Hidangan Ketam Yang Bervariasi Semuanya Di Crabby Crab Seafood & Grill Seksyen 7 Shah Alam

Hollaaa peminat seafood!!1
Bagi peminat makan laut terutama ketam tentunya akan teruja apabila saya kongsikan sebuah kedai yang menawarkan banyak masakan berasaskan ketam. Apa yang menarik restoran yang dinamakan Crabby Crab Seafood & Grill di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam beroperasi bermula jam 1 tengah hari sehingga 1 pagi setiap hari.

Restoran yang terletak di korner lot barisan kedai ini menawarkan ruang makan yang cukup luas dan selesa. Ianya boleh menempatkan ramai pelanggan pada satu-satu masa.

Seperti kita ketahui, ketam mempunyai isi yang cukup lemak dan lembut. Jika sesuai dengan gaya dan cara masakannya ianya akan menghasilkan satu hidangan ketan yang cukup sempurna. Saya sendiri telah mencuba beberapa hidangan yang ada dtawarkan dalam menuidan saya sangat rekomen buat mereka yang ingin mencuba masakan "soft crab shell" di sini.

Antara hidangan yang perlu dicuba di Crabby Crab Seafood & Grill adalah:-

 Thai baby Crab

Peminat masakan Thai, bolehlah mencuba masakan ini. Menikmatinya dengan nasi panas dan kuah tomyam menjadikan ianya set hidangan lengkap dan istimewa.

Crabby fried meehun

Untuk mereka yang sukakan bihun, bolehlah mencuba hidangan crabby fried meehun. Anak saya Ameer memang sangat sukakan bihun, jadi ini adalah set menu yang saya akan order jika menikmati makan bersama keluarga di sini.

Ketam Bunga 3 rasa

Biasanya masakan 3 rasa kita akan masakkan bersama ikan siakap, apa kata kita cuba kelainan dengan menikmati cara masakan ini bersama ketam pula. Not bad rasanya :-)

Crabby Tangy BBQ

Jika selama ini kita merasai masakan tangy BBQ bersama ayam, tapi kali ini kita cuna masakan ini bersama ketam.

Crabby telur masin

Unik dan padu rasanya. rasa lemak-lemak telur masin. Makan bersama nasi panas memang umphhhh!!

Crabby Superior Soya

Masakan bertauchu, sedap juga rupanya jika menggunakan ketam sebagai bahan utama.

Pacific clam 

Thai bbq chicken wings

Tiger prawn 

Tom nyum

kalau uolls nak cuba masakan ala barat bolehlah cuba hidangan seperti di bawah. Sedap-sedap juga tau :=)

Amatraciana

Mega burger

Hidangan ini antara signature dish di sini. Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini akan membuat tempahan hidangan ini kerana keenakan soft crabnya bersama sos khas yang dicipta bagi mengangkat rasa didalam set berger istimewa ini.

Lamb burger

Chicken Berger

Pizza sizzling seafood

Lava Cake

Durian Ais Krim

Durian in my fav! Dan tentunya pemanis mulut ini antara yang mesti saya cuba di sini.

Antara air minuman/jus buahan yang ada ditawarkan di Crabby Crab Seafood & Grill. Ini bau sebahagan, ada banyak lagi sebenarnya air minuman yang ditawarkan di sini.

So uolls, kalau nak mencuba masakan ketam yang enak dan berbaloi jemputlah datang ke Crabby Crab Seafood & Grill Seksyen 7 Shah Alam ya!

Untuk keterangan lanjut mengenai restoran dan menu boleh layari :-


Comments