Posts

Showing posts from October, 2010

Al-Fatihah Buat Sahabatku Mustamirah

Image
*gambar dari facebook Mustamirah Comel
Dalam kenangan wajah seorang sahabat yang baru melahirkan seorang puteri minggu lepas telah pulang ke rahmatullah pagi ini Ahad, 31 Oktober 2010. Arwah dikatakan mengadu sakit dada selepas subuh dan mengalami kesesakan nafas selepas itu.
Saya pernah bekerja rapat dengan arwah sebagai fellow (kami bersama di Mahallah Zainab) dan juga ketika saya memegang jawatan timetable commitee yang mana harus merujuk dengan beliau yang merupakan system analyst/programmer untuk CFS.
Seorang baik dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang diberikan. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
p/s: Sangat sebak pagi ini. Terus mengingatkan diri tentang kita di dunia hanya dipinjamkan sementara. Setiap yang hidup satu hari pasti akan pulang jua kepadaNya.

Entri Hadiah Hari Jumaat + KepalaKu Yang Dah Senoneng

Image
Budak kecik ni letely ni rajin bangun tengah malam. Kadang2 sebab dia batuk (tak selesa tidur), terbuang air agak besar, puas tidur lepas maghrib....adehhh yang menjadi sasaran mummy dielah..kena bersengkang mata bermain sambil borak2 takpun golek2 sambil tu kena kasi tangan sebab dia nak mengigit kalau kasi benda lain dia tak nak...Nak juga gigit tangan mak die... :)
Berbalik entri yang sama setiap Jumaat, hadiah yang diperolehi untuk minggu ni..
Buku dari PTS untuk saya, Yana dan Anaqi. Buku Dedet belum sampai lagi sebab saya baru reply email kemenangan last week so lagi 2-3 minggu rasanya. Ini dari peraduan mengulas cerita kanak-kanak secara online.
ole2 dari Coke. Hantar sms sepertimana yang tertera kat botol coke dapatlah saguhati..Boleh buat air batu ikut rupa paras botol coke ngeh ngeh
susu anmum lagi, mesti uol tertanya apesal tiap2 minggu dapat susu ni. Saya hantar banyak ehsan sudu dari kengkawan dan cikgu kat nursery. Tak pernah beli lagi susu Anmum untuk tahun ini. Cam rugi m…

Survey: Panel of Readers HerWorld Magazine

Image
Malam semalam lebih kurang 7.35 malam saya ke Pejabat Blu Inc seksyen 15 (dekat jer ngan rumah saya tak sampai 5 minitpun). Atas urusan (cam formal jer bunyi) panel jemputan sebagai pembaca HerWorld (Hairan betul apesal buat kul 7 malam, apapun kena solat dulu)
Dalam ofis Blu Inc yang sunyi sepi..
Ini kali kedua saya pergi survey kelolaan Blu Inc.
Rasanya sesi yang kedua kurangmengancam sedikit:-
1. Persediaan jamuan ringan terlalu ringan sesangat. Kali ni disediakan pizza ajer dan air mineral. Kalau dulu siap ada tempahan katering makanan lagi.
2. Goodies Bag dia walaupun disedia maklumkan barangan "beauty product" tapi cam lebihan hadiah orang tak amik jer..uiks..tajam gitu. Ok~goodies bag berlainan saiz dan barangan so setiap panel readers akan dapat berdasarkan cabutan undi. Cam pelik dan tak best hoho. Dulu dapat walaupun cam barangan sample tapi "banyak" dan sama barangan pada semua panel "fair n square".
Walaubagaimanapun bila dah duduk semeja berbincang…

BATA Sale Meletops!!

Image
Wohoooo saya ke sini secara sendiri. Hajat dihati hendak mencari KASUT SEKOLAH buat Yana dan Anaqi. Tapi apakan daya saiz tiada yang dikehendaki. Dipendekkan cerita, lain yang dihajati lain yang pula yang dikecapi..HoHoHo....
Murah Murah...Lelong Lelong....kasut sekolah ada tapi saiz terlalu kecik dan terlalu besar..
cam agak frust..ingat nak borong kasut sekolah..sebab Anaqi sahaja saya memerlukan 5 pasang kasut. Diakan lasak. Adoilah.
tapi mata ni terpanalak kat kasut ladies yang comel2..Harganya RM10 sepasang..
So hasil rembatan maut saya selama 40 minit di Menara Mustapa Kamal (kat area Mutiara Damansara)..
kasut Dedet...harga asal RM107 harga jualan kat sini RM40
Mula2 saya ingatkan nak amik kasut kulit harga RM79 harga jualan RM40..
Alang2 biar saya harga mahal jualnya murah hehehe (berbaloi sikit)..
Cam nak amik keduanya..tapi membazir lak dedet jenis kasutnya hanya satu (jenis orang yg setia citarasa hahahaha)
my new shades yeay! dan tali pinggang aka tali barut perut untuk dedet..
saya…

Moody...Monday Blues

Image
Hari Isnin semalam saya dan encik hubby EL gara-gara Amani tidak berapa sihat. Amani cirit-birit sejak Ahad dan saya tidak tahu apa punca. Mungkinkah saya salah makan takpun saya merasakan (tuduhan liar heheh) adik beradiknya sangatlah rajin bagi Amani menghisap benda bergetah seperti puting dan macam2 lagi dan confirm kekadang tak dibersihkan terlebih dahulu walaupun saya bagi warning berkali2. Al-maklumlah Amani sudah gatal gusi dan salah satu aktviti yang paling digemarinya ialah menghisap. Saya telah membawa Amani berjumpa dengan Paed di PPUM dan yang peliknya apabila berada di hospital Amani tidak menunjukkan langsung tanda2 beliau sedang sakit. Mood happy nak rak, tak berak langsung walaupun berada di hospital selama 3 jam, tersengih-sengih tapi bila berada didalam rumah asyik menangis dan membuang air besar beberapa kali (semalam sahaja dah 15 kali), nak berpeluk sambil bergolek2 atas katis, nak tidur bersama kalau saya bangun ketika dia tidor maka secara automatik dia akan te…

Power of Play with Kleenex: Blogger's Family Day

Image
Sabtu 23 Oktober 2010 saya dan anak2 ke Kiz Sports and Gym di Old Wing 1Utama untuk menyertai Power of Play with Kleenex:Blogger's Family Day.

Kami sampai dalam pukul 2 petang, pendaftaran segalanya dan saya perhatikan sudah ramai blogger yang sudah sampai.

Siap ada pledge "To keep our hands clean so that we have freedom to play"

Ucapan aluan oleh Mr Nathan Kandapper MD of Kimberly Clark Malaysia dan Singapura.

Aktiviti pertama: Power of Play with Kleenex jingle & dance bersama Abigail Barragry (Creative Arts Therapist). Masa ni ibu-bapa dan anak2 memasing menyanyi sambil buat aksi.

Stress jer muka memasing mana taknya hati bergelora nak main kat luar (ada gelongsor dan segalanya). Tapi semuanya dengar cakap bila saya kata "main puas-puas sat lagi ya, kita join aktiviti bersama Kleenex dulu"

Sebelum talk Dr Yong bermula semua kanak2 dibawa oleh staff Kiz Soprts & Gym. Jadi diaorang boleh beraktiviti tanpa menganggu ibu-bapa yang nak dengar talk.

Aktiviti Kedua…