Meraikan Hari Ibu Bersama Bloom&GrowXMothercare

Ibu, adalah insan yang  begitu istimewa di hati kita. Yang tiada galang gantinya dan dialah satu-satunya wanita yang bertahta di hati. Dan kini kita pula merasai peranan dan tanggungjawab menjadi seorang ibu. Anugerah yang tidak terkata dan tidak dapat dibeli dimana-mana.

Sebagai tanda terima kasih dan menghargai peranan seorang IBU itu, Mothercare telah berkalaborasi dengan pengedar produk barangan bayi, anak kecil dan ibu mengandung terkenal iaitu Bloom & Grow telah menganjurkan satu acara bersama media/blogger bersempena dengan Hari Ibu.

Apa yang menarik setiap media/blogger hadir bersama anak-anak mereka dan sama-sama melakukan segala aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur.

Terdapat 6 check point yang perlu dilalui oleh semua peserta (media/blogger bersama anak) yang mana di setiap check point terdapat aktiviti menarik yang disediakan oleh jenama yang diwakili.


1. OXO Tot

Untuk pengetahuan semua, OXO Tot ini adalah antara jenama perkakasan makanan dan minuman buat kanak-kanak yang terdapat didalam katalog koleksi Bloom & Grow. Yang menariknya koleksi dari rangkaian ini menyediakan produk yang sangat 'user friendly' buat si kecil. Produk OCO Tot ini direkabentuk khusus untuk membantu proses peralihan si kecil daripda 'sippy cup' kepada bekas minuman kanak-kanak yang sudah besar (boleh berdikari).
Di check point ini kami dikehendaki menyediakan bento. Apa yang menarik anak-anak akan mencuba sendiri melalui kreativiti dan daya kritis mereka terhadap imaginasi makanan dan hiasan yang mereka gemari,

Hasilnya..TADAAaaaaaaa....cantikkan hehehehe...*sila abaikan muka Amani yang slenga ittew, jenis tak suka gambar dirakam kononnya...padahal nak makan coklat yang disediakan untuk menghias, hahahahah....

2. Gro & Belly Bandit
Pada mereka yang mahukan bayi tidur lebih nyenyak, digalakkan untuk menggunakan Grobag dari The Gro Company. Menariknya tentang produk ini ialah ianya mampu memberi penyelesaian kepada tidur yang lebih selamat kepada bayi dan pada masa yang sama mampu memberikan tidur yang lebih berkualiti kepada ibu bapa. Terutama kepada ibubapa yang berkerja setiap hari macam saya, hiks. Grobag meruapakan jenama nombor 1 beg tidur di UK telah direka khas untuk mereka yang tinggal di negara beriklim panas dan ianya sangat sesuai untuk suhu bilik 27c ke atas. Produk ini sangat ringgan dan mudah bernafas jadi kita tidak perlu risau sekiranya si manja tidak dapat tidur lena atau kepanasan yang melampau.

Ok, di check point ini kami perlu bergambar dengan produk dari The Gro Company. say cheeeseeee...gambar diatas itulah hasilnya. See siapa yang paling beria bergambar, huhuhuhu


3. Trunki
Saya rasa kebanyakan ibu memang cukup kenal dengan jenama Trunki ini. Produk khas yang direka buat si kecil yang suka pergi bercuti (mengembara mungkin) yang mempunyai banyak fungsi. Selain daripada tempat menyimpan barang, Trunki juga boleh dijadikan seperti kenderaan permainan. 

Di check point ini, anak-anak haruslah berlumba dengan pesaing yang lain dan pemenang akan diberikan hadiah "shades" (cermin mata kanak-kanak).  Suka my Amani sebab berjaya membawa pulang hadiah yang ditawarkan. 

Walaupun si kecik ni tak menang, tapi dialah yang paling gigih mengangkut balik trunki lepas dimain oleh peserta ke tempat permulaann perlawanan. Punyalah suka dengan produk Trunki ni. Adeh!!!




So, uolls kalau rajin tolonglah klik my picture kat sini. Ada hadiah untuk 'the lucky voters' jugak. Dan mana tahu gambar kami antara 3 yang tertinggi LIKES, boleh dapat hadiah yang mana salah satunya adalah TRUNKI.

#praytrunkiforameerhahahaha

4. Skip Hop

Skip Hop pula adalah pengenjut bayi dan produk terbaru mereka ialah Multi-Level Baby Bouncer. Direka khas bagi membolehkan bayi duduk dan beraktiviti (mengikut kesesuaian umur) dengan selesa dan selamat. Paling penting produk ini juga sangat membantu dalam stimulasi pergerakan dan memberi rangsangan kepada bayi.

Untuk check point ini kami harus bergambar secara kreatif dengan produk yang ada di booth. Inilah hasil kreativiti terbaik kami bila bergambar. #hahahancur


5. Ergobaby
Produk carrier dari jenama Ergobaby sememangnya cukup tersohor yang terkenal mampu memberi keselesaan kepada bayi dan sangat mesra pengguna. Untuk produk terbaru mereka iaitu Ergobaby Adapt 3 Position Baby Carrier (RM749) mempunyai 3 pengendong posisi yang mampu dilaraskan secara berperingkat mengikut perkembangan bayi.

A post shared by Ayu Rafikah (@ayurafikah) on
Di check point ini kami perlu merasai sendiri memakai produk Ergobaby sambil menari. Memang selesa, selama dan enjouy!

6. Benbat
Aksesori bayi yang boleh diletakkan di kereta, stroller atau di mana sahaja yang mana setiap produk dihasilkan mengikut kesesuaian umur dan fungsi berbeza. Apa yang menarik warna produk ini agak terang dan menyerlah mampu menarik perhatian si kecil.

Di check point ini anak-anak perlu mewarna gambar yang diberikan mengikut kreativiti masing-masing.

Dan hasilnya.........................
Hahahahahah..Bolehlah cantik juga..*mak puji ikhlas..

Setelah penat beraktiviti kami semua telah dijamu dengan minuman petang, bergambar beramai-ramai dan paling menarik selain daripada menerima cenderahati dari pihak penaja, setiap media/blogger yang menyertai turut diberikan sijill WORLD BEST MOTHER!!!


Thank you so much!!

Sememangnya aktiviti seperti ini mampu menggembirakan hati anak dan ibu sekaligus dapat meluangkan masa bersama-sama dengan melakukan aktiviti yang begitu menyeronokkan!!

Comments