BUFFET RAMADHAN DI STREAT 2017

Tidak dinafikan masakan Thai adalah antara hidangan yang menjadi perhatian sebilangan besar rakyat Malaysia. Ini kerana rasa masakannya yang unik, dan kebanyakan menunya tidaklah berbeza sangat jika dibandingkan dengan masakan orang Malaysia.

Dan kebiasaannya jika kita sendiri hendak merasa masakanThai, kita boleh merasainya apabila mengunjungi ke negara tersebut. Namun kini kita tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak pilihan kedai yang menawarkan masakan Thai di Malaysia. Dan salah satu restoran Thai yang terbaik adalah Street Thai di Jaya One Petaling Jaya Selangor.


Apa yang menarik tentang dekorasi di Streat Thai, hidangan terdapat gerai-gerai ala seperti gerai yang kebiasaannya di tepi jalan. Tetapi di Streat Thai kelainannya ianya diletakkan di bawah satu bumbung. Streat Thai juga menyediakan ruang makan yang sederhana luasnya

Bersempena dengan ramadhan tahun ini, Streat Thai turut menawarkan buffet ramadhan bagi membolehkan pelanggannya memcuba lebih daripada 60 menu yang ditawarkan. Daripada hidangan berat seperti kambing bakar, makanan laut yang segar, daging, ikan dan sebagainya yang dimakan bersama kuah/pencicah yang dibuat istimewa dari resepi autentik yang sememangnya menjadi trademark kepada restoran ini. Terdapat juga variasi kerabu seperti kerabu mangga dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan tomyam adalah antara hidangan WAJIB ada untuk restoran yang menawarkan hidangan Thai. Dan di Streat Thai ada menyediakan Tomyam versi santan. Memang sedap rasanya, masam-masam, lemak dan manis. Selain itu terdapat juga pelbagai manisan seperti bubur caca, bubur jagung, goreng ubi/pisang, kuih onde onde sebagai pencuci mulut. Dan pastinya pulut mangga adalah antara menjadi feveret saya yang cukup terkenal pencuci mulut istimewa dari negara Thailand.

Antara hidangan yang sempat saya cuba dan dirakamkan didalam lensa kamera seperti:-



























Semuanya nampak menarik bukan???
So nyummehhhhh

Keterangan lebih lanjut mengenai promosi buffet ramadhan di Streat Thai seperti berikut:-

Harga:
Untuk harga promosi tempahan 7 hari awal: RM39.90++
Harga Normal : RM49.90++ (dewasa)
RM 19.90++ (Kanak 6 hingga 12 )

Masa:
Setiap hari : 7 PM-9:30 PM


Lokasi:
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia

Social Media
www.facebook.com/streatthai
www.instagram.com/streatthai
www.eatatstreat.com

Tempahan:
+603-7496-1297

Seronok sebenarnya bila dapat peluang menikmati masakan Thai terutama di bulan puasa semasa waktu berbuka bersama orang tersayang. Haruslah saya terjah balik dan datang berbuka di bulan Ramadhan bersama keluarga nanti!

#streatthai
#buffetramadhanstreatthai
#thaifood
#Ramadhanbuffet2017
#Thaibuffet
#BuffetRamadhanThai

Comments

mama tisya said…
dapnye menu thai tu
MrsEnoxis said…
nampak sedap sangat..lagi2 bab kuih muih tu..harga buffet dia pun x mahal sangat..ni yg nk try ni..
mama tisya- mmg sedappp

mrsenoxis- murah sbb buffet dia kira still berpatutan lagi

Popular Posts