JOM SERTAI PERADUAN ANUGERAH JENAMA TERUNGGUL 2017 GUARDIAN


Anugerah Jenama Terunggul Guardian (OBA), edisi ke-17 merupaka anugerah tahunan terkemuka untuk jenama-jenama kesihatan dan kecantikan kini kembali. So, uolls jom-jom sertai untuk tahun 2017!

Anugerah tahunan, yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Guardian Malaysia pada tahun 2000, diadakan bertujuan menghubung jutaan pengguna dengan semua rakan-rakan perniagaan dan pemilik jenama mereka, dengan memberi kuasa mengundi kepada pengguna untuk memilih jenama yang terbaik.

Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: “Anugerah Jenama Terunggul adalah satu cara kami meraikan dan mengiktiraf kecemerlangan jenama rakan-rakan perniagaan kami.”

Beliau berkata bahawa sejak ia dilancarkan 16 tahun lalu, anugerah tersebut menjadi semakin popular di kalangan para pelanggan Guardian, yang menantikan detik untuk membuat pilihan mereka dan merebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

“Anugerah ini juga telah berkembang sejajar dengan perubahan gaya hidup, perbelanjaan dan trend pengguna. Tahun ini, OBA akan dikendalikan sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, keseluruhan proses undian akan dilakukan secara dalam talian," tambah beliau.

Bagi OBA 2017, sebanyak 200 jenama akan bersaing dalam 60 kategori antaranya penjagan rambut, penjagaan wajah, kosmetik, kebersihan, makanan tambahan, ubat-ubatan, produk ibu dan bayi dan banyak lagi dan akan ada satu jenama pilihan paling digemari bagi setiap kategori.

Bagi pelanggan, mereka berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 50 hadiah yang ditawarkan, berjumlah RM25,000 dalam bentuk baucar Guardian.

Antara hadiah yang ditawarkan:
- Lima (5) hadiah utama bernilai RM1,000 setiap satu
- Lima (5) hadiah pertama bernilai RM1,000 setiap satu
- Lima belas (15) hadiah kedua bernilai RM5000 setiap satu, dan
- Dua puluh lima (25) hadiah saguhati bernilai RM200 setiap satu.

Jelas Christina: “Apa yang telah kami hasilkan adalah sebuah platform undian yang ringkas, mudah dan tersendiri. Pada masa yang sama, set soal selidik tersebut membolehkan kedua-dua Guardian dan rakan-rakan kongsi kami memahami tingkah laku keutamaan jenama dengan lebih baik, sekaligus memberikan gambaran tentang demografi dan segmentasi pengguna.

“Dengan menghubungkan pengguna kami di seluruh negara dengan jenama-jenama tersebut, dan membantu mereka memahami kehendak pelanggan dengan lebih baik, kami menyumbang kepada pelaburan pemilik jenama dalam pembangunan hubungan dengan pelanggan mereka,” tambah beliau.

Untuk melayakkan diri untuk mengundi, para pelanggan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 di stor atau secara dalam talian. Kemudian log masuk ke http://m.me/GuardianOBA atau imbas kod QR yang diberikan untuk membuat undian. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa di antara 1 September dan 27 September 2017.

Peraduan ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sebagai bukti pembelian, pembeli hendaklah menyimpan resit Guardian asal yang mengandungi nombor invois cukai, nombor kod kedai, tarikh pembelian dan jumlah pembelian.

Untuk maklumat lanjut dan butir-butir berkenaan OBA dan peraduan, sila layari www.guardian.com.my.

Comments