Posts

Showing posts from October, 2015

Setiap Senyuman Adalah Berharga

Image
GSK (GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd) telah berkalaborasi bersama Malaysian Dental Association (MDA) telah melancarkan kempen "Nation of Healthy Smiles". Kempen ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan penjagaan mulut terutama gigi.

Ini kerana penjagaan mulut yang betul...
Kita tidak akan ada masalah gusi berdarah..

Kita juga tidak akan mengalami masalah gigi sensitif..

Dan dengan mudah kita boleh memberikan senyuman yang begitu menawan!

Stacy Wallace Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia memberikan kata-kata aluan dan menerangkan sedikit sebanyak tentang kempen yang bakal dijalankan.\

Dr. Chow KAi Foo Presiden MDA (Malaysian Dental Association) yang turut sama berkongsi pendapat tentang kempen dan juga menerangkan secara ringkas tentang penjagaan mulut.


Di majlis pelancaran Kempen"Nation of Healthy Smiles" menggunakan  SMILEOGraph...

Akhirnya, wajah VIP dengan senyuman manis mereka terpapar di skrin...

Dan seteru…

ALAMILAH REVOLU-NASI TEFAL!

Image
Tefal sememangnya gah sebagai jenama perkakas dapur dan peralatan rumah terunggul di dunia telah memperkenalkan siri produk periuk nasi terbarunya iaitu Periuk Nasi Sfera Tefal RK 8105 dan RK8145 yang dihasilkan khusus untuk kemudahan kita dalam menyediakan pelbagai juadah masakan kegemaran kita semua.  Tefal berbangga menghasilkan produk periuk nasi itu yang dilengkapi dengan ciri inovatif teknologi periuk berbentuk sfera yang memberi jaminan terbaik untuk penyebaran haba ketika memasak selain memberikan hasil masakan terbaik.

Periuk Nasi Sfera Tefal Mudah Berguna untuk Masak dan Kawal Periuk Nasi Sfera Tefal RK8105 dan RK8145 dihasilkan dengan ciri unik, berketahanan tinggi dengan lapisan bertingkat 2.5 mm serta salutan Nano di permukaan luarannya. Manakala ciri dalaman periuk dihasilkan dengan reka bentuk berlian dan lapisan seramik. Dihasilkan dengan berat yang bersesuaian, produk itu memberi jaminan tahan lasak dan pengudaraan haba yang optimum kerana dengan kewujudan ruang koson…

Pemergian Tok Ayah Pasti Dirindui...

Image
Hari ini...
Hari keempat arwah Tok Ayah pulang menemui penciptanya...

Hari yang begitu sunyi...
Buat semua ahli keluarga kami...

Dan saya sendiri...
Masih ada belum ada mood untuk menulis, hatta apa perkerjaan sekalipun.
Masih letih pulang dari perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat.
Masih bersisa letih dengan tugasan harian yang menimbun dek meninggalkan separuh jalan sejurus mendapat khabar pemergian.
Alhamdulillah...
Semuanya dipermudahkan...
Dari mula menutup mata, sehinggalah selesai urusannya untuk disimpankan.

Apa yang menyentuh hati saya...
Semuanya diuruskan oleh menantu lelaki, cucu dan cicit lelaki.
Dari mandi, kafankan dan sehinggalah untuk dimasukkan ke liang lahad...
Doa kami setiap masa moga rohnya tok ayah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama golongan mereka yang beriman.

**Masih terbayang2 wajah Tok Ayah saat akhir sebelum dibawa pergi... tersenyum begitu manis dan wajahnya seolah sedang tidur begitu lena.

Al-fatihah...

