Posts

Showing posts from July, 2015

Promosi Hi-Tea Bersempena Dengan Hari Kemerdekaan di Royale Songket Restoran Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Image
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal kita raikan tidak lama lagi, Royale Songket Restoran yang bertempat di Hotel Grand BlueWave Shah Alam telah menawarkan hidangan Hi-Tea yang cukup istimewa pada harga yang sangat berpatutan. Bertemakan hidangan bercitarasa "antarabangsa", pelbagai sajian utama disediakan sehinggalah ke pencuci mulut yang popular dan menjadi kegemaran masyarakat, bukan sahaja penduduk di Malaysia bahkan masyarakat antarabangsa.
Antara yang menarik; Hidangan tempura. Kerangupan tepung tempura dan juga sayuran dan hidangan laut yang digoreng garing.
Prawn Butter, so yummmehhhhhhhhhh...
Saiz udang sederhana besar digoreng bersalut oats dan butter :)
Variasi Dim-Sum, hidangan masayarakat cina yang mempunyai penggemarnya di seluruh dunia, tidak kira bangsa dan agama.
Laksa asam yang cukup rasa masam dan pedas. Digabungkan pula dengan ulam seperti timun dan salad, begitu juga hirisan cili dan telur penambah rasa. Keaslian rasanya seperti kita m…

Katakan YA! Untuk Pengalaman Berharga Bersama Friso Gold

Image
Anak adalah anugerah terindah buat kita. Anugerah yang diamanahkan untuk kita jaga, besarkan dan berikan mereka sepenuh kasih-sayang yang tidak berbelah bahagi. Setiap anak mempunyai kecenderungan dan minat yang tersendiri. Walaupun adakalanya, ianya menuntut pengorbanan masa dan wang ringgit. Tapi demi keinginan anak, kita cuba berikan.
Proses pembesaran anak juga tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti luar mereka. Mereka gembira bermain, melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bersama adik-beradik mahupun rakan-rakan seuia mereka yang lain.
Anak-anak yang comel...
Anak-anak yang membesar sihat...
Anak-anak yang suka bermain...

Dan kita sebagai ibu-bapa perlulah berikan mereka yang terbaik!
Antara yang terbaik :)
Susu FRISO GOld yang merupakan jenama susu tepung rumusan yang menyokong sepenuhnya buat ibu-ibu di Malaysia dengan menagatakan YA! pada pengalaman. Demi menggalakkan anak-anak untuk dapat belajar menerusi pengalaman dan penemuan dengan perkara di dunia luar mereka, …

My Akid Zulqarnain Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-10 Hari Ini

Image
Akid Zulqarnain, yang kuat, nama adik kesayangan nabi... Permata hati yang ketiga ini memang manja, ada sedikit degil, penyayang dan rajin. Akid seorang yang sangat cintakan alam sekitar... Boleh menghabiskan masa berjam-jam bermain dengan haiwan... Seorang yang teratur dari segi pemilihan pakaian... Suka diberi penghargaan dan suka dihargai terutama dalam pencapaian... Anak yang lebih "alert" tentang menjaga solat... (jarang solat lewat). Biarpun Akid ni ada adik.., Tapi dier takdelah ada ciri-ciri cam abang long fadhil sesangat... Yang cam abang long kawasan tu my Anaqi... Tapi jiwa penyayang dier tetap ada... Kadang2 bila kita marahkan anak yang lain... Dia yang hiba sama... Hati tisu....
Dan hari ini... 29 Julai, genaplah usia 10 tahun my Akid :) Doa mummy....
Moga Akid terus membesar sihat dan ceria...
Jadi anak yang soleh dan dengar kata...
Dan moga Akid dapat capai apa yang diinginkan, dunia dan akhirat berjaya.

Amin...

Raya Dengan Rakan Blogger Di Rumah Red Mummy :p

Image
Kemeriahan raya memang terasa bila dapat beraya bersama kawan-kawan. Bertambah-tambah lagi bermakna bila bertemu dengan kawan yang sudah lama kenal tapi sudah lama tidak dapat berjumpa. Dek kerana kekangan masa.

Maklumler... Setiap orang ada hal memasing. Nak tunggu bertembung di satu acara memang susahla.h. Melainkan diberi peluag untuk bertemu di satu acara yang tidak disengajakan itu adalah satu kerahmatan, hiks...

Jemputan khas dari Kak Red ke rumah baru beliau memang mengujakan saya. Selain daripada rasa tak sabar nak jumpa hakak kita sorang ni (lama giler kot tak jumpa), teringin juga nak buat lawatan sambil belajar di rumah Kak Red, hahah. Mengalah orang mengandung kannnn... teringin... teringin... haii...

**********

Sampai kat rumah Kak Merah kita ni...
Duduk borak kejap... terus terjah ker meja makan...
Punyalah excited nak makan, hahahahah
Sedap2 belaka...

Paling meninggalkan kesan kat tekak...
Sambal roket Kak Red....
Pehhhhhhhhhhhhh...
Pedas dier mengancam satu macam. Sed…

Berhari Raya Dengan Pelakon Zul Ariffin

Image
Berpeluang bertemu dan makan malam bersama selebriti Zul Ariffin yang semakin hari semakin meningkat naik di Malaysia sememangnya tidak saya lepaskan. Apatah lagi acara makan malam ini adalah anjuran ubat batuk dan sakit tekak kegemaran saya dan famili iaitu Fisherman's Friend.
Bertempat di Saloma Bistro, pada 24 Julai 2015, saya dan semua pemenang peraduan telah bersama-sama menikmati makan malam istimewa bersama Zul Ariffin a.k.a Abang Sado Rindu 200%, hehehe.
Pelbagai aktiviti telah dirancangkan buat peminat-peminat abang sado yang hadir ke majlis ini. Tapi sebelum itu, meh saya kongsi beberapa gambar hidangan yang sempat saya rakamkan khas disediakan oleh pihak Saloma Bistro (tak semua ya, hanya sebahagian sahaja) Uniknya roti ni sebenarnya sebab ianya berwarna pepel...
Siyes, memang rare roti yang berwarna seperti ini..
Pelengkap untuk hidangan roti ini ialah sup ayam istimewa :)
Gado-gado... Atau dengan nama hidangan orang Malaysia suka menyebutnya--->rojak.
Amboi adik m…