Posts

Showing posts from December, 2011

2011 Dalam Kenangan

Image
Hari terakhir tahun 2011, 31 Dec. Hari terakhir saya mencoret sesuatu dalam diari 2011. Perancangan dibuat tahun ni, ada juga berjaya dikecapi, ada juga tak sempat diselesaikan. Banyak kisah manis, ada juga yang pahit tercalit. Adatlah, manusia mana kehidupannya begitu sempurna? Kejayaan memang kita cari dan usahakan, Namun adakalanya kegagalan juga mengisi ruang. Jadi kita belajar dari kesilapan.
Saya masih mencari kekuatan untuk meneruskan pelajaran. Sangat payah dengan keadaan yang mendesak anak lebih memerlukan perhatian. Namun ini sahaja impian yang sudah lama diangankan. Moga tahun 2012 ianya menjadi kenyataan.
Saya juga berharap agar tahun 2012 menjadi antara tahun cemerlang buat saya dan keluarga.  Dan sekiranya diuji dengan dugaan berilah kami kekuatan. Moga anak-anak dan suami sentiasa dilindungi dan mendapat kesihatan yang baik. Serta segala apa yang diusahakan mendapat keberkatan. Diari 2012, marilah berbakti untukku :)

Keluarga MIL Cuti-Cuti Malaysia Di KL

Image
My MIL, FIL dan adik2 suami datang bercuti ke Kuala Lumpur. Dowang menginap di sini - The Gardens Hotel & Apartment. Disebabkan ramai juga yang datang (dalam 2 famili) so dowang booking 2 apartment rooms. Memang selesa sebab besar sikit keluasannya berbanding dengan bilik hotel.  Aktiviti kanak-kanak ribena, selain bergusti dengan sepupu memasing menonton movie dari DVD juga acara wajib. Sambil2 tu mak pak boleh bergossip2 sakan :p
View dari bilik memang boleh nampak sebahagian dari kawasan Lembah Klang. Sangat cantek di waktu malam :) Kebetulan hari tidak hujan memang nampak meriah dengan lampu2 yang berkerlipan.
3H2M puas dowang bershopping kat The Gardens dan MV. Lagi2 musim Hari Natal dan Tahun Baru. Banyak SALE-nya. Tapi saya idakler join sama, minggu tersebut saya dan suami betul2 sibuk menyelesaikan urusan persiapan sekolah. Sempat lepak2 ngan anak buah. Lepas tu MIL datang masak nasi kerabu kat umah (suami mengidam nak makan masakan MIL), saya cuma tolong jer. Huhu, malu …

Entri Tertunggak | Besday Anaqi dan Hadiah Dari Saya!

Image
24 Disember 2011, genap sudah 10 tahun usia Anaqi. Saya takdelah rancang buat besday party memandang sibuk menguruskan persiapan anak2 ke sekolah selain dari keluarga MIL yang datang bercuti ke KL. Tapi sempatlah saya sediakan tart buahan (gambar ntah mana), choc lolipop dan brownies oreo cheese :)
Brownies yang dibuat jadi agak keras setelah disejukkan didalam peti sejuk. Payah sangat nak bawa kuar dari talam terus jer saya suruh Anaqi decorate sendiri kek browniesnya itew. Mula2 ingat nak buat oreo cheese cake tapi lupa nak beli whipping cream so terbantutlah nak buat kek kegemaran Anaqi. Tak pe lain kali mummy buat ya :)
Dan semalam ketika saya dan anak2 bersiar2 di MV, Anaqi begitu beria mengajak saya singgah ke Butik Tropicana Life. Dengan bersungguh Anaqi meminta saya membeli beg sekolahnya di situ. Tak nak dah memakai beg troli Ben 10 dan segala karektor kartun memandangkan beliau merasakan sudah tidak sesuai dengan umurnya memasuki 11 tahun (tahun 2012).

Beg kat Tropicana Lif…

Hadiah Penutup 2011, Syukran :)

Image
Botol comey ni dari website Disney Junior. Kebetulan tengok rancangan tu kat TV, bukak PC terus jawab soalan. Kemenangan atas nama Afiq tapi botol comey ni milik Amani. Suka betul Amani dengan botol pink kaler :)
Hadiah saguhati merupakan barangan Dettol 300 hengget. Menang dari peraduan Giant-Dettol. Saya hantar satu penyertaan sebab saya dapat rasakan peluang nak menang itu rendah. Ramai giler yang join apatah lagi ianya diwar-warkan dengan hebat di FB. Tapi rezeki PIC dettol revised balik nama pemenang, akhirnya saya terpilih juga antara pemenang saguhati:)
 Hamper Nugeno atas nama Dedet. Sukeler dapat stok penjagaan diri khas untuk lelaki.
Lepas tu ada dapat voucher atas point dan sempena besday Anaqi dari Toys"R"Us berjumlah 60 hengget. So belilah hadiah untuk Afiq dan Anaqi. Afiq dapat kereta Hot Wheels 30 hengget lebeh...
Anaqi pulak belikan hovercraft (boleh main atas air dan daratan) harga dalam seratus lebih. Jumlah voucher Toys"R"Us ialah 160 hengget (d…

Preview Screening PAPA I LOVE U | TQ MIG!

