Posts

Showing posts from September, 2012

Kedai Makan dan Serbaguna Ramly Burger!

Image
Semalam malam saya ke Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Pergi fitting baju untuk event malam ni... Terasa cam artis lak, dapat pakai baju sponsor :) Keh keh keh Butik yang saya pergi betul2 bersebelahan dengan kedai Ramly Burger :) So masa saya BZ meng"fitting"kan diri My laki dan anak2 bz meng"feed"kan perut memasing. Kat kedai ni ada jual makanan yang dimasak, ada burger dll. Dan juga frozen food cam ikan, daging, burger, sos dan macam2 lagi...
Semuanya hasil keluaran Ramly Burger. Beli segala macam burger termasuk oblong untuk makan malam... Dan siap beli daging oblong (RM12.60) yang belum dimasak bersama sos black pepper (RM3) untuk dibawa balik. Yummmmmmmmyyyyy...miziouuuuuuuus Nanti nak masak oblong bercheese berserta roti kukus bermayonis dan bersayuran rimba -----------pehhhhhh sikit punya panjang nama menu, hahahah.

Tazkirah Hari Jumaat

Image
Mari sama-sama berdoa :)
psssssst: Mentang2 kena bagi tazkirah hari ni ya..heheheheh

Ujian Hidup

Image
Saya copy-paste dari FB, ehsan dari bob a.k.a Zamani...

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan mening…

Wohooooooooo Menang 10K Shopping Spree

Image
Besttttttttttttttttttt giler hokeh! Soping freeeeeeeeee 10K dengan Siti Saleha lak tu, huhuhu.. Tapi bukan saya ya.... Insan yang bertuah adalah *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*my BFF *
*
*
*
*certeka..certeka *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Siti Saleha · 206,241 like this about an hour ago ·  Hello, Assalamualaikum semua!! Finally it's now the exciting moment to find out who is the Palmolive Raya National Contest Grand price winner!! She is ........ Ezna Binti Ahmad Khalili from Sri Kembangan Selangor! Congratulation to you and looking forward for our RM10,000 shopping spree..... Thank you for participating! =) See you soon tahniah tahniah!! :)1Unlike ·  · 

Woooooooooooooooooooooot
Best giler :)
Murah rezeki, moga saya dan rakan2 lain

Maskot terbaru KFC : Anak Ayam Kuning!!!

Image
Alolololo... Ni Mak Biq la ni... Beria suh pakaikan baju anak ayam anak die punye--Yaya! Si Yaya tu tak sampai setahun, muatlah...
Cuba dipakaikan kepada My Amani.. Dah cam ghupe anak ayam cekci dah :) Sendat kat perut.  Amik masa berminit2 jugaklah nak sarungkan costume kat badan Amani. Punya susah nak suruh Amani pakai baju ayam ni tau... Siap pujuk ajak makan KFC, baru die nak pakai... Sebab ianya berbulu...
Tapi yang tak tahan tu bila Anaqi duk perli2 my Amani... erk sebenarnya cam perli kat saya jer. "Ni Mummy, nak bawa Amani gi casting jadi maskot KFC yang terbaru ke?"
Marahlah Amani, walaupun die baru 2 tahun... tapi die paham OK... Sebab memasing duk gelakkan dier :p Senyum tapi hambar... Kena paksa SENYUMMMM tu! Cantek betul seluar ayam ni... Hehehehe Kalau pakai betul topi berkepala mak ayam, memang cuns... Tapi my Amani, memang betul2 tak nak pakai, hahaha
Anak ni walaupun kita rasakan die masih kecil tapi sebenarnya dowang ni pun ada citarasa dalam berpakaian. Ka…

