Butik Online Lanafira Menawarkan Pelbagai Pakaian Muslimah Menarik!

Bagi sesetengah wanita aktiviti berbelanja di atas talian merupakan satu terapi buat mereka. Apatah lagi dalam keadaan gaya hidup hari ini yang sentiasa sibuk dan harus dilangsaikan dengan pantas. Jadi apabila dapat membeli sesuatu yang memang berbaloi dengan sen yang telah dibelanjakan memang kita akan rasa puas hati dan teruja.

Kebetulan lepas Raya Haji tahun ni, rasa badan saya macam dah naik sikit. Adehhhh. So, ingat nak lah mencari baju pasang seperti peplum, kurung atau jubah sebagai pakaian pergi ke majlis-majlis jemputan istimewa. 

Serius sis dah terjebak! Masuk dekat  butik online www.lanafira.com, terus teruja tengok koleksi pakaian muslimah yang sedia ada (walaupun sebenarnya banyak juga stok baju dah habis, memang laku keras betul)

Antara koleksi yang menarik dari  butik muslimah Lanafira seperti:-

Alana Kebaya (Rose Pink Light Green) | RM140.00

Rekaan fesyen ini agak unik sebenarnya. Dengan kombinasi 2 warna menarik dijadikan kebaya pendek dipadankan bersama kain sarung potongan 'mermaid'. Memang menarik! Padanan pakaian tradisi diberi nafas baru dimensi dunia fesyen terkini.


Mellisa Long Dress | RM140.00

Elegan digaya baju gaun ala jubah terjatuh cantik dengan 'flowy' di bawahnya. Sangat selesa digayakan untuk majlis-majlis keraiaan mahupun untuk dipakai ke kerja. Saya sangat sukakan warna bumi ini, ianya mudah dipadankan dengan pelbagai aksesori seperti tas tangan mahupun sling bag untuk tampil lebih ranggi.



Sofea Modern Perplum (Floral Design) | RM140.00

Peminat peplum pasti menyukai koleksi ini. Menariknya koleksi peplum dari butik muslimah online Lanafira menggunakan kain cotton jepun bercorak yang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak remaja hari ini. Iaitu corak motif bunga yang berwarna-warni. Ianya sesuai buat golongan ini yang sentiasa ceria dan 'up-to-date' dengan fesyen semasa.


Yang pastinya saiz pakaian muslimah yang ditawarkan adalah bermula dari saiz S sehingga XL  Jadi kita tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak pilihan saiz.

Keterangan lanjut boleh layari:-

Ig @lanafiraofficial

Yuk shopping di Lanafira!


xoxo,

Comments