Barbie: World of Endless Possibilities

Setelah lebih lima dekad kita semua jelas apabila kanak-kanak itu bermain dengan patung Barbie. mereka sering sahaja berimaginasi tentang karektor yang mereka minati. Contohnya ingin menjadi ikan duyung, seorang puteri, superheroin atau angkasawan. 


Mattel telah mengadakan pameran Barbie: World of Endless Possibilities. Yang mana pameran esklusif ini telah mempamerkan tentang sejarah, global dan perkembangan dunia fesyen Barbie dari dulu sehingga kini. Apa yang lebih menarik di  pameran Barbie: World of Endless Possibilities ini juga telah menampilkan lebih 200 anak patung Barbie yang pernah dihasilkan.

Panel diskusi yang turut melibatkan Chef Anis dan para ibu yang lain. Dihoskan oleh Belinda Chee.

When a young girl plays in an imaginary world, she becomes a mom, a doctor, a mermaid, an
astronaut, a world traveller, a caregiver, a leader - no matter where you are in the world, we see
that imaginary world come alive when she plays with Barbie.  Barbie is created with the philosophy that girls can be anything. This exhibition is our way to inspire that imagination.” 

Country Manager of Mattel Southeast Asia, Petrina Kho.

 Pada tahun 2016 ini juga, Barbie turut berkembang dengan gaya Fashionistas® terkini mereka dengan memperkenalkan kepelbagaian jenis patung. Ini termasuklah :-
1. tiga jenis bentuk badan  terbaru- tinggi, curvy dan genit
2. tujuh jenis warna kulit
3.  22 warna mata
4. 24 gaya rambut 
5. Pelbagai fesyen dan aksesori mengikut trend

 23 anak patung Fashionistas® baru akan dipamerkan di pameran di Sunway Pyramid ini juga boleh boleh didapati di semua kedai permainan kanak-kanak serata Malaysia.

 Memang menarik apabila kita melihat sendiri perubahan fesyen yang turut dialami dalam dunia Barbie. Ada gaya dan kelas yang tersendiri.

Dalam sidang media juga kami telah dihidangkan dengan jamuan minum petang dengan mempertengahkan rupabentuk ikonik Barbie dalam setiap hidangan. Memang ohsem!

Kek

Kek Cawan

Cookies

Cake lolipop


Dan pelbagai lain jenis hidangan yang disediakan.

 My Amani, My Barbie!


Pameran Barbie: World of Endless Possibilities akan diadakan di Orange Concourse Sunway Piramid dan dibuka kepada orang ramai bermula dari 6 sehingga 12 Jun 2016. Untuk maklumat lanjut mengenai pameran, sila layari www.barbie.mattel.my dan www.facebook.com/officialbarbiemalaysia.
Barbie: World of Endless Possibilities Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 18, 2016 Rating: 5

4 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.