Pesona LILIA ROSA Kolaborasi Eksklusif Avon Home & Dato’ Rizalman Ibrahim

Aura elegan pasti menyerap sebaik sahaja kita melangkah masuk masuk ke dalam kediaman yang dihiasi keanggunan Lilia Rosa, satu rangkaian esklusif dekorasi kediaman mempesona daripada Avon Home. Bertambah istimewanya untuk Aidilfitri tahun ini, koleksi Lilia Rosa diberi penataan eksklusif hasil kolaborasi Avon Home bersama pereka hiasan dalaman tersohor, Dato’ Rizalman Ibrahim. Dan ini sesuatu yang mengujakan!

Lilia Rosa mengetengahkan konsep Inggeris kontemporari dengan gabungan flora moden Mawar Gallica, Lavender, Lilac, Lili dan dedaunan segar serta rona latar pastel yang menenangkan. Dengan hiasan kediaman komprehensif ini merangkumi perhiasan linen rumah dan kamar tidur serta barangan pinggan mangkuk dan hidangan.

Untuk pengetahuan semua pereka tersohor yang sudah lama bertapak kukuh dalam industri fesyen tanah air selama 25 tahun, Dato’ Rizalman Ibrahim kini telah melebarkan karya seninya ke dunia hiasan dalaman dan telah menata rias kediaman pelbagai selebriti dan personaliti terkenal Malaysia.


“Kolaborasi bersama Avon dalam menata rias kediaman merupakan sebuah kerjasama yang amat saya nantikan, dan Lilia Rosa adalah koleksi sempurna yang menyerlah gaya dan keanggunan,”
“Berilhamkan corak flora sebagai trend dekorasi rumah pilihan 2017, motif bungaan Inggeris diterapkan secara kreatif dalam setiap aksesori Lilia Rosa bagi mewujudkan keharmonian eksklusif, sekaligus menyuntik ciri elegan pada kediaman.”
 Dato’ Rizalman 

Rangkaian linen Lilia Rosa menggabungkan fabrik poliester dan organza bercetak yang berkualiti, manakala barangan linen kamar tidur menampilkan tiga saiz katil dengan corak berbeza iaitu ‘super single’, ‘queen’ dan ‘king’ yang diperbuat daripada fabrik serat mikro yang selesa. 

Saya tertarik dengan warna dan corak cadar ini. Nampak sangat esklusif apatah lagi ianya berlatar belakang warna tanah seakan "gold". Dan corak bunga memberi impak terbaik pada rekaan cadar ini.

Untuk pandangan mata yang lebih lembut, bolehlah memilih koleksi ini. Cantik dan mendamaikan. Adanya corak bunga berwarna merah di situ, serta lakaran bunga-bunga lain menjadikan cadar ini tampil lebih mewah.

Close up untuk corak di cadar. Menarik bukan?

Selain itu jamuan Aidilfitri pasti juga lebih meriah dengan gandingan pinggan mangkuk dari kaca opal yang menawan serta penghidang versatil dalam rona pastel segar.

 Contohnya dekorasi di bahagian ruang tamu.

Untuk bekas kuih-muih (cookies canister)  kita boleh memiliki set bekas khas (ianya dalam material plastik) untuk biskut raya dan juga set minuman.

Saya paling tertarik dengan Multipurpose Server Cum Cake Stand yang boleh ditukarkan kepada pelbagai fungsi. Dari tempat letak kek boleh dijadikan juga sebagai bekas meletakkan minuman.

  Oh ya! Untuk koleksi LILIA ROSA memang hadir dengan pakej khas untuk ruangan dekorasi di ruang tamu, ruang makan dan ruang kamar tidur. Jadi apabila di ruang tamu, bukan sahaja kita boleh memilih untuk menggunakan langsir dari koleksi LILIA ROSA. Untuk sarung bantal, table runner juga kita boleh gunakan dari koleksi yang sama.

Contoh dekorasi di ruang makan. Bukan sahaja alas meja yang didatangkan dengan bentuk bulat mahupun empat segi, bahkan untuk koleksi LILIA ROSA juga memperkenalkan set pinggan mangkuk yang cantik!

 Untuk set LILIA ROSA juga didatangkan dengan :-

1) 20pcs Dinner Set
2) Tea Set
3) Serving Casserole Set of 2

 Cloe up corak bunga di teko dari set minuman.

Corak dilangsir yang turut mengekalkan bunga sebagai elemen utama. 

Sangat cantik langsir ini, terutama jika ianya dipadankan dengan koleksi yang sama seperti cadar, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Sememangnya bagi mereka yang meminati tata gaya "Ënglish Style", pilihan koleksi dari LILIA ROSA adalah paling tepat!


Senarai lengkap Koleksi Lilia Rosa

Barangan linen rumah
Rangkaian pinggan mangkuk dan hidangan
Barangan linen kamar tidur
1) Sliding Door Curtain
2) Single Door Curtain
3) 2-Panel Window Curtain
4) 3-Panel Window Curtain
5) Rectangular Table Cloth
6) Square Table Cloth
7) Cushion Cover
8) Table Runner
1) 20pcs Dinner Set
2) Tea Set
3) Serving Casserole
Set of 2
4) Multipurpose Server Cum Cake Stand
5) Jug & Tumbler Set
6) Cookie Canister
Set of 3
7) Stack n Serve Set of 2

1) Lilia Rosa Super Single Bedsheet Set
2) Lilia Rosa Queen Bedsheet Set
3) Lilia Rosa Queen Comforter
4) Lilia Rosa King Bedsheet Set
5) Lilia Rosa King Comforter
6) Belle Fleurs Queen Bedsheet Set
7) Belle Fleurs Queen Comforter

 
Saya bersama Dato Rizalman bergambar kenangan

Syawal tahun ini pasti menjadi lebih sempurna dengan koleksi Lila Rosa yang akan dipasarkan mulai 1 Mei 2017. Dapatkannya melalui Wakil Avon atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari  http://www.my.avon.com


Avon merupakan syarikat yang, selama 130 telah berdiri teguh memperjuang kecantikan, inovasi, optimisme dan paling ulungnya, demi wanita. Barangan Avon merangkumi pelbagai rangkaian dan jenama terkemuka seperti ANEW, Avon Color, Skin-So-Soft, Advance Techniques, Naturals dan Avon Intimates. Dijual melalui hampir 6 juta Wakil Avon bebas yang aktif, barangan Avon terus mejelitakan pengguna di lebih 70 negara serata dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan barangannya di www.my.avon.com 

Comments

Uncle Zuan said…
pertama kali tengok dah jatuh cinta dengan rekaan lilia rosa ni. terbaik la avon

Popular Posts