Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Bersama MyMahsuri

Bertempat di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Lot 5930, Jalan Jati, Kg Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor. Saya sekeluarga serta beberapa orang media dan juga pihak MyMahsuri telah bersama-sama menyertai aktiviti berbuka puasa bersama anak-anak di sini.
Salah seorang sukarelawan yang sudah lama berkhidmat di Rumah Jagaan Cahaya Kasih Bistari.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bersama anak-anak di sini. Ternyata mereka sangat gembira bermain bersama rakan-rakan yang lain biarpun seharian berpuasa.
Selain itu, pemenang mingguan bagi Peraduan Masak & Menang di FB turut diraikan. Untuk pengetahuan semua, seramai 5 pemenang setiap minggu akan dipilih dan mereka yang berjaya bakal menerima hadiah sejumlah RM500 tunai dan juga berpeluang membawa 5 rakan berbuka puasa di rumah-rumah anak yatim (aktiviti berbuka puasa anjuran MyMahsuri setiap minggu).
Meriah uollls...
Orang kuat yang menyediakan nasi ambeng wak minah...
Rahsia kesedapan nasi ambeng ini terletak pada 3 jenis kicap Mahsuri yang digunakan iaitu kicap manis, pedas dan juga tiram... nyummehhhh.
Wajah-wajah ceria anak-anak di sini...
Moga besar berjaya ya dik :)
Panggilan minggu akhir untuk semua pengguna kicap Mahsuri, jangan lupa untuk sertai Peraduan Masak & Menang dengan mengggunakan kicap Mahsuri yang terdapat di pasaran. Mana tahu kalau ada rezeki uolls boleh memenangi hadiah wang tunai dan jemputan esklusif berbuka puasa bersama anak yatim.

Keterangan lanjut klik laman FB ini ya:

Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Bersama MyMahsuri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.