Image
Hari/Tarikh: Selasa~27 Dec 2011 Masa: 8:00 malam Lokasi: MBO Subang Parade Saya telah memenangi jemputan ke Preview Filem "Papa I Love U" dari MIG Online. Saya hampir-hampir terlupa mengenai jemputan ini memandangkan pemberitahuan mengenai majlis adalah pada minggu lepas 2-3 hari sebelum saya dan keluarga pergi bercuti. Asalnya macam malas nak pergi memandangkan Encik Hubby tak berapa sihat tapi disebabkan anak yang lain begitu beria nak menonton movie so saya gagahi jualah. Buang perasaan malas itu jauh-jauh, huhu. Majlis preview dari MIG sememangnya ada disediakan jamuan ringan untuk semua tetamu yang hadir. Dan makanan yang dihidangkan semuanya boleh tahan sedap rasanya. Cuma keadaan yang kena makan berdiri menjadi saya dan anak-anak begitu tidak selesa.
Zalif Sidek antara pelakon yang hadir awal ke majlis. Dan ini merupakan filem pertama beliau sebagai pelakon utama. Kalau kita tonton "KLIK" musim ke-2 di Astro Ceria, Zalif ni berlakon jadi budak sekolah yang …

Alvin & Chipmunks 3 | TQ Dutchlady!

Image
Sabtu pagi 24/12/2011- Besday Anaqi! Tapi saya ada plan yang baik punya - Berjimba dengan anak-anak menonton movie free. Filem Alvin & Chipmunks 3 sempena Movie Mania anjuran susu Dutch Lady.
Pendaftaran pukul 9 pagi tapi saya datang pukul 10 pagi. Ni gara-gara pergi ke rumah Mak dulu, breakfast nasi lemak panas2 (mak siap masak special lagik). Lepas tu terus gerak ke Cathay yang mengambil masa tak sampai 10 minit pun dari TTDI. Nak dapat tiket free kena bawa kotak kosong air susu DL yang terbaru. Saya ada simpan 6 kotak itupun dapat dari goodies sempena besday kawan Afiq kat sekolah :)
Ada banyak sesi bergambar bersama maskot. Even 30 minit sebelum tayangan ada aktiviti bersama kanak-kanak. Dan anakanda2ku memang enjoy habislah. Tapi pop corn kena beli sendiri takde yang FOC, huhuhu.
Harus bergambar dengan poster besar Alvin, dah macam trademarak setiap kali tengok movie :) Kena amik ngan poster filem yang ditonton... Goodies yang diperolehi dari event. Masa pendaftaran dapat …

Shopping Sakan Di Booth Milik Mizz Nina & Partner

Image
Habis sahaja tayangan Alvin & Chipmunks di Cathay Cineplexes (ni invitation dari Dutch Lady FB). Saya + anakanda + Kak Rose famili berjalan2 sambil berfoto poyo gembira di taman-taman indah buatan manusia di situ. Tiba2 nampak Mizz Nina dengan baju2 jualannya. So harus menyibuk dan terjah!
 Niat asal nak cuci mata tapikan tercuci pulak dompet. Adoihai. Harga pakaian dan beg di booth Mizz Nina & Partner takde lah mahal sangat. Tapi kalau tengok pada rekaan pakaian Mizz Nina lebih kepada genre sporty! Meh skodeng apa yang saya rembat sepanjang berada di situ ya!


Saya beli blouse yang elegan. Ececece. Sebab dier stylo dengan fesyen ketiak besar, kedut2 kat belakang. Susah weh nak explain tapi yang pastinya saya suke sangat dengan blouse ni :)





Saya dapat rasakan kalau saya pakai dengan skirt labuh, potongan A mesti dah macam gaya ala2 vintage. Ohhh I like :)
So saya pun terBELI pulak skirt, rekaan bentuk A tapi bersusun. Ada satu lagi patern skirt yang sangat cantek tapi dirembat …

EXTREME Challenge Di Sunway Lagoon! | Memang Seronok!!

Image
Saya sebenarnya menyertai saat2 akhir. Itupun Dyat yang beria ajak. Saya hantar gambar eXtream yang rasanya tidaklah seberapa eXtream, hahaha. Tapi ianya disebabkan pemilihan seratus peratus oleh juri dari Sunway Lagon dan Nestle Drumstick so akhirnya gambar + caption dari saya pun terpilih. Mula-mula dapat tahu terpilih rasa eXcited jugak tapi dalam hati nerbesnya. Extreme beb kalau takde bungy jump mana sah keExtreman diri anda, hahahaha.

Pukul 8.45 pagi saya dah gerak keluar dari rumah. Singgah LRT Asia Jaya amik Devi terus straight ke Sunway Lagoon. Sampai disana bertemu dengan 20 peserta yang akan menyertai sama(10 pasukan = 2 orang untuk satu pasukan). Dan saya dapat satu team dengan adik Ridzwan dari Proton :)

Ada 8 task semuanya:
*gambar kredit dari Mr Goggle Paling syok dapat main ATV challenge. First time saya naik ni wooo.  Nampak senang tapi susah jugak nak handle, paling tak boleh lupa masa kena turun curam yang agak tajam, pehhh hampir2 saya nak terbalik. Itu belum yang …