Posts

Showing posts from January, 2012

Shopping Spree by Amani dalam 1 Minit!

Image
Sonok betul Amani bershopping ya? Teknik amik gambar secara pantas menggunakan "Sport Mode" :)  Main amik, tarik...  Sedia ngan balingan.  Berjaya menjatuhkan satu.  Kaut lagi 2 kereta Hot Wheels.  Tersekat, tapi dapat tarik kuar dengan gigih.  Berjaya dan baling lagik!  dan lagik!  lagik... dalam trolley cam ada 4 dah!  dan gigih tarik lagik... Berjaya merembat lebih kurang 8 Hot Wheels dalam masa 1 minit. My Amani ni memang suke sangat dengan Hot Wheels, patung Barbie langsung tak layan, huhu.
So Amani nak join Mummy tak dalam shopping spree akan datang? wink wink :) :)

Wajah Amani Sebenarnya Mirip Siapa??

Image
Saya sering kali ditegur ketika mendukung Amani terutama mereka yang tidak begitu mengenali saya dan keluarga. Ada yang tanya "Ni anak sedarake?", "wajah ikut ayah dia ya?" dan macam-macam lagilah. Dah Amani kan cam putih beria dari saya yang gelap gempita, hahaha. Tapi sebenarnya anak saya semua berkulit cerah kecuali Anaqi coklat sikit since kecik2, bila dah besar panjang jadi gelap mungkin sebab dah aktif bermain di luar rumah :p Intro: Nak tunjuk kesan LEBAM di pipi Amani sebab bermain lompat-lompat di atas tilam Tok Nek di kampung, huhu. Sampai la ni LEBAM tu masa kelihatan di pipi. Ramai keluarga dibelah suami saya mengatakan Amani mempunyai iras dengan Umairah anak CZA dan CRAF (adik ipar saya). Cuma Umairah ni rambut die kerinting tetapi Amani hanya bergulung ikal di bawah. Sama tak? Tapi cam ada iras ngan Tok Nek lah! See, raut wajah tu ada kan? Kalau ikut sejarah famili sebelah Encik Hubby dan saya sendiri mempunyai darah siam. Mak saya rasanya ada darah…

Animal Kaiser Menjadi Kegilaan Anakanda

Image
Mak so BZZZZZZZZZZZZZZZZ hari ni, kiranya pulun mengajar dengan report yang perlu dihantar tak siap2 angkara tak paham tulisan dalam buku nota sendiri. Hidup rasa keSTRESSan sekali. Tapi sebab gambar-gambar dah ada dalam draf, meh-meh sini saya nak story sebelum ianya menjadi basi, hik hik.

Untuk pengetahuan am semua, permainan Animal Kaiser yang sekarang ni menjadi kegilaan bebudak Sekolah Kebangsaan TTDI, hahaha. Merata-rata gi sekolah nampak bebudak sekolah lelaki pegang kad Animal Kaiser dan termasuklah anakandaku yang dikasihi. Stress wooo tengok dowang main, ntah apa-apa!
Nilah ghupe mesin dier. Terdapat di semua cawangan Jusco Playland. Dia ada dua pilihan samada kita nak lawan dengan computer ataupun dengan pesaing normal iaitu manusia. Terus-terang saya tak amik pusing pun cara-cara bermain guna mesin ni. Tapi die kena swipe dan berlawan dengan menggunakan teknik "SESUKE HATIMU". Lepas main dapatlah kad yang mempunyai nilaian yang BEST. Rasanya ada kad yang berwarn…

Teringat-Ingat Juadah Yang Besh Di Langkawi :) | Laksa Ikan Sekor

Image
Laksa yang sangat BESH rasanya. Laksa ikan sekor* plus diletakkan juga daun buah jambu. Pehh memang mengancam rasa laksa di Pulau Mahsuri ini. Disertai sekali cendol manis, memang padanan sehati sejiwalah dengan laksa yang istimewa. Tidak hairanlah sehingga kini saya masih teringgat-ingatkannya.
Gerai yang menjual laksa dan cendol ini terletak betul2 persimpangan selekoh yang berhadapan dengan landasan kapal terbang di Pulau Langkawi. Datang dengan lori putih :). So kepada mereka2 yang berhajat ke Langkawi jangan lupa try makan "Laksa Ikan Sekor".

