Posts

Showing posts from February, 2015

5 Item Yang Saya Nak Beli Dari Lazada!

Image
Dunia semakin moden hari ini. Dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan melalui pelbagai aplikasi di alam maya menjadikan semua urusan harian boleh dilakukan dengan mudah. Bayangkan jika dulu kita perlu bergerak ke lokasi kedai ke kedai untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Tapi kini, segalanya mudah hanya dihujung jari :=)
Contohnya LAZADA.com.my, rangkaian laman web membeli-belah yang menjual pelbagai barangan dari keperluan diri, rumah dan pelbagai lagi. Bahkan kita juga boleh membeli barangan dari pelbagai jenama dengan harga yang sangat berpatutan.
Bestkan sangat-sangat-sangat kan!!!
Hanya log in di www.lazada.com.my Daftarkan butir diri anda bagi urusan pembayaran dan penghantaran.. Efisien dan mudah seperti A..B..C
 Lampin buang merupakan keperluan my Ameer. Kalau dulu, setiap bulan, kadang-kadang 2 minggu sekali saya perlu terjah pasaraya besar. Untuk mendapatkan stok lampin buang dengan harga yang sangat berpatutan. Tapi kali ini, saya hanya mendapatkan dari LAZADA de…

Jom Sertai MasterChef Asia Yang Pertama!

Image
Calling... Calling...
Mereka yang hebat di dapur... Mempunyai bakat terpendam menghasilkan pelbagai jenis hidangan... Yang sukakan cabaran... Yang mahu menguji skil kulinari yang dimiliki...
Apa lagi meh sertai MasterChef Asia!!!
Dengan hanya menghantarkan butiran dan video anda dimasterchefasia.com (bermula dari sekarang sehingga 5 March 2015) , untuk keterangan lanjut boleh layariwww.youtube.com/watch?v=lmYrDnU-JJU  ataupun di www.facebook.com/MasterChefAsiaMasterChef Asia dibawakan oleh Singapore Tourism Board dan Knorr, dengan kerjasama Panasonic dan Changi Airport Group. Lifetime (Astro Ch 709).

Jangan lepaskan peluang ini uollss!



Kematian Mengejut, Strok Haba

Image
Uollssss... Pernah dengar tak pasal strok haba?
Ai dulu pernah dengar... Tapi takdelah tahu simptom ianya berlaku macam mana.Cuma bila ada member cerita pasal kematian adiknya disebabkan strok haba. Memang agak sadis juga, sebab strok haba ni umpama kematian yang mengejut.
Macam arwah adik kawan ai tu... Memang dari segi fizikal kita boleh tahu jenis badan susah nak jatuh sakit. Arwah ni jenis yang agak lasak. Buat kerja dengan bersungguh-sungguh, dan jenis sangat komited dengan segala urusan yang diamanahkan.
Kesnya, die balik dari kerja... Mengadu sakit kepala... Terus masuk bilik... Katanya nak tidur. Dekat maghrib datang si ibu nak kejut... Tengok mulut dah berbuih... Nadi dah tak ada... Segera bawa ke hospital, Doktor confirmkan yang memang degupan jantung dan nadi dah tak ada.
Dengar keadaan simpton2 yang ibu arwah ceritakan... Nampak macam strok haba... Sebab tak dibuat post mortem kan...
************
Even... Saudara terdekat saya juga pernah terkena ala2 simpton strok haba. …

MeLastik! Permainan orang Dolu2

Image
Ai takdelah pernah terjebak dengan permainan ni...
Lastik eh nama dier...

