Posts

Showing posts from February, 2016

Hadiah Basikal Dari Coke :=)

Image
Berbekalkan satu entri saya mencuba nasib :=)
Sebab ianya slogan dan POP hanya RM10 ajer...
Alhamdulillah rezeki memihak pada anak-anak saya. Dapatlah satu basikal yang diidamkan oleh mereka. Sebab saya mentertai peraduan ini bagi cawangan Econsave Damansara Damai. Jadinya saya perlu mengambil hadiah tersebut di Econsave sini.

Seb baik ada mak cik Exora.
Muat-muat masuk ikut belakang bonet kereta.

Gegeh adik beradik ni masukkan basikal dalam kereta. Ai duk tolong prati jer, ahaks. Duduk pun antara basikal lat dalam Exora. Shian.
Tadaaaaaaaaaa... Sila abaikan sawah padi tampa bendang kat belakang tu, hahahahahah. So, bila dah ada basikal baru ni memotivasikan diri untuk hidup gaya sihat ~ kita boleh berbasikal yeayyy!!
Tq tq pada pihak penaja utama cola dan juga Econsave :=)

Apa Yang Saya Rembat di Karnival Karangkraf 2016

Image
Karnival Karangkraf kali ini katanya lebih meriah daripada biasa. Selain daripada harga runtuh yang ditawarkan oleh pihak Karangkraf, kemunculan artis-artis terkemuka tanahair serta pelbagai aktiviti buat pengunjung antara yang menjadi tarikan untuk mereka yang datang ke karnival.
Buku cerita kanak-kanak yang bermula dengan harga RM1, novel-novel lama yang bermula RM3 dan banyak lagi yang benar-benar mencuri perhatian saya. Saya juga sememangnya menantikan karnival ini untuk melanjutkan langganan majalah, memandangkan saya pembaca majalah tegar hampir ke semua majalah Karangkraf. Tapi untuk kali ini, saya hanya menyambung langganan Majalah Keluarga memandangkan majalah ini sudah lama tamat tempoh langganannya iaitu bulan Julai tahun lepas :P
Yang paling best, tawaran hadiah yang ditawarkan oleh kebanyakan majalah untuk set-set kombo.
Ok, yang "grab"promosi yang ini. Sebabnya ianya menawarkan majalah terbaru Karangkraf dan juga dengan pembelian  3 majalah ini pada harga RM35…

Hanangell Skin Booster | Inovasi Serum Terbaik Buat Wajah

Image
Hollla!!!
Kenalkan  Hanangell teknologi kecantikan Korea yang terbaru yang didatangkan dengan bentuk picagari yang unik. Untuk pengetahuan semua satu picagari Hanangell ini kita boleh samakan dengan 10 keping mask (pupur muka ) yang memberi pelbagai khasiat dan kebaikan.

Ianya sangat berkesan untuk menghidrasi kulit, melembutkan kulit wajah dan juga memberikan pencerahan kulit.
Apa yang menarik Hanangell juga didatangkan dengan tekstur yang sangat lembut, boleh menyegarkan kulit wajah dan kadar serapan juga mudah serta pantas.
Kandungan utama didalam Hanangell Skin Booster adalah :- Asid Hyaluronik dan kalogen.
Hanangell Skin Booster tiada bahan terlarang seperti hormones, bebas plumbum dan bebas merkuri Pastinya tiada kesan yang berbahaya untuk kulit dengan penggunaan produk Hanangell Skin Booster.
Yang mana zarah-zarah halus di dalam Hanangell Skin Booster mampu meyerap pantas ke dalam kulit dan juga membekalkan kolagen serta kelembapan konsisten. Secara tidak langsung ianya menjadikan ku…

Saya dan Keluarga Akan Berentap di THE 8TH MBA INTERNATIONAL BADMINTON TOURNAMENT | Jom Daftar dan Sertailah Bersama Kami

Image
Anda sukakan cabaran? Anda suka bermain badminton? Anda sukakan gaya hidup yang sihat? Untuk pengetahuan semua "The MBA (Michael’s Badminton Academy) International Badminton Tournament" kembali lagi untuk kali ke-8 dengan menawarkan lebih RM20K jumlah hadiah yang boleh dimenangi. Pelbagai kategori telah ditawarkan buat peminat-peminat permainan badminton; individu, bergu dan keluarga dan ianya juga dikelaskan mengikut usia dan jantina samada lelaki mahupun perempuan.

Dan kali ini menambah satu lagi kategori iaitu "kategori famili", samada ''3v3' (triples ya, bukannya berdua) dan juga 'family doubles' (bergu campuran seorang penjaga dan seorang anak).

Serentak dengan perasmian MBA Port Dickson,pertandingan MBA International Badminton Tournament": akan diadakan di Negeri Sembilan ya!

Keterangan lanjut mengenai pertandingan tersebut adalah seperti berikut:-

Tempat Acara: MBA Port Dickson
Tarikh: March 11 (Jumaat) – March 13 (Ahad), 2016
Yuran…

Ada Apa Dengan Ensogo Malaysia

Image
Zaman kompetitif hari ini, menjadikan kita sentiasa terkejar-kejar dengan masa. Adakalanya, nak keluar beli barang rumah pun tak sempat. Dengan keadaan lalu lintas yang sentiasa sibuk. Menjadikan satu tekanan buat kita untuk pergi keluar berbelanja. 
Huhuhu.
Tapi bila saya mula "subscribe"dengan ensogo Malaysia, satu portal membeli-belah dalam talian di Asia Tenggara, yang menawarkan pelbagai pilihan eksklusif produk pada harga yang paling kompetitif menjadikan kehidupan saya lebih terurus. Dan yang paling best ensogo sentiasa menghantar emel pemberitahuan tentang tawaran hebat terkiniyang ditawarkan oleh laman portal mereka.   


Tawaran produk dan perkhidmatan semuanya menarik dan berbaloi sangat. Dan pastinya tawaran produk adalah dari jenama terbaik dari pengeluar yang terpilih.
Antara lain kenapa saya suka membeli belah dengan Ensogo Malaysia, laman ini juga menyenaraikan produk di bawah "BEST SELLERS", sekaligus membantu saya membuat pemilihan barangan yang se…

Keunggulan KOSÉ SEKKISEI Yang Tiada Tandingannya!

Image
Sekkisei teknologi penjagaan muka yang berasal dari Jepun yang bermula tahun sejak 1985 sememangnya terkenal  dalam penjagaan pemutihan kulit. Dan sehingga kini Sekkisei begitu komited dalam membantu wanita  yang inginkan kulit yang cerah dan berseri-seri sekaligus mereka tampil lebih berpersonaliti.
Untuk pengetahuan semua produk Sekkisei dihasilkan dari ekstrak herba timur yang dipilih daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza manfaatnya. Berdasarkan kajian yang dilakukan hasil pengekstrakan ini mampu menjadikan kulit wajah lebih cerah, tona lebih sekata serta lembap senantiasa. 


*********************************** Dari luaran saya memang seorang yang agak "simple"dan sangat gemarkan pelaksanaan kerja yang praktikal. Saya gemarkan sesuatu yang cantik dan menarik dan percayalah saya banyak menghabiskan duit ke arah pembelian baju, kasut dan aksesori.
Sehinggalah saya mula terasa perubahan pada diri yang semakin hari, penginjakan usia dan rupa makin ketara.
Äpalah guna pandai …