Wanita dan Imaginasi Fairytale Yang Tak Sudah

Kadang2 saya fikir juga kenapa kebanyakan orang perempuan (tidak semua) mempunyai imaginasi yang tinggi. Macam saya sendiri selalunya berangan-angan untuk mejadi seperti personaliti sekian-sekian, mempunyai peluang sebegitu sebegini dan banyak perkara lain yang di luar imaginasi. 

Dan untuk pengetahuan uolls, sebenarnya berimaginasi ini sebenarnya berlaku sejak kanak-kanak lagi. Baik kanak-kanak itu jantinanya perempuan mahupun lelaki, 

Setiap kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dalam sesuatu perkara. Kanak-kanak sangat kreatif dalam melakukan sesuatu perkara untuk memenuhi citarasa mereka. Sebagai contoh apabila mereka melakar atau membina sesuatu permainan seperti melukis kereta, orang atau apa sahaja, ia datangnya daripada imaginasi mereka sendiri.

Sumber rujukan pernyataan dari google.com

Cuma di zaman kanak-kanak berimaginasi sangat membantu mereka untuk berfikiran lebih kritis. Boleh menyampaikan apa yang dia rasa samada melalui lukisan mahupun mengikut tingkah laku perlakuan.

Even sekarang, kalau kita tanya kanak-kanak perempuan yang belum akil baligh- umur dalam 2-4 tahun (haha). 

"Adik-adik nak jadi macam siapa bila dah besar?"

Kalau mak pak dier jadi idola--maka jawapan adik ni mesti, "Nak jadi macam papa, lukis-lukis" (ni kalau ayah die kerja arkitek, jurutera dan sebagainya yang berkaitan. 

Tapi jika fikiran adik ni lebih kritis, mesti die akan jawab;
"Nak jadi macammmmm  ........."
Sebab....
Cinderalla! Sebab dier ni cantik, 
Baik hati... dapat kahwin dengan anak raja...
Nak jadi macam Rapunzel...
Rambut dier panjang sangat...
Boleh cakap dengan burung...
Ada anak raja nak kat dier...
Nak jadi Belle...
Hebat boleh cakap dengan mangkuk, teko...
Lepas tu ada magik, pakwe buruk pun tertiba jadi hensem. Gituuuh...
Suka sangat dengan Snow White, sebab dier comel...
Lepas tu orang kecik semua sayang dengan dier..
Binatang pun suka... Lepas tu ada anak raja kiss kiss... (dem)

Dan perasan tak budak lelaki jaranggggg sangat berimaginasi sampai ke tahap macam ni. Paling kurang pun mungkin, "Abang nak jadi superman sebab nak tolong orang!". Dan pastinya bukan alasan dier nak jadi superman sebab teringin nak pakai spender kat sebelah luar ke apa,.. Sebab cara dier berimaginasi, pengolahannya agak berbeza.

Even, ada setengah perempuan imaginasinya bukan stop kat zaman kanak-kanak jaaa. Bahkan ianya berterusan sampai dier beranak-pinak (ok, nampak sangat mengata tentang diri sendiri, kan? Hahaha). Tapi tahap ni kita bukan panggil berimaginasi tapi lebih kepada "berangan-angan" atau sesi meng"KOYA"kan diri sendiri. 

Saya percaya ramai perempuan yang inginkan sesuatu yang hebat dalam hidup mereka. Contoh; teringin punyai jawatan yang nampak glamer (berkot dan bergaya). Bila datang kerja tu memang fesyen dan padanan baju, kasut "perfectly match". Muka flawless... ala2 sekali tengok macam neolofa, dua kali tengok macam Tizz Zaqyah"... tiga kali tengok cam Oprah... ceh!

Paling tak tahan berangan tahap mantra langit ketujuh, semua lelaki bajet hensem gila separuh mati nak kat dier, hahahahahahahahahha. Dahlah hensem jenis kat beranda rumah berbijik porshe. Lagi tinggi saham, alim, tawaduk dan ke semua ciri2 pilihan mak mertua tu ada kat lelaki ini.

Ok, fine korunk jangan marah... Ni cuma angan melampau... Biasanya ada "cut n error" kat mana2. Biasalah bila saya menulis perumpamaan "kemelampauan" selalunya ada. Isk. 

Sebab tu, sampai ke tua ada juga perempuan2 ni suka baca buku novel, dengan alasan terbaik, bacaan santai yang mempu menghiburkan pada masa lapang. Tapi biasanya pada yang sama, watak dalam novel kadang2 terkena juga dengan impian dan imaginasi perempuan. Gitewww...

Suka baca dan berangan jer... Tapi bila tutup buku, bangkit terus, memang sedar selalu dunia realiti yang dipijak hari-hari. Not a big deal pun.

Cuma, mungkin rasanya wanita sekarang dah tak berangan nak jadi Cinderella (yang asyik kena perlekehkan oleh mak tiri). Mahupun Rapunzel (kena berkurung bertahun lama), apatah lagi Snow White (yang kena sabar sangat menanti puteranya datang) dan Belle (giler ke apa kahwin dengan Beast-bukan setakat muka tu gerun, perangai pulak garang dan ganas pulak tu).
Jadi mungkin pilihan wanita hari ni nak 'Black Widow'  kot! Muka dan gaya ada "attitude!", berani ke hadapan dan punyai identiti dan keunikan tersendiri. Gituh. Hmmmm...

Wanita dan Imaginasi Fairytale Yang Tak Sudah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 23, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.