Posts

Showing posts from April, 2015

Beli MWW Bulan Mei 2015, Dapat Tote Beg Jenama Bonita | Berbaloiii

Image
Hokeh, entri misayer kembali lagi.......ahaks
Kali ini, agak menarik sikit..
Sebab dapat hadiah tote bag berlabelkan jenama BONITA dengan 7 pilihan warna menarik!!
Gambar seperti di atas ya!

 Saiz beg lebih kurang macam ni..
Besar dari saiz majalah MWW...

 Takde zip...
Tapi adalah poket dan butang magnet...

 Kain polister ya jenis beg ni...
So kalau kena air lap jaaa...

 Kukuh juga butang dekat beg ni.. :)

 Saiz budak 5 tahun membawanya..
Tapi bagi saya boleh memuat segala perkara barangan yang pompuan suka bawa ~ lipstik (min 5 batang), beg duit gabak, beg duit syiling, cermin, compact powder, maskara dan sebagainya. Kalau saya masih muat lagi kalau nak letak pampers dan botol susu, kahkahkah

 Harga RM6.36 termasuk GST, erkkkk

Saya beli 2...lagi satu kaler warna merah..
Selain itu dalam majalah ni ada juga peraduan yang dapat set pinggan mangkuk, perfum, voucher hotel dan macam-macam lagi...
Pendek kata pembelian yang berbaloi-baloi-baloi...
Kuantiti terhad di lokasi tertentu sahaja…

Butik Duchess Menawarkan Pelbagai Barangan Yang Fabulous!!

Image
DUCHESS membawa maksud  "a woman holding a rank equivalent to duke in her own right". Seumpamanya kedudukan wanita yang hebat, Butik Duchess menawarkan pelbagai koleksi terbaik khasnya buat wanita yang berketerampilan seperti pakaian dan juga perhiasan diri seperti jam tangan, shades, kerongsang baju, tas tangan dan pelbagai lagi. Berpeluang melihat sendiri barangan yang ditawarkan di majlis pelancaran butik sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi, pelbagai tawaran yang menarik diberikan kepada pengunjung pada hari pembukaan. Selain tawaran harga menarik, pelbagai aktiviti turut disediakan buat pengunjung butik. Antaranya segmen tips dalam penggayaan pakaian mengikut kesesuaian acara dan bentuk badan. Banyak juga info yang saya perolehi dalam segmen ini :)

Antara koleksi pakaian yang mencuri tumpuan saya ketika berada di sini...
Blouse putih ini rekaannya memang unik. Apatah lagi fabriknya sangat lembut dan mudah digosok :p
Terdapat juga pakaian pre-loved yang dijual d…

Keseronokan Bersukaneka Setahun Sekali

Image
Acara sukaneka merupakan acara sukan tahunan di kebanyakan Sekolah Rendah. Dan untuk tahun ini SKTTDI (2) telah mengadakan 2 kali acara sukan tahunan yang melibatkan peringkat pertama untuk murid pra sekolah, pkpi dan tahap 1 (hanya untuk darjah 1 dan 2) dan perigkat kedua untuk tahun 3 serta murid-urid yang berada di tahap 2 (darjah 4,5 dan 6)
Seawal pagi, saya bersama My Ameer, Amani dan Afiq sudah berada di sini. My Dedet kena kerja pagi Sabtu dan anak2 yang lain sudah mempunyai agenda di rumah (nak basuh kasut sekolah, sidai baju, buat homework, tanam pokok, layan running man dan macam-macam lagi).

Seperti di mana-mana sukan sekolah, acara perbarisan rumah wajib ada. Macam-macam gaya dan costume anak-anak ini terpaksa lenjan hasil gaya imaginasi para guru rumah pasukan. Kahkah.
Persembahan dari team Taekwondo SKTTDI (2), pembuka majlis selepas acara sukaneka dirasmikan oleh VIP yang dijemput. Memandangkan dari abang pertama sehingga adik-beradik yang lain semuanya bersekolah di s…