BBQ Party Tepi Pool | Meriah Uooools

Image
Hari tu, Mira ada wasssappp ngan saya plus ezz dan suzz. Beria Mira ajak kitaorang lepak tepi pool sambil berparti :) So, plan minggu lepaslah dan saya pulak dok asyik teringatklan yang Suzz nak ke Vietnam.. Dan hampir nak dicancelkan plan berparti... Ghupanya, silap saya yang kurang peka.. Bukan minggu ni lah tapi lambat lagi, adoihai... Sowi ya Suzz..
Bila sebut swimming, anak yang paling excied adalah Amani. Dan saya sangat kesiankan tengok swimming suit kuning beliau yang sudah sendat. Gigih sehari sebelum hari berparti saya mencari swimming suit buat Amani, plus terbeli jugak untuk Afiq dan Anaqi. Sebab harga berbaloi kat Sogo so rembat terus untuk anak2 yang memerlukan itu pakaian mandian :p  Sampai jer kat tempat kejadian. Terus anaknda2 berlenjan dalam kolam. Excited betul. Dan kolam kat umah Mira sangat chantek!!!!  See protege Pandelela Rinong in action. Bukan main tak padan dengan pendek, hahah. Afiq dengan aksi melompat katak didalam kolam. Turut kelihatan tangan Amani ya…

Doa Untuk Hari Ni..

Image
Rasa agak dowwwwwwwwn sikit hari ni.. Bayangkan semalam ada 2 budak sakit, 1 kes pintu takleh bukak.. Menyetel kan hal student2 sampai 2 pagi... Kul 4.30 pagi terjaga..tapi memang badan tak larat.. Kul 7.00 pagi tersedar dah rasa cam jadi pontianak kat umah tadi.. bertempik...sebab dah lambat :( Kela kul 8 pagi, anak2 pulak ada latihan sukan.. Sampai kelas, projektor ilang entah ke mana.. Adoihai..ended student buat assignment.. Balik opis, terlanggar air kopi atas meja. abis kertas kuiz..
- chill-

Makan Free di Jom Bali!!!!

Image
Hari tu saya ada join giveaway "Jom Bali" kat FB... Share jer gambar tu, kalau nasib baik terpilih ler... So terpilih, so nasib baik ler hehehehe Jemputan untuk makan 4 orang merangkumi 4 main dishes, 2 side dishes dan 4 drinks :) Kena makan pulak kat Jom Bali Jalan Genting Lama, yang siyesly saya tak tahu kat mana. Sesat deh nak sampai kat sana, dekat 1 jam baru jumpa. Kalau ikutkan dari rumah tak sampai 20 minit pun :(
Cikedaut makanan2 yang kami order di Jom Bali  Spaghetti ni Afiq yang order.  Saya sebenarnya lagi suka kalau order makanan yang jarang atau tak pernah saya masak. Tapi my Afiq memang hantu spaghetti so terpaksa layan jugak. Nasi Kebuli antara menjadi hidangan feveret pengunjung Jom Bali. Saya memang suka, terutama kombinasi nasi dengan ayam goreng berempah :) Nasi goreng dengan lambchop, yang biasa2 ajer... Kureng sikit rasa sos blackpepper die. Even lamb yang diberikan rasanya 50% adalah lemak. Adohai, nilah nasib kalau order masakan western.
Side dishes …

Surat Tidak Rasmi:"Kenapa Maybank Perlu Bagi Saya Tiket Legoland"

Image
Kehadapan penganjur Maybank yang tercinta,
Moga kalian sihat sejahtera,
Adapun tujuan utama surat ini dilayangkan, Untuk menyertai peraduan yang telah dianjurkan, Merebut tiket LEGOLAND sebagai ganjaran, Atas sebab-sebab seperti yang dinyatakan...
1. Pembesaran Anak Yang Sukakan Permainan, Hiburan dan Keseronokan

Anak saya gemar beraktiviti. Setiap hari selepas menyiapkan kerja sekolah mereka akan meluangkan masa bersama. Bermain dan bergembira bersama adik-beradik tercinta. Konon-kononnya mahu melepaskan rasa tertekan kerana kesungguhan belajar di sekolah separuh hari setiap masa.

