Kemeriahan Menyaksikan Pertandingan Akhir Liverpool VS MU Yang Dibawakan FOX SPORTS ASIA

Pada hari Ahad minggu yang lepas bertempat di Sunway Giza, Kota Damansara  beratus-ratus peminat telah menyaksikan persaingan antara Liverpool FC dan Manchester United F.C.di dalam pertandingan akhir BARCLAYS PREMIER LEAGUE yang dibawakan secara langsung oleh  saluran FOX SPORTS ASIA. Mereka yang hadir awal juga telah menerima beg cenderahati dari pihak penaja :) tau uolls.
Di sinilah di mana para media dan peminat 2 pasukan gergasi ini beramai-ramai menyaksikan perlawanan ini. Dan bertambah meriah lagi apabila kehadiran mereka ini dengan berpakaian jersi mengikut pasukan kegemaran masing-masing.
Pelbagai hidangan makanan dan minuman yang boleh dinikmati oleh peminat yang datang menyaksikan perlawanan di sini. Semuanya ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur acara.
Selain siaran LIVE daripada "Battle of the Reds", terdapat beberapa aktiviti menarik yang dianjurkan untuk peminat. Ini termasuk Sukan Bola Sepak Simulator Fox, Sukan Double Dribble Fox dan Cabaran Bola Sepak Play Station 3 .
Paling meriah dalam sesi trivia,yang mana peminat telah berusaha sedaya upaya menjawab soalan bagi memenangi barangan serta hadiah dari FOX SPORTS ASIA dan  penaja bersama seperti Revive, Uberman dan MYEG.
Terdapat juga hadiah diberikan kepada  'Pakaian Terbaik' lelaki dan perempuan. Serta hadiah istimewa diberikan kepada mereka yang dapat meneka ramalan skor kedua pasukan. Memang meriah uollls.
'Battle of the Reds' menyaksikan perlawanan hebat yang  berlangsung selama 90 minit, yang mana Manchester United mendapat asakan yang kuat dari Liverpool, dan akhirnya memihak pada MU dengan agregat  2-1. Wohooooo.
Peminat MU pastinya akan bersorak kegembiraan atas kejayaan pasukan mereka! Wooot wooot.. Bertambah manis apabila pasukan mereka MU berjaya mengalahkan musuh tradisi mereka sekian lama iaitu LIVERPOOL.
Bagi peminat sukan bola sepak ya jangan lupa menyaksikan lebih bayak perlawanan "LIVE" BPL setiap minggu di FOX SPORTS ASIA (ASTRO Channel 812) dan FOX Sukan HD (Saluran ASTRO 832) Untuk maklumat lanjut mengenai jadual perlawanan dan ulangan tayangan perlawanan, sila layari http://tv.foxsportsasia.com/ :)

Kemeriahan Menyaksikan Pertandingan Akhir Liverpool VS MU Yang Dibawakan FOX SPORTS ASIA Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 29, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.