Superfood Kinohimitsu Pemakanan Tambahan Yang Menyokong Memelihara Kesihatan Badan

Ramai rakan-rakan mahupun keluarga mula menyedari tentang perubahan diri saya yang semakin aktif, bertenaga dan ceria setiap hari. Saya juga menyedarinya, ini kerana saya sudah jarang mengalami masalah kelesuan dan letih-letih badan. Apatah lagi banyak perkara yang perlu saya selesaikan setiap hari. Adakalanya saya sampai terlupa untuk mengambil makanan pada waktu yang sepatutnya.

Sebenarnya ianya adalah hasil daripada saya mengambil makanan tambahan Kinohimitsu Superfood. Makanan yang bebas daripada mengandungi gula dan kelestrol ini sangat membantu untuk mengekalkan kecergasan saya setiap hari. Ianya seumpama makanan tambahan yang mampu memberi kekenyangan yang juga bebas daripada trans lemak.

Untuk pengetahuan semua, Kinohimitsu Superfood 500gram ini mengandungi 7 ramuan utama yang ternyata sangat membantu memelihara kesihatan badan. Ianya merujuk kepada 7 warna seperti yang telah diringkaskan seperti gambar di atas. Apa yang saya dapat simpulkan ianya adalah kombinasi sumber-sumber pemakanan yang sihat dan digabungkan menjadikannya pemakanan yang lengkap untuk tubuh badan.

Didalam setiap pek Kinohimitsu Superfood ini telah didatangkan bersama scoop plastik khas didalamnya. Pek kedap udara didatangkan juga dengan penutup plastik selain daripada penutup tin didalamnya. ianya bagi memastikan bekas ini benar-benar boleh menutup rapat bagi mengelakkan bahan didalamnya mudah untuk terdedah dengan angin.

Cara penyediaannya cukup mudah. Letakkan 2 scoop ke dalam 150ml-200ml air suam. Anda juga boleh menggunakan air sejuk jika mahu. Kacau rata.

Secawan Kinohimitsu Superfodd sudap siap untuk dinikmati! Rasa bijirin agak kuat. Kalau uolls nak tambahkan kemanisan boleh campurkan sedikit madu untuk lebih kenakkan rasa.

Selain daripada bersenam, tidur yang cukup, pengambilan pemakanan yang sihat juga sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Dengan peningkatan usia, gaya hidup yang aktif bertambah dengan komitmen untuk menjaga serta membesarkan anak-anak, kita perlu pastikan tubuh badan kita mampu melakukannya. Jadi kita perlu memberikan yang terbaik bukan sahaja untuk keluarga tetapi buat diri sendiri juga. Ini kerana apabila kita sihat, semuanya dapat dilakukan dengan hebat.

Nak dapatkan produk ini, boleh terjah laman web portal talian membeli-belah antara yang terkemuka di Malaysia iaitu  di11street.my!

Comments