Posts

Showing posts from November, 2013

Sesuatu Yang Perlu Kita Tahu...

Image
Realitinya... sememangnya begini... Saya selalu berkeadaaan yang mahu memuaskan hati semua orang... Sebabnya banyak punca... Tak nak orang tak suka... Takut tak dapat kenaikan... Tak nak carik pasal... Paling takut nak kecilkan hati orang...
Tapi bila fikirkan balik, betul apa yang Ustaz ini kongsikan... Darah kita sama sahaja, warna merah... Asalpun semuanya dari tanah... Jadi tak perlu rasa diri tu rendah sangat  dengan orang lain... Tapi kena sentiasa rendahkan diri dengan Pencipta... Maksudnya... kena taat segala perintah yang disuruh...
Kerna kita bukannya hamba manusia, tapi hamba kepada yang Maha Esa...

Posting Bergambar : Kenangan Anaqi Bersama Rakan Sekolahnya

Image
Kejap jer masa, kan? Tak sangka hampir 12 tahun Anaqi hidup membesar gembira bersama saya dan keluarga... Habis dah alam sekolah rendah... Tahun depan sudah masuk alam remaja, zaman menengah... Begitu pantas masa berlalu... Dalam suka ada duka, Memori manis terpahat selamanya, Terima kasih atas persahabatan yang terbina, Moga berkekalan hingga ke syurga...
Lepas ni masing2 bawa haluan sendiri... Ada yang kena balik Indonesia untuk bersekolah militari di sana... Ada yang ke Kelantan... Ada yang ke SMA, MRSM, SBP... Ada juga yang masuk sekolah kluster SMKDU... Mahupun SMKTTDI...
Apapun moga anak-anak semua berjaya ya :)

TerGlam Kejap kat NST dan TV9

Image
Saya bukanler suka sangat menonjolkan diri di mana-mana media cetak.. Mungkin juga faktor muka tu tak berapa nak fotogedik... Tambahan pula saya yang bertugas sebagai seorang pendidik... So, saya dapat rasakan agak janggal kalau terKUAR kat mana2 koran dan sewaktu dengannya... Tapi hidup seorang comper dan blogger... Kadang2 memang ada tempiasnya dengan platform media...
Dan saya OK dengan iteww... Janji saya buat perkara yang halal dan menggembirakan... Iya idok?
Siyes, saya tak sedarpun muka saya dan Anaqi kuar kat NST  Ahad lepas... Lagi best wajah Winda dan Mira bersama anak masing2 pun enterpreme sekali... Sebab Ahad tu saya BZ berkenduri kazen, tak bukak FB seharian... Isnin pepagi 64 notifications... amek kaw... semua duk tag sisipan berita ni... So, TQ ya uollls... Dan terima kasih pada mereka yang sudi pos sisipan ini kepada saya tanda kenang-kenangan :) (Kredit pic: Dyat)
Ahad sebelum tu... Saya dan famili ada keluar dalam rancangan Safiyah di TV9, dalam kul 11 rasanya... S…

Sofia The First, Siri Animasi Yang Boleh Diteledani Si Kecil

Image
Sedikit sinopsis...
Baca mak pak semua  ya!!

Minggu The Royal Prep Isnin hingga Jumaat, 2 -6 Disember, 10.00 pagi (siaran ulangan pada 6.30 petang), Saluran ASTRO 613 Berehat dan beriadah selama lima hari dengan episod Sofia the First yang menampilkan pengembaraan Princess Sofia dan putera-puteri muda yang lain di Royal Preparatory Academy di mana mereka menerima latihan menjadi kaum kerabat yang sejati. Musim persekolahan bermula dengan episod baru, The Amulet of Avalor pada 2 Disember – apa akan terjadi pada Sofia apabila dia kehilangan kuasa untuk memahami kawan-kawan haiwannya apabila amulet ajaibnya tercicir?!
Ok, tak sabar untuk tontonnya pada hari Isnin 2 Disember pada pukul 10 pagi...
Kita akan lihat bagaimana Sofia begitu cekal menjalani latihan di Royal Preparatory Academy!

Ok, uollls nak tahu kenapa siri SOFIA the First sangat besh???
Sila sila sila baca sampai abis :) :)

Tentang Siri Sofia the First Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, se…

Hadiah Pengubat Sepi... Chewahhh

Image
Rasa cam berhantu jer bulan November ni... Tak pernah saya rasa hidup saya sesibuk dan sesesesetress macam bulan ni... Dengan pelbagai dugaan menimpa... Ada kes menganiaya saya jugak... Memang sebak sangat masa tu... Bukan sekali berlaku... 2-3 kali... Tapi saya malas nak story... Selagi perkataan "BERTABAHLAH" tu boleh disuarakan... Saya akur jer dengan ketentuan yang diberikan... Tapi dalam banyak perkara sedih... Ada juga berita yang gembira... Lagi manis apabila KEJAYAAN menjadi pendorong kepada anak-anak yang lain untuk terus berjaya... InsyaAllah ada kelapangan saya akan kongsikan :)
Oh ya... Saya dalam mood nak bercuti :) Cuti satu famili... Salah satu cara untuk menghargai diri atas susah payah melalui pelbagai dugaan...
OK... dah merepeks pulak... Saja nak hapdet hadiah/goodies yang sempat diambil dalam 2 minggu ni...
Cikedaut! Group diskusi bersama team Cosmopolitan, dapat goodies worth RM100 Parti Eh! Saya tak join tapi member baik hati lagi gorjes Mak Cik Dyana …

Food Review : Restoran Maliqa !!

Image
Saya memang suka makan. Mencuba hidangan baru teruatama yang ada sedikit sentuhan Asia-Barat memang menarik minat saya. Apabila saya berpeluang merasai masakan Mediteranean hasil sentuhan chef dari Malaysia, memang membuatkan saya begitu teruja.
Restoran Maliqa yang terletak di  Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ada menawarkan pelbagai jenis masakan Mediteranean.

Jika dilihat menu, memang nama masakan yang ditawarkan agak asing kepada kita orang Malaysia. Namun setiap hidangan ada diberi penerangan ringkas tentang bahan yang digunakan dalam masakan. So, memang mudah bagi pelanggan untuk membuat pilihan :)

Mula-mula saya try makan pizza...
Pizza Hawaian - bila sebut perkataan "Hawaian" die mesti didatangkan dengan sentuhan rasa-rasa buahan tropika seperti nenas. Lepas tu ada pertambahan seperti hirisan ayam dan keju.
Pizza Turkey Ham- dari segi rasa ianya seperti pizza yang ada kepingan ayam...Saya lebih suka yang ini kerana lebih cheezey be…