Kalau masa kecik, zaman masa belum akil baligh... main masak2 dan main kawen olok2 tu memang dah aktiviti wajib petang2. Tapi main kawen2 tu ai jarang jadik pengantin, ai biasanya jadi pengapet ajer. Muka bajet tak berapa comel untuk bibir dilumurkan ngan bunga raya... kennn... Celak biasanya pinjam mak punya takpun kawan mak punya, eye shadow, pemerah muka memang tak ado. Yang wajib pengantin lelaki dan pompuan... dan tok kadi tu keno ado. Tukang merenjis dan pengapit tu kiranya watak extra (kalau ramai sangat nak main kahwin olok2). Kecik2 dah gatai nooooooooo, hahahhahahaha

Tapi cam my laki... Main lastik ni antara aktiviti senggang masa dier kecik. Heran ai... Apa yang nak dilastikkan pun ai tak tahu...

So, kebetulan time cuti CNY kali ni...
My laki beria mencarik alatan melastik ni kat RTC kelate...
Satu jatuh harga 3 hengget. Beli 3 untuk 3 beradek (yang laki jer)....
Tak termasuk Ameer. Kalu die belikan …

Keropok Lekor Losong Tok Bali

Image
Ada orang kata keropok lekor losong yang paling sedap kat area losong terengganu itu sendiri. Kira kalau nak membeli kat situ memang jenuhlah beratur. Semata kerna keropok lekor yang shodap... Tapi disebabkan masa perjalanan tu kitaorang nak singkatkan, hmmm nak cepat so takde ler ke area losong semata nak membeli. Memang rancang beli keropok otw dalam perjalanan ke Kota Bharu... Singgah kat kedai Aisyah Tok Bali...
Ni ramuan utama nak buat keropok lekor- isi ikan selayang, tepung sagu + tepung kanji, garam dan gula (perasa).  Gentel-gentel...
 Rebus... siappppp...
Ada setengah orang suka makan keropok rebus, tapi saya lebih selera makan yang bergoreng :)

Menjejaki Roti Paun Panas Di Terengganu

Image
Berpeluang berjalan-jalan dan melawat ahli keluarga sempena cuti CNY tidak saya lepaskan. Apatah lagi inilah masanya untuk merasai masakan orang tempatan. Yang semestinya begitu istimewa bagi pengunjung luar. Kali ni saya berpeluang mencuba roti paun panas... homemade lagi! Harga sangat berpatutan uolls...
Dengan rasa dan kualiti yang dihasilkan :)
Tapi kuantiti yang dihasilkan setiap hari agak limited. Sapa cepat die dapatler :p
Mujur sempat membeli 2 bijik... Yang lain atas dapur semuanya dah ada orang tempah.
Selain roti paun, terdapat juga roti sarang lebah jual di sini... Untuk roti sarang lebah:RM 4 Roti sarang lebah berkeju: RM 6
So uoll kalau nak try roti paun panas boleh terjah gerai depan Giant tepi jalan besar :<3 p="">

Safi Balqis Masterclass :Resepi kecantikan cerah sempurna Hanis Zalikha

Image
Berpeluang menghadiri SAFI Balqis Cerah Sempurna Masterclass bersama Hanis Zalikha dan juga Chef Nor Zailina (yang juga mesra dengan panggilan Chef Lin) membuka mata saya tentang rejim penjagaan kulit muka dengan betul. Selain itu saya juga dapat mengetahu lebih mendalam lagi tentang berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah dengan formulasi khusus dari buahan semula jadi.
Bertempat di The Cooking House Bangsar, majlis yang mengenengahkan konsep “masterclass” kecantikan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu:-
*Sesi bersama Chef Cerah Sempurna - demonstrasi oleh Chef Nor Zailina
*Bengkel kecantikan SAFI Balqis White Trilogy - demonstrasi oleh Hanis Zalikha dan Pengurus
Kumpulan Produk SAFI- Puan Mahsuri Sulaiman. 


Sesi bersama Chef Cerah Sempurna - demonstrasi oleh Chef Nor Zailina
Chef Nor Zailina tutut berkongsiberkenaan manfaat kecantikan Kiwi dalam mecerahkan kulit, dan Limau Gedang untuk keperluan khusus kulit berminyak dan sensitif melalui pandangan pakar seorang tukang mas…