Posts

Showing posts from September, 2011

Teringin Nak Masak Yong Tou Fu!

Image
Rasa nak makan Yong Tou Fu hari ni!
Tapi rasanya tak nak beli tapi gigih nak masak sendiri. Bukan susah pun :p
Masak ala2 cam makan kat kedai steam boat cuma ingat nak buat sup tom yam..
Nyum nyum...

Dugaan dan Cabaran...

Image
Semalam petang my officemate dah kecoh2 pasal penutupan nursery iium educare cawangan PJ bermula hari ni sampailah Khamis minggu depan. Adoihai :( Kesnya dah ada 4 baby positif kena penyakit berjangkit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Kalau fikir positif, daripada anak kita terjangkit penyakit ini baiklah cepat2 kita hindarinya. Seminggu tu beb! Dahlah hari ni (Khamis) saya kena jaga exam (2 jam), esok petang kul 3 paper saya lak. Sah2 bila paper kita payah sikit nak cuti ke apa. Lepas exam kena marking dan biasanya diberikan 10 hari siap marking + key in the results. La ni tak tahu camana, boleh ke join centralized marking since Amani dan Afiq akan ikut saya ke hulu hilir.

Tu belum cite mak saya kena operation hari Jumaat ni (esok), mungkin kena warded sampai 5 hari di HKL. Encik hubby pulak nak kena out station (sekarang ni uruskan visa dan segalanya), my Yana hari2 kena amik die kul 5 petang sebab dia wakil sekolah netball (nw lawan)... dan lagi 2 minggu Anaqi dan Yana akan menempuhi …

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..

Image
*Saya copy paste citer ni dari facebook
Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade se…

Blogger MasterChef Yang Pertama

Image
Cer teka Cer Teka Ini Apa??
Rempah kari beb :)Borong habis kat Penang baru2 ni. Special mix kat Pasar Kepala Batas.Habis 40 hengget lebih untuk kari ikan, daging, ketam, udang dan macam2 ler. Sebabnya keluarga saya memang penggemar kari. Kari ala2 kuah kandar lagi boleh layan sampai 2-3 pinggan.
Air tangan kari saya bukanlah RAHSIA lagi!Memang feveret satu famili.Nak letak santan ataupun tidak..iskhhh rahsia peribadi!Kalau nak tahu kena try sekali,Sekali makan termimpi-mimpi..cheewaaah :)
Gambar LIVE kari dari Puan Periuk. Semerbak harum kariku..kembang2 hidung jiran sebelah rumah ya. Kalau disuai padan dengan variasi sayuran dan daging mahupun ikan. Pehh sedap dimakan bersama nasi mahupun roti.Sedikit Info Mengenai Master Chef:
Pelancaran pada: 22 Oktober 2011
Rancangan Program: MasterChef Malaysia
Tayangan: MAsterChef TX Bermula pada 22 Oktober 2011 setiap Sabtu -Rabu 9 malam. Master Class setiap Jumaat 9 malam.
Dari rangkaian: Astro Ria 104

- Official Site URL – http://www.astro.com.my/Mas…

Yik Mun Pau Tanjung Malim!

Image
OTW balik dari Penang, memang saya dan Dedet plan nak singgah mana2 sebab kitaowang memang suka "jalan-jalan cari pasal" hik hik...Lepas tu teringat kat Pau di Tanjung Malim yang pamos amos. Siap kuar kat Majalah Harmoni bulan lepas...Pau Yik Mun !!! Berpandukan guide secara sms dari Mak Sha + beberapa kali makan buah langsat. Akhirnya berjaya juga sampai ke Restoran Pau kegemaran orang tempatan Tanjung Malim :)
Ramainya owang. Pelbagai bangsa ~ cina, india dan melayu semuanya ada kat Restoran ni. Restoran 1 Malaysia sungguh! Pau dijual dengan harga RM2 sebijik. Selain daripada itu ada juga makanan masakan panas seperti wantan mee, nasi goreng, western food dll. Tapi harga makanan kat sini cam mahal sikit.
Gebu, putih melepak. Sedap wooooo. Kalau nak try Pau Yik Mun boleh pegi ke R&R Tanjung Malim dan ada juga dijual di kebanyakan kedai makan. Dan dun worry ianya HALAL :)

Mencari Zombi Di Kampung Pisang!

Image
Anak-anak saya memang peminat citer lawak ni. Sekuel die lak "Hantu Kak Limah Balik Rumah" lagilah dowang suke. Nak dipendekkan citer, masa di rumah pengantin lelaki ari tu my Afiq meragam teramat mungkin gak sebab waktu tu time tidoq dier + pakai baju batik so sangat tidak selesa :p
Dedet pun pujok2 cakap nak ajak tengok Kampung Pisang, carik rumah Kak Limah. Bersungguh meh! Atas pujukan itu my Afiq punyalah hepi tak terperi terus mood mendung berarak pergi. Dan di sinilah Kampung Pisang versi Seberang Perai. My Yana siap posing gedix di tepi sign board tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu-lalang. Saya lak dalam keta menyorok, hahahah. Jakun apo?
Dah terjah pusing2 dalam kampung takde lah banyak sangat pokok pisang kat situ, mungkin dulu2 banyak kot? Peliknya kebun tebu nampak banyak lak. Cam scary nak bergambar kat kebun tebu mana tahu terselit gak ghupe antu kak limah di situ, hehehe.
Model pokok tebu di kampung pisang. ~ Nantikan sekuel terkini "Zomba Mat Gebu Di Keb…

Prize Giving Ceremony ~ Natural Art Contest :) :)

Image
Secara jujurnya saya tidak meletak apa-apa harapan pun untuk contest ni. Alasannya:
1. Hadiah utama die kereta. Dan selama saya aktif masuk contest kalau hadiah kereta maka penyertaan pasti ramai, sebab teruja! So kebarangkalian menang memang tipis.
2. Anjuran Pemanis. No doubt syarikat gergasi rajin sangat anjur contest. Setiap tahun lebih 10 contest samada dari Pemanis sendiri mahupun kolobrasi bersama 7-11, Mydin dan banyak lagi. Dan ramai peminat minuman keluaran Pemanis terutama 7-up dan Lipton. Memang ramai yang menyertainya, confirm!
3. Saya hantar sikit jer. Sebab kalau tak silap untuk satu borang ianya perlu 3 label dan resit (kalau tak silap). Saya hantar 7 entri. Geng comper saya kenal Encik Zamri, die hantar 40 entri!

