Maidah Cuisine, Antara Restoran Terbaik Yang Pernah diKunjungi!

Jaraknya tidak jauh daripada Bank Islam (deretan kedai yang sama) di Putra Height dan Giant Putra Height.
D' Ansar Mart (grocery store) terletak bersebelahan dengan Maidah Cuisine. Kedai serbaneka ini sentiasa menjadi tumpuan bagi penduduk sekitar Putra Height.

Berpeluang berbuka di sini dengan kepelbagaian menu yang menarik hati, benar-benar memberi kepuasan dalam menikmati juadah berbuka seisi famili. Segenap ruang di dalam restoran terdapat makanan dan minuman yang bervariasi, dari makanan barat, timur dan tradisi.
Kuih-muih, buah-buahan tempatan. Dan saya paling suka kek gula hangus, benar-benar memikat hati.
 Pelbagai lauk pauk, nasi putih dan nasi arab, pendek kata kalau nak merasa makanan dari pelbagai benua silalah booking cepat-cepat untuk makan di sini ya. 
Seeeeeeeeeeee banyak giler sambal-sambal belacan, tempoyak, budu...
Pendek kata macam-macam ada kat sini...
Hidangan yang berjaya dihabiskan oleh my famili...
Nampak banyak makanannya kan kan? Sebab ahli keluarga yang ramai kan...
Alhamdulillah makan licin malam tu.
Chef Naqiuddin in da house...
Orang yang bertanggungjawab membuat perancangan atur hidangan untuk Maidah Cuisine..

Overal review:
Susun atur restoran kemas dan cantik, cuma keluasan agak terhad. So kalau memang nak datang reramai buatlah reservation dulu :) Saya juga hepi dengan servis yang diberikan, memang pantas dan layanan pun first kelas. Rasanya semua staff kat sini pakai baju chef--nampak smart giteww. Variasi hidangan ditawarkan banyak giler pilihan so memang boleh mengikut selera memasing. Paling penting harga sememangnya berpatutan dengan rasa hidangan yang setanding dengan hidangan di hotel-hotel berkelas bintang.

So, saya pasti akan mengunjungi Maidah Cuisine lagik...
Untuk pengetahuan semua, pada hari biasa restoran ini dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 11:00 malam. Namun yang istimewa sempena dengan bulan puasa ada buffet disediakan dengan harga 
RM34.90 (Adult) dan RM14.90 (Child)--5% diskaun diberikan kepada ahli.

Untuk tempahan boleh hubungi talian ini:
03-5191 1716
dan untuk keterangan lanjut boleh skodeng kat sini https://www.facebook.com/MaidahCuisine

Tq tq tq to my kazen Yam dan Capital TV diatas voucher makanan yang dihadiahkan.
Tq tq tq tq to Encik Naqiudddin dan staff Maidah Cuisine atas layanan baik yang diberikan :)
Salam Ramadhan ya!

Maidah Cuisine, Antara Restoran Terbaik Yang Pernah diKunjungi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 04, 2013 Rating: 5

3 comments:

  1. Terima kasih kerana membuat blog review Maidah Cuisine. Kami amat gembira kerana you all enjoy makan di restoran Maidah Cuisine. Sila datang lagi ya.

    ReplyDelete
  2. Jika nak buat tempahan majlis sek seramai 70 org muat x?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.