Akan Ku Jejaki....

Ada berita baik bagi peminat2 novel penyiasatan dan misteri...
Buah tangan terbaru dari MPH memperkenalkan..
Jeng jeng jeng


Akan Ku Jejaki novel yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Tempat Kedua dalam Pertandingan Top Novelis Mutiara Minda MPH 2014  (satu pertandingan menulis novel Bahasa Melayu yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh MPH Bookstores) kini telah berada di pasaran uolls :)

Sedikit sinopsis mengenai novel in i ya :)

 Mengisahkan sebuah penyiasatan ke atas kes pembunuhan Dr. Farid, seorang Pakar Kaji Mutasi Gen yang sedang melakukan kajian yang bakal menggegarkan dunia perubatan. Siasatan polis menyimpulkan bahawa Dr. Farid terbunuh ketika disamun. Namun, adik Dr. Farid, Rosyam, enggan percaya yang abangnya telah terbunuh ketika disamun. Rosyam bersama rakannya, Inspektor Ranjeet melakukan siasatan ke atas kes Dr. Farid. Siasatan mereka mula mendedahkan komplot yang jauh lebih besar daripada jangkaan mereka.

Ia merupakan satu komplot yang menyebabkan semua pihak terlibat mencari objek yang sama. Objek yang berpotensi membawa impak yang tidak dapat dibayangkan. Rosyam dan Ranjeet mengejar masa untuk mendapatkan objek itu sebelum terlambat; objek yang boleh membawa maut kepada Rosyam dan Ranjeet. Berjayakah Rosyam dan Ranjeet memperolehi objek itu? Berjayakah Rosyam dan Ranjeet mendedahkan pembunuh Dr. Farid?

Nak tahu kesudahannnya uolls kenalah baca ya...


Info penulis;

Dr V. K. dilahirkan pada 4 May 1984 di Taiping, Perak. Pada umur 24 tahun, beliau telah memulakan tugas sebagai seorang doktor di Hospital Taiping. Beliau kini bertugas sebagai Penyelaras Penyelidikan di Clinical Research Centre, Hospital Taiping. Pada masa lapang, minat-
minat beliau ialah membaca novel, menonton filem, menulis, memasak dan berjoging.


Keterangan lanjut mengenai novel ini dan buku-buku lain bolehlah layari www.mphonline.com

Akan Ku Jejaki.... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 20, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Terima kasih kerana sudi mengambil masa untuk menulis mengenai buku saya. :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.