Tapi kalau dah rezeki tu tak ke mana, kan?
Winners yang hadir kebanyakan nama yang tidak asing buat saya. Terutama Encik Mohd Jerlus tapi untuk peraduan ni Encik Jerlus dapat tempat ketiga dengan menghantar lebih 50 penyertaan. Tempat pertama Encik C (lupa deh nam…

Bersiar-siar dengan bot di Batu Ferringhi Penang

Image
Lepas balik majlis 'sambut menantu' adik kat Kulim terus straight ke Penang. Sib baik hujan dah berhenti so senang sikit nak jalan2 kat Penang. Sampai pulau terus ke Pantai Batu Ferringhi. Malas nak shopping2 sebab rasanya tak ada apapun nak beli.Akhirnya kami ke pantai. Jalan-jalan sambil main pasir. Kitaorang memang bergaya beria di pantai tersebut since baru jer balik kenduri. Hik Hik :p Lepas tu naik bot pusing2 kawasan pantai (untuk setengah jam kena bayar RM60). Satu bot hanya kitorang je se-family :)My kids memang seronok abis kecuali Akid. Takut benar die naik bot walaupun asalnya Akid lah yang paling beria nak naik.
Paling teruja bila anak2 diberi peluang membawa bot. So apa lagi semua beria nak try bawa bot. Termasuklah si Afiq. Muka takut2 tapi dier paling lama dapat pegang stereng.
Anaqi siap nyanyi lagi sambil bawa bot. Akid lak makin kuat jerit dier "takoooot nak balekkk!!!" hehehehAnaqi dengan gaya macho-nya diatas bot. One happy family :)Unik-nyer bot …

2 Perkara Yang Saya Perlu Selesaikan Hari Ini..

Image
Dengan IzinNya...
Saya dan keluarga akan berangkat ke Tanah Liat, Penang. Sebab keesokkan harinya saya nak join rombongan hantar menantu kat Kulim Kedah. Lepas tu ingat nak turun Penang, jejalan dan pusing bandar (kalau rajinler)
Sebelum ke Kulim saya pergi amik gadjet dibawah ni. Story morry later-later ya.
Muah muah muah.... :)

Majlis Resepsi Adik :)

Image
Foto ehsan dari Kak Rose :)Layan gambar-gambar kenangan semasa majlis ya. Malas juga nak upload berbanyak sebab balik2 muka yang sama, hik hik. Muka pengantin, keluarga pengantin dan kengkawan pengantin..
Selamat Pengantin Baru.* woot woot
Gambar keluarga yang kelam kelibut. Perasan tak anak-anak lelaki saya semuanya berselipar. Kesnya dowang naik keta ngan owang lain saya tak tahu mereka hanya berselipar sampai dewan, alangkah terkezutnya . Paling tak leh tahan Afiq bergaya sakan, siap bertali leher, smart tapi bila tengok tang kaki selipar buruk Ben 10, hahaha.
Mak saya dikepit pengantin :)
My Yana dan Amani bersama Sha-Sha (best fren Yana)
Gambar keluarga besar saya...Ni pun ramai yang tak sempat/dapat bergambar. Penuh ruang kat situ :)
Silalah layan video adik ku..Ha Ha takleh blah, ha ha..
Layaannnnnnnnnnnn deh.Dari kakak pengantin pompuan;

Meh Meh Like Fan Page MIG Online dan David Teo!!

Image
Jom Uoll join saya, dengan meramaikan FAN di FB page MIG Online dan David Teo

MIG On9 produksi aktif rancak beraksi,
Filem dihasilkan begitu versatil bervariasi,
Moga David Teo menghasilkan banyak filem lagi,
Sekaligus mewarnai dunia perfileman Malaysia hari ini

callo.....

Hadiah Yang Diterima Lepas Raya Tahun 2011...

Image
Silalah layan gambo2 hadiah saya yang blur2, hasil tangkapan menggunakan hengpung yang tak seberapa. Walaupun hadiah dimenangi tidaklah sedasyat Mira, Suzz dan Ezz. Tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya ada gak rezeki yang masuk :)Hamper nilaian RM150 menang dari MyNewsHub. My hubby yang menang :) Anyway, ni first time kemenangan beliau atas usaha sendirik, hik hik.
Hadiah dari contest Drypers Menjamu Selera 2011, yang herannya saya hantar lagi 2 hari jer due date (terperasan form ni kat Econsave). Alih2 dapat surat menyatakan saya pemenang terawal dapat voucher KFC 20 hengget. Heran tul, huhu.
Hari yang sama saya dapat surat dari contest yang sama menang hadiah saguhati so dapat voucher KFC 50 hengget. Ok tak? heheheh hantar satu penyertaan dapat makan nilaian 70 hengget semuanya.

Lagi satu hadiah dari KFC, chicky buddy contest nama Akid naik lagi. Kali ni menang 2 set chicky meal. Gambar surat tak sempat amik sempat dah gi redeem, lorat no!
Beg sandang Adidas, kecik jer. Saya hantar 1…