur tentang itu. Begitu juga dengan kemenangan yang diperolehi hasil daripada menyertai pelbagai peraduan. Yang sedey pun banyak tapi saya malas nak kenang semua itu. Biarlah ianya berlalu. Apa yang penting dalam hati saya tidak ada seke…

Entri Tertunggak Sekian Lama- updated hadiah Dec 2010

Image
Bukannya saya malas, tapi saya rasa terlalu banyak cerita yang lagi best dari menunjukkan hadiah Disember dari minggu 2 hingga ke 4. Minggu pertama saya dah update kat blog (kalau uol perasan ler). Posting ini adalah sekadar catatan terbaik diri dalam menceburi bidang ini ~contest addicted!

Cikedaut !

Minggu kedua hadiah yang diterima adalah...
voucer KFC ~ 1 bucket atas nama Yana. Contest dari e-chicky mail.
dari facebook GSC..

Sothys Ageless cream dari Majalah Herworld untuk Encik Hubby. Memang sesuai untuk Encik Hubby kelihatan mudo tak makan usia cam bininya yang terchenta. Ho Ho

2 botol air esklusif dari Disney Channel. Dapat hadiah saguhati sempena Akid dan Anaqi menyertai bergaya seperti Upin-Ipin..
Hadiah minggu ketiga...
dari MyEG facebook...apa itu drifting?...saya merepek dapat gak tiket..ahaks

Gift card nilaian RM100 dari FB petronas brand...suke suke, plan nak beli minyak enjin :p

Gambar Afiq tersiar dalam Majalah MamyBaby bulan Disember ~untuk ruangan percutian (kalau tak sal…

Subway buy ONE free ONE

Image
Kupon ni dari suratkhabar The Star. Kalau tak salah last date boleh claim 31 Dec 2010
Dengan suka hati pepagi saya sudah terpacak di kiosk Subway di Amcorp Mall PJ ..
Tapi cam jakun jer pilih menu kat situ...siap saya pilih semua sos dan semua sayur kecuali bawang..

dengan harga RM21.++ dapat 4 rasa yang berbeza, ada chicken tender, meatball, daging dan lagi satu saya sudah lupa. Tapi Subway chicken dan meatball memang rasa superb. Roti saya pilih yang biasa dan parmesan cheese..Errrr cam rasa dah gemuk jer bila berjaya menghabiskan keempat-empat roti Subway dengan bantuan Anaqi, Yana dan Akid.
Best2...petang ni nak gi cari kupon lagi kat opis-opis orang lain.. siap serang gempur :)

Bila Encik Hubby Berpoya-poya di Cambodia

Image
Encik Hubby saya memang pekerja yang sangat bz... bz like a bee...
Sebab tu kalau dia dapat berehat wah memang betul2 berhibernasi (adako makna perkataan ni dalam kamus huk huk). So dipendekkan story, in very last minute my hubby kena pergi lawat colleague dia kat Cambodia. Sebab penyebab kalau tak salah, pasal team kat sana tak paham tengok design dari pelan boiler. What ever la. Kalau diikutkan my hubby pun kena gak keje kat negara-negara seperti Cambodia sebab projek banyak masuk dari negara seperti itu. Tapi anak 5 beb takkan lah kome nak uruskan sorang2. Lotih ar. Hu Hu. Biar melepas gaji dalam pound pun. Ada saya kesah. Ahaks.

So meh-meh kita layan reramai gambar kat Cambodia dari hp Encik Hubby saya ya.
Motip picture? Nak menunjukkan dalam kesibukkan trip yang pendek pesanan isteri kat rumah sebelum berlepas pergi masih kuat dalam ingatan Encik Hubby. "Jangan lupa ole-ole Cambodia untuk saya ya". Ho Ho (gelak Santa Clause)
Encik Hubby gi shopping ngan kengkawan dia yang …

Birthday Anaqi Yang Ke-9 tahun!

Image
9 tahun sudah Anaqi menjadi sebahagian daripada diri dedet dan mummy,
9 tahun sudah Anaqi mengenali segala duka dan suka memori,
9 tahun sudah Anaqi menjadi abang yang penyayang, garang tapi baik hati,
9 tahun sudah Anaqi mengenali hidup yang penuh cabaran warna-warni,
9 tahun sudah Anaqi menjadikan hidup kami seceria pelangi,
9 tahun sudah Anaqi bersama kami,
dan semoga tahun-tahun akan datang Anaqi akan terus sentiasa sihat, ceria, menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendengar kata,
dan semoga Anaqi akan terus menjadi abang yang baik kepada adik-adiknya, mengingati dan menyayangi dedet dan mummynya senantiasa.
"Ya Allah berkatilah hidup anakku, moga hidupnya dilindungi rahmatMu, jadikanlah anakku antara umatMu yang soleh dunia dan akhirat" Amin.

Dan hari ini kami semua keluar makan tengahari di Restoran Sri Karak yang sememangnya feveret satu keluarga..Antara makanan yang diorder..
Nasi goreng Yong Chow (Rm6.90)

Durian pan cake (RM7)..sodap ni...sejuk, berkrim dan ada durian :)

M…