Anggun, Memikat, Bercitarasa | "Desireé " Dari Avon Inilah Yang Diidamkan

Anggun, memikat, bercitarasa… inilah yang dikau idamkan. 


Avon telah memperkenalkan jenama aksesori fesyen dan pakaian dalam berprestij pertamanya, Desireé yang  mampu memberi inspirasi kepada wanita agar mereka lebih rasa yakin diri melalui fesyen. Desireé menggabungkan trend fesyen terkini bersama material berkualiti tinggi yang menyerlah status wanita bergaya masa kini.

Untuk tahun 2017, Desireé memperkenalkan Koleksi Irina (Irina Collection) nan mewah yang melambangkan keyakinan dan tarikan wanita sofistikated. Irina Collection menampilkan seleksi beg, jam tangan dan pakaian dalam bermutu dan berekaan elegan mengikut feyen terkini. Dan pemilihan rona merah membawa simbol berani mendominasi aksesori dalam koleksi kali ini.


Beg-beg diperbuat daripada PU ala kulit yang tahan percikan air dan calar serta berperincian ala emas tahan karat menambah keanggunan si pemakai. Apa yang menarik beg PU ini boleh mengelakkan dari mudah untuk terlekat habuk dan senang untuk dijaga. Jahitan di beg juga sangat kemas membuktikan ianya adalah produk yang begitu berkualiti


Jam tangan keemasan dengan saduran kuadrupel (quadruple plating) sebagai jaminan perlindungan daripada kerosakan. Kerlipan batuan ala kristal pada jam yang disempurnakan bagi menyerlah kemewahan dan citarasa si pemakai. Saya dipahamkan setiap produk dihasilkan telah diuji dengan 'Ujian Kejatuhan' ini bagi memastikan setiap bahagian di jam kekal utuh.


Bra dalam rangkaian Irina dengan cup ‘memory foam’ serta renda ‘eyelash’ seksi menyokong selesa dan tetap bergaya. Sensualiti diri akan diserlahkan lagi dengan seluar dalam midi sepadan dan baju tidur satin yang menggoda.

Bahkan saya tidak sabar untuk menantikan kejutan pada tahun 2018. Ini kerana Desireé membawakan lebih banyak koleksi fesyen trendi dengan konsep menarik, khas buat wanita pelbagai persona di Malaysia.

Alami transformasi gaya paling glamor dengan Desireé, eksklusif daripada Avon. Dapatkannya bermula 1 September 2017 melalui Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan Avon seluruh negara. Koleksi Irina juga boleh dibeli secara ‘online’ di www.avon.my atau www.zalora.com.my

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.avon.my

Comments