Nickelodeon Lost Lagoon Kini Berusia 1 Tahun!

Sudah setahun Nickelodeon Lost Lagoon berada di Sunway Lagoon dan sentiasa menjadi tarikan pengunjung ke sini terutama kanak-kanak. Ini memandangkan taman tema ini merupakan yang pertama di Asia membawa jenama Nickelodeon.


Turut hadir sama di dalam majlis ulangtahun pertama Nickelodeon Lost Lagoon adalah Mr Sean Choo, General Manager Sunway Lagoon dan kanak-kanak dari Rumah Victory Children & Youth Home, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan, Padmasambhava Loving Association Klang Selangor dan House of Love.

Bersempena dengan usia satu tahun Nickelodeon Lost Lagoon, pelbagai aktiviti dan acara menarik disediakan selama 9 hari yang bermula dari 18 sehingga 26 Mac 2017. Antaranya seperti pengunjung akan dialu-alukan dengan kehadiran "bubbles"(buih-buih belon) yang bermula seawal 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi. Dan didalam taman teman Nickelodeon juga turut menyediakan aktiviti menarik seperti Colour Balls BingoSlime Dunk dan Bubble Field.

Manakaka di Explorer Campsite, akan diadakan jamuan hari jadi bermula jam 3 petang sehingga 4 petang.Yang mana pengunjung boleh menyertai pelbagai acara parti, face painting dan juga sticker tattoo  watak Nickelodeon. Setiap pengunjung juga akan diberikan party pack, belon dan kek cawan yang comel. Dan parti akan berakhir dengan acara "Great Slime Deluge"pada pukul 4 petang.

Saat yang sangat dinantikan oleh kanak-kanak tentulah kemunculan karekter-karektor Nickelodeon. Antaranya seperti watak Boots dan Dora di dalam Dora the Explorer, Teenage Mutant Ninja Turtle..


Begitu juga dengan watak Patrick Star dan SpongeBob SquarePants yang sememangnya menjadi kesukaan anak-anak! See my Amani pun teruja untuk bergambar sama.

Sedap betul kek cawan di sini.Terutama kek coklat dengan topping warna hijau,so yummy!!!

Aktiviti Slime Dunk ini paling mencuri perhatian. Jika balingan bola benar-benar kena pada objek sasaran, makan mangsa sukarelawan di dalam jaring akan terjatuh dalam air likat berwarna hijau. Memang meriah sangat suasana di sini, hiks.



Berada di sini tentunya bermain air adalah acara wajib yang disertai oleh semua kanak-kanak. Dengan pelbagai kemudahan dan jenis kolam yang mesra kanak-kanak, persekitaran yang cantik menjadikan lokasi Nickelodeon Lost Lagoon antara kawasan yang menjadi tumpuan terutama kanak-kanak untuk bermain serta bermandi-manda.

Bersempena dengan Ulangtahun pertama Nickelodeon Lost Lagoon dan juga cuti sekolah akan datang, Sunway Lagoon ada menawarkan pakej FAMFun yang berharga RM390* untuk 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak ataupun 4-To-Go yang berharga RM456* untuk 4 tiket dewasa.

Keterangan lanjut boleh layari :

Comments