Posts

Showing posts from September, 2016

Easy Go, Kabel Pengecas Telefon Pilihan Saya!

Image
Model: ST-D02PI = 220mm / 2.1 A | RM29

Saya ni memang jenis semua benda perlu ada dalam beg. Terutama aksesori gadget. Mana tidaknya dengan telefon bimbit, bateri telefon, kamera dan macam-macam lagi semuanya memang menjadi keperluan saya untuk digunakan di mana sahaja.

Jadi apabila saya telah diperkenalkan dengan SISTA satu jenama aksesori telefon memang terus jadi excited! Jenama SISTA ini berasal dari Hong Kong yang mana katanya idea asalnya daripada sekumpulan generasi mudah yang begitu berminat dengan teknologi telefon dan telekomunikasi. Rekaan teknologi telefon yang dihasilkan memang berinovasi, berkualiti tinggi, sejajar dengan gaya hidup dan permintaan masa kini.

Apa yang menarik tentang kabel ini. Selain dari kualiti wayarnya yang disaluti silikon memang ketara tahan lasak, saya juga sangat suka akan saiznya. Ini kerana kebanyakan kabel telefon yang dimiliki sangat panjang. Untuk waktu tertentu seperti aksesori penting untuk di bawa 'travel' saya lebih memilih yang p…

Run For Your Lives| Larian di Dunia Zombie Apocalypse

Image
Run For Your Lives bukan sahaja aktivti larian yang menyeronokkan bahkan ianya lebih dari itu. Larian yang dunia zombie apocalypse yang berpunca dari unknown virus''. Manusia akan bertukar menjadi zombie apabila beliau tersentuh dengan mereka yang telah terkena virus ini!


Hahahahaha, bunyi memang menaik bukan :=)

Satu Unit Krisis telah ditubuhkan untuk iaitu 'évacuation centre' dan zon selamat untuk melindungi mereka yang masih terselamat daripda virus yang sedang merebak. Satu laluan telah disiapkan yang mana manusia (peserta) haruslah menggunakan kebijaksanaan, kelajuan dan stamina untuk mengelakkan daripada didekati dengan zombie yang ada berkeliaran.

Dan zombie juga sangat bergerak pantas dan cuba menyebarkan virus kepada seramai yang mungkin. Homaiiiiii terus saya teringatkan cerita "Train to Busan". Dan manusia (peserta mempunyai 3 nyawa bendera yang akan diikatkan di pinggang mereka).


Memang mencabar yang mana untuk ke zon yang selamat peserta pula men…

KOREAN FAIR 2016 @ HARTAMAS SHOPPING CENTRE

Image
Hartamas Shopping Centre yang terletak di kawasan kejiranan Hartamas dan Mont Kiara telah menganjurkan Korean Fair bermula dari 27 September - 1 Oktober 2016. Karnival berlangsung selama 5 hari ini bertujuan untuk mempertengahkan dan mempromosikan produk dan budaya dari Korea seperti fesyen, gaya hidup, makanan dan banyak lagi.
"We would like to appreciate and celebrate the cultures of other nationalities especially among the residences around the mall vicinity as they also our estimated customers,"   Mr Alex Tan, the Centre Manager of Hartamas Shopping Centre

Pelbagai aktiviti di sediakan sepanjang karnival ini, antaranya seperti:-
1) Demonstrasi membuat Kimchi
2) Permainan tradisional Korea
3) Photo booth
4) Pertandingan makan Samyang Dan banyak lagi...

Ok, jom lihat produk Korea yang ada di sini.. Semuanya best-best :)

Macam-macam ada kan :)


Nak melancong ke Korea?....
Jomlah kita..Banyak promosi menarik tau...

My fevereat ais krim....

Jom ke Korean Fair di Hartamas Shopping Ce…

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Image
Walawehhh !!!!!!!!!

Sesuatu yang memang sangat saya nantikan selama ini. Iaitu kemunculan telefon pintar edisi terbaru dari Huawei. Telefon pintar yang lebih kompak, penuh gaya dengan dilengkapi dengan teknologi terkini sememangnya menjadi dambaan peminat-peminat gadget di serata dunia.



Bagi saya sendiri ada 8 sebab kenapa saya perlukan Honor 8 dalam hidup saya :=)

1. Saya seorang yang praktikal, mudah dan ringkas
Seorang yang ringkas dalam apa juga gaya. Saya memang pastikan segala barang yang sering dibawa ke mana sahaja itu mudah dan ringgan. Ini kerana saya meletakkan semua barang saya dalam satu beg tangan yang besarnya agak sederhana. Dengan berat telefon pintar Honor 8 hanya memiliki 153 gram sahaja, ianya diumpama berat sebiji epal (yang normal saiz) anggaran bersaiz 150gm - 165 gm. Kecil dan ringan hokeh!



2. Saya kaki bergambar, suka selfie dan sangat suka merakam setiap momen anak-anak saya.


Tidak dinafikan bukan saya seorang sahaja yang suka mengambil gambar. Dengan teknolog…

SAFI Shayla Pek Fleksi Inovasi Syampu Terkini Yang Mampu Dimiliki

Image
Biarpun saya bertudung, namun saya tetap mementingkan penjagaan rambut. Setiap hari memang saya akan mencuci rambut. Ini terutama selepas pulang dari kerja ketika mandi petang. Al-maklumlah seharian bertudung memang akan menyebabkan rambut menjadi kepam dengan bau peluh. Selain itu penjagaan rambut adalah penting bagi memastikan rambut yang dimiliki sentiasa sihat dan bermaya.


Tidak dinafikan di pasaran hari ini terdapat banyak betul jenama-jenama penjagaan rambut. Dan bagi saya sendiri pemilihan penjagaan rambut perlulah dari ramuan yang HALAL dan juga selamat digunakan setiap hari. 
Safi Shayla adalah pilihan saya untuk kegunaan harian. Bukan hanya disebabkan kandungan ramuan syampu itu yang saya tidak langsung berasa was-was bahkan, harganyayang mampu milik juga menjadikan saya memilih jenama ini sebarang pilihan pertama. Apatah lagi kini, Shayla juga dihadirkan dalam bentuk pek fleksi yang lebih memberi penjimatan!
“SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbang…

Apa Yang Menarik Tentang Sekolah SEVEN SKIES INTERNATIONAL di Kota Damansara

Image
Sebagai ibu saya sentiasa mencari yang terbaik buat anak-anak terutama apabila berkaitan dengan pendidikan. Apatah lagi dunia hari ini memang sangat mementingkan pendidikan dari segala aspek. Dan tidak dinafikan ini adalah antara cabaran bagi ibubapa sendiri untuk memastikan kita dapat memilih sekolah yang terbaik buat anak-anak.
Pesanan ibu saya, "Ilmu dicari perlulah seimbang dunia dan akhirat. Jangan terlalu mengejar perkara dunia, sehinggalah ilmu untuk saham-saham akhirat itu kita lupa". 
Nah! atas pesanan itu, menjadi antara sebab kenapa saya sangat menginginkan anak-anak saya mendapat pendidikan bukan sahaja ilmu dunia sahaja bahkan saya juga ingin mahukan mereka diserapkan dengan ilmu-ilmu agama juga.
Dalam banyak pilihan sekolah di kawasan berdekatan dengan rumah, saya begitu berminat dengan sekolah SEVEN SKIES INTERNATIONAL yang terletak di Kota Damansara. Melihat pada motto sekolah ini sendiri iaitu "Character Before Excellence", yang menekankan pembent…