Posts

Showing posts from August, 2014

Mekap dan Photoshoot Bersama Rakan Mengjemah Satu Pengalaman Yang Indah :)

Image
Ai nampak my blogger fren "nukilan si kenit" naik entri ni.. Ai pun sibuk gak nak naik, ha ha.. Eksaited kooo...
Apapun sorry atas tajuk posting yang kaedahnya terlalu panjang.. Cam biasa ai memang failed nak meringkaskan ayat penyata yang panjang..
Dipendekkan citer, ai dan ada beberapa blogger yang telah berjaya mencecah umur 30 tahun ke atas.. Isk terasa tue dah.. Terpilih untuk mencuba satu produk terbaru dari LOREAL Produk apakah itu..ok yang itu nanti ai reveal tapi bukan sekarang ler..  Cuci mata saya di sini..
Banyak betul barangan LOREAL ni di pasaran ghupanya :)
 Mula-mula kita belajar bagaimana nak menggunakan produk tersebut dengan betul..
Mudah jer uollls..janji kena rajin...
 Mula-mula kena tacap muka tu kasi berseri..
 See muka ai sebelum ditacap ada sikit macam zombie, hahahahah
 Lepastu bersedia untuk diphotoshoot kan...
Gambar ni blur..sebab ai memang tengah blur
 Mula-mula kena amik cara tegak ala2 menyanyi lagu kebangsaan...
Lepas tu dari sisi, ecece..
L…

Sentap : Menggalas Tanggungjawab Besar

Image
Saya memang cukup sensitif... Bila membaca dan berbicara tentang kesusahan serta penderitaan kanak-kanak.. Kalau membaca berita di Gaza, hati saya lebih tersiat-siat melihat wajah anak yang menderita berbanding dengan rupa bangunan yang runtuh melata. Begitu juga gambaran anak yang didera, sakit dan sebagainya yang begitu mendapat perhatian di paparan media sosial memang akan membuatkan jiwa saya terusik.. Sebab ianya kanak-kanak.. Pemilik jiwa yang halus, baru sahaja menikmati kehidupan di bumi.. Telah diuji dalam pelbagai segi..
Semalam di koran Metro telah dipaparkan kisah budak lelaki yang seusia 12 tahun keluar mencari rezeki. Kedaifan keluarganya, kesusahan setelah kehilangan orang yang mencari rezeki, secara tidak langsung meragut kehidupannya yang sepatutnya dilalui sebagai seorang kanak-kanak. Seusianya berbanding dengan anak saya ternyata cara kehidupan berbeza. Ini membuatkan air mata saya menitis beberapa kali.. Seusia 12 tahun sudah tahu untuk memikul tanggungjawab. Seus…

Celebrate Belated Besday... Janji Ada Kek Leh Celebrate :p

Image
Besday Akid - 29/7... Afiq 18/8... dah lama lepas... Nak masuk penghujung bulan 8 baru terhegeh-hegeh nak celebrate, kih kih...
Sampai ai pun kompius... Perlukah ianya dimasukkan dalam blog?
Since gambar dah ada dan ianya baru jer berlaku (celebrate), layonnn jaa.
Ok sekali harung celebrate besday 2 anak sekali...
Bukan hanya dapat "save budget" bahkan dapat mengajar anak-anak ai erti berkongsi hari jadi dalam satu hari, hahahah (kemut seh mak pak dier ni).
Nyanyian ramai-ramai yang disertai 6 adik-beradik...
Tetap kuat dan meriah, tak perlu nak jemput jiran tertangga untuk bernyanyi sama :p
Potong amik syarat... Makan kek as dessert untuk makan malam ari tu ya... Seronok dan meriah jugak... Janji celebrate biarpun belated!

