Shopping Barangan Watsons di Shopee, Penghantaran FOC | Rambang Mata Cik Lily Shopping Mekap Free!

Watsons Malaysia telah meraikan pelancaran kalobrasi bersama Shopee sebuah platform membeli-belah antara yang terbaik di Malaysia. Kini dengan seramai lebih daripada 3 juta pelanggan dari Malaysia, boleh membeli-belah produk yang dijual dari Watsons secara dalam talian dari portal Shopee.

Terdapat lebih 2000 produk yang ditawarkan di Watson's offical shop di Shopee, ini termasuklah barangan penjagaan diri, alat solek dan pelbagai lagi. Apa yang menarik, tiada caj penghantaran yang dikenakan untuk setiap pembelian. Dan bagi mereka yang berbelanja pada hari Rabu. pembeli juga berpeluang merebut berbelanja barangan promosi "Watsons Wednesday",  yang mana promosi istimewa ini khas ditawarkan oleh Watson's untuk pengunjung laman  Watson's di web Shopee.

Sempena dengan pelancaran ini juga, Watsons dan Shopee juga telah mengadakan acara Watsons X Shopee Customer Engagement,. Yang mana para media dan juga pelanggan bertuah yang terpilih perlu mengambil sebanyak yang mungkin barangan alatan mekap dalam masa 1 minit dan tidak boleh melebihi nilai RM200.

Memang meriah sangat melihat gelagat mereka yang terpilih ini berebut-rebut mengisi alatan solek dalam bekas kotak yang disediakan. Masing-masing menyusun strategi jenis barangan yang hendak dikaut dalam masa 1 minit.

Cik Lily Putih ini adalah salah seorang peserta. Punyalah excited pilih lipstik untuk kengkawan, hahahahaha.

Hasilnya, NOT BAD bukan?
Dalam nilai tidak lebih RM200, banyak sebenarnya alatan mekap yang boleh kita rembat dari Watsons. Memang harga mampu milik :-)


Beria tau pilih-pilih kasi dekat cashier untuk di 'scan' kan harganya. 

Hebat tak Cik Lily, 18 item untuk harga RM199.90. Hahahahahaha...

Nampak sangat kaki giler beli mekap, kannnn...

Nak shopping barangan Watsons di Shopee, sila layari :-

Comments

Mama Zharfan said…
apa2 shopping spree pun memang beshhhh
mama tisya said…
kurang 10 sen je rm 200..hebat ciklily..syok shopping makeup free