WORLD FASHION WEEK® MALAYSIA 2017 | ‘Eco Fashion & Lifestyles – Cintai Alam’


Bagi peminat fesyen pastinya akan teruja dengan kehadiran World Fashion Week® Malaysia 2017 September ini. Apatah lagi WFW Malaysia 2017 ini akan berlangsung secara rasmi di Kuala Lumpur bermula dari 8 hingga 10hb September 2017. Acara gilang gemilang ini dijangkakan akan dihadiri ramai pereka-pereka fesyen dari lebih 100 buah negara diseluruh dunia.

Dengan bertemakan 'Eco Fashion & Lifestyles – Cintai Alam’, WFW Malaysia 2017 adalah bertujuan meraikan seni fesyen seiring dengan identiti budaya melalui mempamerkan pertunjukan fesyen yang disertai dari pelbagai negara. Acara ini bakal mengumpulkan ribuan pelawat dari Malaysia dan juga komuniti antarabangsa, serta pembeli utama, peruncit dan rakan media antarabangsa. Ini termasuklah penyiar global rasmi - FashionTV yang akan dijangkakan dapat menarik lebih dari 300 juta orang penonton dari 190 buah negara. Ini sesuatu yang sangat hebat :-)




Apa yang menarik acara antarabangsa ini akan menampilkan pertunjukan fesyen dari pelbagai negara dengan mengetengahkan koleksi dan trend bagi tahun 2018. Selain itu terdapat pertandingan pereka dan fotografi, di mana pemenang akan menyertai Supermodel Adriana Lima dalam Siri TV Hollywood  "American Beauty Star" (2018) untuk siri terbaru musim yang akan datang. Pemenang juga akan menyertai World Fashion Week® Paris 2017/18 dan juga beberapa acara antarabangsa yang lain.


World Fashion Week Malaysia 2017 ingin menyampaikan tentang komitmen dan kesedarannya terhadap tanggungjawab alam sekitar. Ini terutama dengan memberi tumpuan khusus dalam kawalan deforestasi dan pemeliharaan biodiversiti di Malaysia dan di seluruh dunia. Duta Fesyen Dunia Malaysia 2017 & Duta Alam Sekitar, Yg Bhg Puan Sri Puan Dato’ Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, 'Fesyen adalah universal dalam kehidupan setiap orang dan adalah amat penting untuk kita memberi perhatian kepada apa yang kita pakai dan dari mana ia datang '.


WFW Malaysia 2017 sememangnya akan menjadi platform antarabangsa untuk para pereka fesyen dan para profesional dalam industri ini dari seluruh dunia untuk mempamerkan bakat mereka. Sekaligus kehadiran mereka dapat memperkenalkan kepada pasaran Asia yang semakin berkembang serta menerajui pasaran global secara keseluruhan. Malaysia bukan sahaja menyediakan suasana yang luar biasa untuk fesyen, tetapi turut diperkenalkan sebagai destinasi pelancongan. Selain itu untuk emmbuktikan betapa Malaysia sentiasa memberi sokongan dan komitmen berterusan terhadap tanggungjawab pemeliharaan alam sekitar. Nah! Saya sendiri begitu teruha untuk bersama-sama memperjuangkan bahawa alam persekitaran adalah milik semua, manusia sejagat dan kita bertanggungjawab melindunginya.

Selain itu, WFW Malaysia 2017  mengalu-alukan penyertaan bakat baru dalam industri fesyen dengan bertemakan budaya dan alam semula jadi. Acara ini akan memberi pendedahan kepada pereka tempatan baru bagi membuka peluang untuk mengorak langkah ke pentas antarabangsa. Sehingga kini terdapat 20 penyertaan tempatan yang mewakili Malaysia di World Fashion Week® Paris 2017. Dan untuk pengetahuan semua, acara tahun ini telah menerima sejumlah peserta dari pelbagai Negara. Antaranya seramai 110 peserta yang akan mewakili negara Sepanyol, Afrika Selatan, Argentina, Kanada, Thailand, Indonesia, Tanzania, Rusia, Sweden, Mexico, Senegal, Jepun, China,Vietnam, Columbia, Itali, Nigeria, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Pada tahun 2015, WFW telah menjemput Puan Maziah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif, GID (M) Sdn Bhd untuk menjadi salah seorang penceramah bagi Pameran Fesyen Sedunia dengan menyentuh topik menarik iaitu peningkatan teknologi tekstil dalam industri fesyen. Pada tahun ini, WFW telah berbesar hati melantik GID (M) Sdn Bhd secara eksklusif sebagai penganjur untuk menganjurkan WFW 2017 di Malaysia dan bekerjasama dengan industri fesyen tempatan dan antarabangsa.




Antara inti topik yang dibincangkan oleh Puan Maziah ialah kepentingan tekstil bio dalam industri fesyen. Yang mana Puan Maziah bersetuju bahawa 'WFW Malaysia 2017 adalah sebagai
langkah pertama kepada pereka fesyen tempatan untuk mengorak langkah ke persada antarabangsa.
Disamping penggunan Biotekstil dan penggunaan bahan yang mampan haruslah sejajar dengan
perkembangan industri Fesyen dan Gaya Hidup kita secara keseluruhan'.


Presiden World Fashion Week, Mr Paco De Jaimes berkata, 'WFW Malaysia 2017 akan membawa peluang baru bagi platform antarabangsa melalui pendedahan kepada bakat baru dan tempatan, menjadi tempat untuk peluang perdagangan, mempromosikan budaya dan gaya hidup dari Malaysia serta tanggungjawab sosial untuk melindungi alam sekitar dan menyumbang kepada masa hadapan generasi akan datang'.



Acara 3 hari ini akan mempamerkan pelbagai aktiviti fesyen yang terdiri daripada Makan Malam Gala WFW, pertunjukan fesyen, pameran serta gerai promosi dari para peraka fesyen. Pra-acara yang akan bermula pada bulan Ogos ini akan menyenaraikan pelbagai pertandingan sepeti World Fashion
Supermodel (WFSM), Pameran Fesyen Dunia (WFE), pertandingan Fotografi (WFP), Fashion Talk,
Preview Fesyen pada bulan Ogos dan Larian Ceria Fesyen pada bulan September 2017. Semuanya menarik uolls..



Sehingga kini, pelbagai pereka fesyen tempatan telah dipilih untuk menyertai acara seperti Chee Yee
Arun, Mohd Saiful Izham Ahmad 'Arun Sayfull', Nizam Zamil, Jharum oleh HN, Adamaya oleh Datin Sharifah Shawati, Nafis Jewellery by Krafdunia Design dan Blitz by heintje.


Sejajar dengan objektif acara antarabangsa, sememangnya WFW Malaysia 2017 menggalakkan perpaduan di kalangan masyarakat antarabangsa serta tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar. WFW juga turut memfokuskan kepada pembasmian kemiskinan di benua Afrika dengan memperkasakan wanita di negara-negara membangun, mempromosikan perdagangan secara adil serta  menyampaikan mesej perpaduan dan keamanan


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

 Puan Zarina Idris : 012-2338834 
e-mel :  ZarinaIdris@gmail.com
instagram:  @wfwmalaysia2017.com

Jom bersama memeriahkan acara ini bagi memartabatkan dunia fesyen Malaysia ke persada dunia!

Comments

Popular Posts