Aksi Ekstrem Abe Anaqi Kite

Image
Jangan tiru gaya ini, walaupun ianya tidaklah merbahaya mana ya. Silap landing boleh terseliuh pinggang gamaknya :p

Bercuti Di Rumah Mak Mertua Lak

Image
Lama tak balik rumah mak mertua. Rasanya last balik masa raya tahun lepas. So sekarang MIL dan FIL duk kat sini. Kalau dulu rumah ni jarang-jarang ada owang. Tapi sekarang dah ada penghuni tetap sbb diorang bergilir ngan umah lama :)  Besar gak parking lot umah ni. Boleh masuk 3-4 keta bergantung pada saiz. Keta kancil tu keta pertama Encik Hubby, sekarang digunakan sepenuhnya my FIL untuk bawa gi surau/masjid atau pasar.  Kalau kat umah Tok Nek ada sepupu-sepapat, kat sini ramainya pakcik makcik sedara + Alia (sepupu my kids). Walaupun tak seramai kat Kampung Tok Nek, tapi tetap meriah dari biasa :) Hepi weekends uolls.....
p/s: dah sampai KL pun kitaowang. Penat gi bercuti tak abis lagi ni :p

Cerita-Ceritu Hanya Gambar Ajer Ya | Cuti Di Kampung Nenek Encik Hubby

Image
Uollsss saya kat Terengganu la ni. Still berada di luar kawasan KL, luar kawasan Celcom. Mencik giler lembab lah connection Celcom kat sini. Gambar2 ni semua dirakamkan di rumah nenek Encik Hubby Kampung Tiong Kelate. Umah MIL next posting ya. Meh kita layan gambar, selagi MOOD cuti saya masih menebal lagi ni.  Gambar ini ditujukan kepada Ila Mama Amana & Arief, ni lah rupa sambal ikan setelah hampir siap dimasak-setelah dimasukkan rempah segala-bagai. Gambar dalam posting terdahulu hanyalah ikan yang direbus semata. Shodap tau masak 3 hari ni, menggunakan teknik dan resepi yang tertentu. hik hik.  Projek menggetel kuih buah rotan  Yang disertai anak-anak saya yang menyibuk bersama geng-geng pekerja Mama Yong (my SIL)  Dalam reramai anak, Anaqi lah yang sangat rajin menolong sebab diekan suke memasak.  Amani pulak dah tak terurus pabila duk kat kampung. Seronok sakan main ngan anak ayam. Pagi-pagi bangun keluarkan ayam dari reban, duk hambat anak ayam keliling laman depan rumah :…

Proton Exora Bold Premium - Pemapar LCD...

Image
Okies... Nak update sket tentang gadget kat Exora Bold...  See... Susunatur rekabentuk meter info Exora yg bagi sy hanya biasa2 je (i've seen better)... Ada dua pemapar LCD. Pemapar belah kanan memaparkan penunjuk pertukaran gear, odometer/trip, voltan bateri & voltan alat kawalan jauh (kunci)... Tekan butang set/set semula secara bergilir2 untuk melihat info2 (cam biasa). Manakala untuk mengaktifkan/mengubah pemapar LCD sebelah kiri kena tekan butang set/set semula melebihi 1 saat... So apa yg ada pada pemapar LCD belah kiri selain dari tolok bahanapi(fuel) & tolok suhu air?
Pertamanya, ada masa perjalanan i.e JT (journey time)... paparan adalah dalam jam & minit (hh:mm) dari mula enjin dihidupkan sejak JT diset semula. So kat atas tu menunjukkan JT ialah 54 minit...
Keduanya (yg lebih berguna), ialah jarak ke sifar i.e DTE (distance to empty)... Bermaksud jumlah jarak yg boleh dilalui dengan jumlah bahanapi yg masih berada dalam tangki bahanapi. Jika jarak kurang da…