15 Minit Aktiviti Sempoi My Ameer

Image
Semalam ketika saya tengah sibuk melipat baju di ruang atas, my laki ada amik beberapa gambar my Ameer. Yang sedang ligat beraksi selepas 5 minit mak dier takde di depan mata. Nak tergelak pun ada... Adoihai...
My Ameer ni memang ada sedikit notty... Memang penyeri keluarga betul dengan kaletah2 nya yang bersahaja. Rasa nak cubit2 jer pipi dier yang munggil itu...
So, dalam 15 minit... My Ameer berjaya membuat kekalutan kat Dedet dier... Antara aksi yang berjaya dirakam... Masuk dalam bakul...
Tergolek bersama bakul...
Geget peluru pistol nerf sampai kemek...
Tak cukup keras... geget senduk nasi mak dier pulak...
Paling kagum, kebolehan my Ameer menyumbat segala tipuware mak dier dalam periuk nasi yang ada nasi... Bertabahlahhh makkkk!
Sebab kena marah... Simpan balik segala mak nenek tipuware dalam bakul mak dier.
Acah-acah vacuum rumah...
Last job, ntah celah mana dier jumpa kolam Dutch Lady ni... Gegeh meniupnya nak kasi kembang...
Adoihai... Ameer oits...

TQSM Printcious!

Image
Warna ungu pilihan hati, Diabadikan bersama potret famili, Tercoret juga nama blog peribadi, Buat kenangan kekal abadi :)
Di http://www.printcious.com macam-macam ada, Tempah buat koleksi peribadi ataupun buat si dia, Tiada minimum tempahan untuk rekaan istimewa,  Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan semestinya.
Lebih banyak tempahan dibuat penjimatan berganda, Ini kerana... Jika melebihi RM75 penghantarannya percuma!
Keterangan lanjut, boleh layari; https://www.facebook.com/printcious https://instagram.com/printcious https://twitter.com/printcious
"PRECIOUS GIFT FROM YOUR HEART"

FACES OF FAREEDA – AMYRA ROSLI

Image
Bermula pada 19.10.2015, pelakon drama yang cukup popular di Malaysia  iaitu Amyra Rosli telah dilantik sebagai ‘Faces of Fareeda’ yang terbaru. Sebagai ‘Faces of Fareeda’  Amyra Rosli akan memperagakan koleksi-koleksi terbaru dari Fareeda sekaligus mempromosikan keluaran butik Fereeda yang terkini.


Pada sidang media yang dijalankan baru-baru ini, Amyra Rosli telah  menggayakan tudung koleksi terbaru daripada Fareeda iaitu ‘Fareeda Persia’ dihiasi dengan ‘Diamonds yang bermutu tinggi. Manakala, baju pula adalah daripada jenama Mawar™ FAREEDA PERSIA.
Untuk pengetahuan semua, pakaian dan tudung terbaru keluaran Fareeda adalah diilhamkan oleh Puan Faridah Zakaria, iaitu Pengasas Fareeda sendiri dengan mengambil kira kesesuaian serta keinginan wanita masa kini yang ingin tampil anggun dan bergaya tetapi pada masa mahu kelihatan sopan.

Rekaan unik berasaskan selendang beropol yang dijahit sekali dengan badan tudung sememangnya dengan hanya sekali pusingan lilitan yang boleh di sesuaikan de…

Diet Pemakanan Secara Sihat Dengan D'Tone dan D'Green!

Image
Bila umur semakin menginjak. Kita akan lihat banyak perubahan pada wajah dan tubuh badan. Apatah lagi kesibukan kehidupan seharian semakin bertambah. Semakin hari kita lupa jaga diri. Macam saya, apabila kesibukan melanda, saya mudah sangat rasa lapar dan penat. Saya akan mula mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tinggi karbohidrat dan kadang-kalanya berminyak.
Melihat keadaan berat badan yang mendadak, saya ditegur oleh suami dan rakan sekeliling. Saya juga sering tidak bermaya terutama ketika musim jerebu yang berlaku teruk di negara kita. Melihat keadaan diri, saya menjadi susah hati.
Tapi...
Bila saya mula diperkenalkan produk "makanan diet" D'Tone dan D' Green dan diberitahu tentang kesan dan khasiatnya, membuatkan saya benar-benar teruja. Pengambilan makanan tambahan ini perlu dilakukan setiap hari diantara 1-2 paket. 
 Untuk pengetahuan semua, produk D' Green adalah berasaskan "Fiber Citrus" yang kaya dengan karbohidrat dan fiber yang baik …