Belikan Hadiah Buat Tersayang Di Printcious



Memberikan sesuatu yang istimewa buat yang tersayang tentulah kita akan mencari yang terbaik dan bermakna. Seperti saya yang kadang-kadang agak sibuk untuk keluar mencari hadiah kerana kekangan masa, namun saya masih sempat mencari hadiah buat kesayangan saya.

Oh ya! Kenalkan laman web yang boleh kita mendapatkan cenderamata/hadiah dengan membuat pilihan daripada menu yang mesra pengguna. Contohnya baru-baru ini saya mencari hadiah hari jadi buat my Yara. Dengan hanya klik pada link ini :-

Terdapat banyak pilihan barangan yang cantik, unik serta menarik boleh dijadikan sebagai hadiah. Paling penting harganya berpatutan sesuai dengan produk barangan yang ditawarkan. Apatah sekarang ini Printcious ada menawarkan 30% diskaun di kebanyakan produk yang ditawarkannya. Antaranya seperti:-


Pelbagai rekaan kusyen. Kita boleh pilih warna fabrik kain yang kita gemari tau! Samada dijadikan bantal dekorasi ataupun untuk dijadikan bantal mengulit mimpi kita setiap hari. Saya sendiri teruja dengan rekaan-rekaan yang sedia ada. Semuanya menarik dan cantik.


Mugs. Walaupun nampak tipikal tapi sesuatu yang istimewa jika kita rekanya sendiri. Nampak sangat esklusif terutama jika kita meletakkan nama ataupun gambar sebagai hiasan di mug. Namun tidak dinafikan rekaan yang sedia ada sememangnya sudah menarik untuk dipilih. Oh ya! untuk produk ini ada ditawarkan kategori "Magic Mugs" yang mana warna mug akan berubah mengikut jenis air yang dituang. Menarik bukan?

Kanvas! Boleh dijadikan sebagai hiasan dinding. Bayangkan kita ucapkan kata-kata yang sungguh bermakna, pastinya ianya menjadi sesuatu yang berharga kepada penerima. Tidakpun kita 'customize' dengan menggunakan gambar dari koleksi yang kita ada. Sekarang ini, ada diskaun sebanyak 30% memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Dari harga RM71.30 setelah diberi diskaun berharga RM49.90.

 Key Chain istimewa ini diperbuat dari PU leather. Sepertimana yang kita ketahui PU leather ini tahan lasak dan tidak mudah terlekat habuk. Sesuai diberikan buat suami, isteri, kawan-kawan mahupun bos kita di tempat kerja. Key chain PU leather bergambar nampak menarik bukan? Harga yang ditawarkan RM29.90 daripada harga asal iaitu RM42.70.

Mousepads dengan pelbagai gambar boleh direka. Unik bukan? Kita berikan hadiah seperti ini, apabila setiap kali penerima menggunakannya pasti akan teringat pemberinya iaitu kita! Saya sendiri sudah mempunyai koleksi mousepads yang ditempah khas dari Printcious tau.. memang suka giler..


Seperti kanvas yang membezakan ceramic tiles ini lebih kecil. Sesuai diletakkan sebagai barangan hiasan di atas meja, di dalam almari dan sebagainya. Kalau nak order untuk souvenir kepada tetamu pun sesuai juga. Contohnya majlis keraian kita boleh menempah untuk dijadikan door gift. pasti tetamu akan teruja apabila menerimanya. Harga asal RM42.70 setelah 30% diskaun menjadi RM29.90.

 Dan ini adalah mini tees. Biasanya kita akan menggantungkan cenderahati comel ini didalam kereta. Sangat comel terutama apabila kita lighat terdapat pelbagai rekaan yang boleh kita pilih dari galeri , mahupun yang kita 'customize' sendiri. Murah jer harganya iaitu RM15.90 daripada harga asal RM22.70


Yang menariknya di https://www.printcious.com uolls, boleh 'customize' sendiri hadiah/cenderahati yang uolls inginkan. Nampak lebih unik dan istimewa.
Kaedahnya sangat mudah, hanya pilih produk yang uolls inginkan. Muat naik gambar pilihan anda atau pilih dari galeri yang disediakan. Tambah menarik masukkan teks mencantikkan lagi produk yang direka. Dan akhir sekali 'place order', buat pembayaran dan anda akan menerima baranagan yang ditempah pada masa yang terdekat.



Lihat rekaan saya, hadiah buat my Yara. Comelkan, hehehehehe.

Sebenarnya semua produk di Printcious boleh di 'customize' kan mengikut kehendak pelanggan. Paling penting aplikasi menu 'customize' yang disediakan sememangnya mesra pengguna. Sangat senang diikuti biarpun pertama kali melakukannya. Namun yang demikian tidak dinafikan rekaan yang sedi ada sudah cukup untuk menarik perhatian kita untuk membelinya. Semuanya cantik-cantik dan sukar sebenarnya untuk kita membuat pemilihan.

Sesuatu yang bermakna jika kita dapat menghadiahkan barangan/hadiah yang istimewa buat yang tersayang. Di https://www.printcious.com  terdapat pelbagai produk ditawarkan dengan harga berpatutan dan mampu milik :-) Jom dapatkan barangan di sini sementara tawaran 30% diberikan.

“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

Comments