Sesi Gather2 Bersama Lisa Surihani Sambil Mencuci Mata Di The Body Shop

Image
Ok, saya tak membeli pun barang dari kedai The Body Shop.. Kebetulan malam sebelum hari kejadian, saya nampak satu posting dari FB mengenai peraduan kenapa saya hendak bertemu Lisa Surihani...dan saya terus menyertaiya :)
Dan malam tu juga saya tahu terpilih untuk bertemu Lisa..hepi gitew...
The Body Shop antara kedai pilihan setiap kali saya kuar shopping sendirian atau bersama rakan.. Kalau zaman sekolah menengah memang saya pembeli tegar perfume white musk dari Body Shop ni.. Selain daripada baunya yang wangi harga die juga agak murah so sangat praktikal untuk budget budak sekolah bawah umur 18 tahun heheh
Tapi zaman la ni, The Body Shop dah makin maju.. Bukan hanya ada perfume semata... Bahkan dah macam pasaraya komestik dan kelengkapan kecantikan wanita.. Semuanya ada..
Cer try tengok.. Krim tangan dari pelbagai koleksi...
Didatangkan dengan promosi sebegini..
Bila membeli terasa berbaloi2 sekali :)

Dengan pelbagai pek dan saiz..
Saya paling suka koleksi mini..
Senang dibawa ke …

The 7D, Siri Animasi Terbaru di DISNEY CHANNEL

Image
The 7D Disneysiri komedi kontemporari mengenai dunia Seven Dwarfs dengan watak yang diolah semula oleh Noah Z. Jones (“Fish Hooks”) akan mula siaran pada Ahad, 7 September jam 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615). Antara pelakon yang menyumbangkan suara emas mereka ialah Kelly Osbourne sebagai ahli sihir baharu Hildy Gloom, Jay Leno dan Whoopi Goldberg yang masing-masing memegang watak Crystal Ball dan Magic Mirror. Berpeluang menyaksikan siri  The 7D sebelum ianya disiarkan di TV, tidak sekali saya lepaskan. apatah lagi ianya jemputan khas yang membolehkan kita hadir bersama dengan anak-anak. Sebelum tayangan dmulakan anak-anak yang menghadiri berpeluang bermain "mini game" yang disediakan. Permainan ini bertujuan untukmenguji daya ingatan kanak-kanak.
Janet in da house. Pengenalan kepada siri ini secara umum kepada ibu bapa yang hadir.


Georgina wakil dari pihak Disney Channel Asia memberi kata-kata aluan kepada hadirin yang mengahdiri

Siri baharu ini mengambil tempa…

Mom's Time Out :)

Image
Ok. uollls ai kasi teaser citer terbaru dari LIFETIME. Yang mana LIFETIME akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah.    Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.  
Yesza....

Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan  telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central Vietnam, KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian d…

Homemade Bread, I Like :)

Image
Salam uolls... Hari ni ai nak kongsi resepi roti menggebu Cik Ayu... Hahahaha... Suka suki kann... Resepi ai cedok dari buku resepi yang diberi... Paling mudah dan kurang modal... Erkkk ekceli sebab first time buat, nak kurangkan risiko kita amik yang "roti asas" jer dulu :) Bahan-bahan nyerrrr:-
280g tepung gluten
210ml air
10g butter/majerin (kalau nak guna minyak pun boleh)
1 tbs susu (kalau nak guna susu tepung pun boleh)
2 tbs gula halus
1 tps garam
1 1/2 tps serbuk yis

**So gambar diatas tidaklah kita guna banyak kecuali tepung. Yang lain guna sedikit amaun ajer.
*Air yang terbaik adalah air sejuk dari peti ais ya uolls (ni adalah tip dari chef)

Cara membuatnya sambil pejam mata, ececece
Menipu noo sambil pejam kan hik hik...
Ai masukkan tepung dulu...
Lepas tu belasah masukkan semua bahan kecuali yis kering.

Lepas tu bukak kat dispenser atas... Ok, tempat yang warna kelabu ni kalau uolls nak letak kacang badam dan sekufu dengannya, raisin ke... silakan... Sebelah die…