Seronoknya Betul BBQ Bersama Kaum Kerabat

Hari yang sangat tidak produktif adalah hari ini. Sebabnya 2 hari lepas tidur 3 pagi, lemaunya sampai ke hari ini. Sejenis malas yang hanya membayangkan hanya bantal empuk di hadapan. Jadi untuk membunuh perasaan malas syaitonirojim itu, godek2lah henpon sambil nak membuang gambar2 yang memenuhkan saiz storage ajo.

Alaaaaaaaaa..lepas tu nampak gambar throwback raya keempat yang lepas. Sejenis rindu yang datang bertandang bila tengok gambar2 famili berkumpul sambil makan2 di halaman rumah nenek. Perancangan last minute tetap meriah. Paling penting, makanan yang disediakan sebuat sedap3 belako. Kenikmatan makanan yang disediakan dengan penuh kasih sayang gitchewww. 

Ada ayam dan kambing diperap dengan sos istmewa. Sebenarnya saya tak tahusiapa yang buat perapan ni, sebabnya semuanya mengaku hasil perapan memasing2. Ahkak pun kompius, hahahahaha..

Perap dalam setengah jam ajer. Lagi lama lagi sedap. Tapi sebab last minute plan, sekejap ajerlah tempoh perapan itu.

Team membakat. Memang terbakar jer perasaan. Mana tak. Habis satu-satu dibakar. Tak sempat langsung nak rasa. Licin kena terkam oleh team penjaga kualiti makanan.

BBQ set yang sempoi. janji masak dan sedap!!!

Meriah makan berebut2 ni tau. Jenis makan kongsi pinggan no hard feeling namanya.

Bro yang pakai baju putih Ketua Acara Majlis BBQ Santai Bersama Keluarga...

Tapi dia yang beria melantak dulu, hahahahahahah...Ini lah my BIL yang sempoi dan sangat rajin. Agak2 lah kalau jemu masakan sendiri memangmy BIL ni sedia berkhidmat sebagai chef. Biasalah balik kampung automatik terus jemu masakan sendiri sibuk nak rasa air tangan orang lain kannn. Kahkahkah.

Marveles explendid goat-ted semarengan ohaiyem wonderlust...
Sejenis hidangan terbaik hasil BBQ di halaman rumah :-)

Comments