How Do I Look Look? Asia di Saluran DIVA!

Program terbaru How Do I Look? Asia akan mula ditayangkan pada hari Isnin, 31 Ogos pada jam 08:00 malam di DIVA (Astro Channel 702, DIVA HD 723) iaitu saluran hiburan terkemuka  untuk wanita di Asia.
.
Rancangan ini akan dihoskan secara bersama iaitu selebriti Malaysia yang sentiasa menjadi ikon dalam bergaya iaitu Sazzy Falak dan Jeannie Mai (co-host) yang sememangnya tekenal sebagai hos rancangan di negara di Asia. Konsep di dalam How Do I Look Look? Asia adalah inspirasi daripada versi How Do I Look Look? AS yang asal.

Setiap episod mempertengahkan pelbagai cabaran fesyen. Setiap peserta cabaran mempunyai latarbelakang yang berbeza dan cabaran dalam diri yang mereka hadapi juga berlainan. Masing-masing mempunyai karektor dan penceritaannya yang tersendiri.

Antara peserta-peserta rancangan yang dicabar untuk diubah gayanya seperti: fesyen dicabar termasuk "onesie-penagih / blogger Apple (Filipina)" ;indie rock gitaris Ariana (Malaysia); mismatch, mishap/ watercolor - Choc (Taiwan); eksekutif jualan yang sering hidup dalam kebosanan Jane (Filipina / Australia); "overachieving, namun ketinggalan zaman, Lavinya (Malaysia); guru  Lianni (Filipina); "romantically-insecure " Maisarah (Singapore); dan sering kehilangan identiti dalam memilih pakaian iaitupenceramah motivasi Yessinta (Indonesia).

Untuk perubahan gaya dan fesyen profesional, Sazzy juga akan berkalobarasi dengan stylist jemputan di dalam setiap episod. Antaranya seperti  Liz Uy (selebriti stylist dari Filipina); Zac Wu (selebriti stylist dari Taiwan); Andrea Wong (bekas editor Elle Malaysia); dan Anindita Saryuf (pengarah fesyen Elle Indonesia).

Wahhhh...memang semuanya pakar dalam bidang fesyen!
Dalam setiap episod, Sazzy, Jeanni Mai dan stylist jemputan bersama ahli keluarga peserta yang terlibat,rakan baik atau rakan sekerja - akan sama-sama membantu peserta mangsa fesyen yang bertuah berubah kepada lebih bergaya. Almari pakaian mereka akan diserbu, dan barangan/pakaian yang tidak sesuai akan dimasukkan ke dalam"Eww Tube", salah satu keunikkan siri ini sepertimana yang terdapat dalam format asal siri ini. The "Eww Tube"  seperti mesin vakum yang mengeluarkan pakaian/aksesori yang tidak perlu dipakai oleh peserta..

Saya suka meminjam kata-kata hebat dari Jeannie iaitu:-
"I want to dream, I want to live life for purpose, and I want to look good doing it"


Jeannie dan Sazzy juga akan membuat penampilan khas di lokasi tertentu di Singapura, Malaysia dan Vietnam pada akhir bulan ini di tarikh berikut:

- Singapura: 20-22 Ogos
- Kuala Lumpur: 23-25 ​​Ogos
- Ho Chi Minh City: 26-27 Ogos

Jangan lupa untuk menyaksikan tayangan premier pada 31 Ogos 2015 di saluran DIVA jam 8.00 malam ya uolllls :)
How Do I Look Look? Asia di Saluran DIVA! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 26, 2015 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.