Semburan Wangi Dalam Bentuk Pek Mini Yang Mudah Di Bawa Ke Mana Sahaja!

Hello Dude yang suka wangi2....

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,”

“Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”

 kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. 

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja.

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki- iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.



1. Cool
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian inidireka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.


2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3. Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

4. Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia. 

Comments