Banyak permainan akan mereka cuba. Bermain badminton, bola sepak serta olahraga (main kejar-kejar, police entri). Paling tertekan kalau diberi peluang bermain di taman rekreasi, jenuh memanggil pulang ibarat berumahtangga di sana.
2. Anak-anak Peminat Lego Yang Tegar!
 Sehingga hari ini kami mempunyai 3 koleksi LEGO. Berhajat untuk menambah lagi tapi belum ada rezeki (mummy dan daddy tengah sabar menunggu bo…

Pau Shazana Yang Lembut Gebu :)

Image
First time saya terjah Pau Shazana kat Kampung Baru.. Sebelum ni pernah baca dari posting blogger2 yang pernah samapi sini jer.. Susah jugak nak cari parking kat sini. So decide beli tapau jer sementara Dedet tunggu dalam keta.. Macam2 inti ada--cam yang lain sikit tak pernah jumpa antaranya inti daging blackpepper, biji teratai dll See keGEBUan nya...... Lembut dan sangat lembut.. Soft dan sangat soft.. Hehhehehe Selain boleh makan pau, kat sini bolej juga makanan western.. Macam2 adoooooo!!
Jomm mengePAU di Kampung Baru, hik hik

Samurai Burger :) Haiyaaaaaaaaaaah!

Image
Sila saksikan ghupe Samurai Burger yang dibeli dari Mek Di semalam... Simple jer ghupenya, Sampai saya duk terfikir apa yang so hebat about this samurai? Yang mana Anaqi beria memujuk saya, sampai mengofferkan duit tabungannya untuk membelanja seluruh ahli keluarga dengan "Samurai Burger", edisi terhad dari Mek Di :p Dedet pun dah bising, "Why uolls this week sampai 2-3 kali makan fast food?" Huhuhu Last2 saya beli jugak, belanja anak2 makan tengahari :P Orderlah berger Mek Di plus 2 set besar "Samurai Burger" -- Kes nak dapat shaker + curry taste untuk kentang. Burger2 lain Chicken Mc Deluxe, Double Cheese menu biasa anak2 lain...
Sekali NGAPPPPP!!!
Sedapppppnya rasa sos teriyaki kat berger tu :) Sekejap jer abis satu burger, lepas tu bernafsu nak "Samurai Burger" lagi satu. Seb baik nak makan Mek Di kena naik kenderaan, kalau setakat jalan kaki depan rumah memang dah lama saya gigih beratur depan Mek Di. Hehhehehe... Kesimpulannya: Saya dah g…

Untuk 3 Hari | Antara Filem Melayu Yang Terbaik dan Tak Menyesal Tengok!

Image
Hi, heheheh
Masa saya muda belia, saya memang peminat Novel Ahadiat Akashah, apatah lagi novel Lagenda Budak Setan. Cuma bila saya dikhabarkan sutradara Afdlin Shauki nak menghasilkan filem berdasarkan Novel Untuk 3 Hari----saya macam boleh terfikir "Errr ada ya novel tajuk ni dari Akashah?" Hehehehe
So, semalam saya berpeluang menontonnya di hari pertama filem ini di pawagam.....
NOT BAD!!!!!!!! UOLLLLLLLLLS
Filem ini bagi saya kisahnya agak berat tapi berjaya dibawa oleh Afdlin dengan lebih ringan dan santai. Tentang jodoh dan ikatan perkahwinan yang menjadi pencaturan dalam mencari kebahagiaan. Banyak scene yang boleh kita nak gelak beria-ia, ada juga yang menyentuh perasaan (mak cik saya menangis sangat hover hokeh, hahahah). Kemunculan beberapa selebriti tanahair yang popular seperti Atilia, Zizan, Aziz M. Osman, penyanyi/pelakon veteran dll menjadikan filem ini lebih menarik. Walaupun tidak mempertaruhkan muka-muka baru ataupun selebriti yang terhangat masa kini, namun…