Posts

Showing posts from November, 2016

Alam Flora Nature Camp 2016 : The Wonder of Nature

Image
Program Nature Camp anjuran Alam Flora yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 ini merupakan program CSR yang dianjurkan setiap tahun khas buat anak-anak kakitangan yang berkhidmat dengan Alam Flora Sdn Bhd. Dengan tema The Wonder Nature pada tahun ini, seramai 80 orang anak kakitangan non-executive Alam Flora Sdn Bhd telah dipilih dari serata Malaysia untuk berkampung selama 2 hari di Putrajaya bermula daripada 28 November sehingga 29 November 2016.

Peserta yang yang terdiri daripada umur 11 tahun sehingga 17 tahun ini antara yang terpilih bagi menyertai dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh pihak urusetia program Alam Flora Nature Camp 2016.

Program yang mendapat sokongan padu dari Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd iaitu Dato’ Mohd Zain Hassan, yang mana dalam wawancaranya bersama media yang hadir sama ke acara perasmian program CSR, turut melahirkan rasa gembiranya dan teruja dengan harapan anak-anak muda hari ini dapat mendekatkan serta mengenali al…

Jom Ramai-Ramai Memeriahkan International LEO Day Celebration!

Image
Calling... Calling...
Semua ibubapa sekitar Lembah Klang! Jom bawa anak anda ke CITTA Mall hujung minggu ini.
Sebab apa? Ada apa?
Ini kerana dari 3 Disember sehingga 4 Disember 2016 (rujuk poster diatas untuk aturacara secara terperinci), terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan buat anak-anak sempena cuti sekolah ini. Antaranya seperti pertandingan mewarna, membina lego bersama ibubapa, pelbagai permainan kanak-kanak, bazaar yang menawarkan pelbagai barangan pre-loved, seni dan pelbagai lagi.
Jom ke CITTA Mall bagi memeriahkan lagi acara International LEO Day Celebration!
Jumpa anda di sana yerppp.....

Mengasah Kreativiti Anak Dalam Seni Bersama PELIKAN

Image
Cuti sekolah sudahpun bermula minggu ini! Anak-anak kita  pasti seronok bila dapat berpeluang cuti lama setelah 11 bulan gigih ke sekolah setiap hari. Dan sebagai ibubapa pasti kita pasti mencari-cari aktiviti dan input yang sesuai buat anak bagi mengisi masa terluang mereka bersempena dengan cuti sekolah  :-)

Dan salah satunya ialah melalui menyertai kelas seni!

Kita sedia maklum aktiviti-aktiviti seni sememangnya menarik dan mampu mengilap potensi dalam diri anak-anak. Sepertimana kelas seni yang disediakan oleh PELIKAN di outlet pertamanya di The Gardens Lembah Klang. Dengan fee penyertaan serendah RM15 (untuk ahli) dan RM20 (untuk bukan ahli) melayakkan anak-anak anda menyertai kelas seni dengan menggunakan teknik dan peralatan dari PELIKAN. Untuk pengetahuan semua setiap kelas menawarkan modul seni yang berbeza jadi tidak akan jadi masalah sekiranya anak kita menyertainya setiap minggu.

Saya sendiri telah menghantar my Ameer dan Amani ke kelas seni anjuran PELIKAN ini. Yang mena…