REKA Berkalaborasi Bersama Telekom Malaysia (TM) Melancarkan Bengkel #StartIoT

Berpeluang menghadiri ke seminar #StartIoT anjuran REKA Inisiatif Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) memberi saya lebih banyak informasi tentang perkembangan "Internet Of Things" (IoT) terutamanya di Malaysia.

Seminar yang membariskan pelbagai pakar dalam bidang yang melibatkan IoT seperti Haziq Faris (CEO of Reka Inisiatif), Dr. Rezal Khairi Ahmad (CEO of NanoMalaysia), Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid (VC UniMy), Mr Thoo Wee Meng (VC Leonie Hill Capital), Nik Muhammad Amin (CEO of Mooby Mobility), Mohd Yuzairin b. Md Yunus (President of ImBig)  dan Mahadhir Yunus. 

Tidak dinafikan kita memang memerlukan teknologi "IoT" dalam kehidupan harian. Bukan sahaja perkakasan teknologi bahkan servis yang dapat membangunkan komuniti juga melibatkan IoT. Contoh ketara seperti pemakaian fitbit yang dapat "monitor' kesihatan diri, meninjau berapa langkah berjalan yang telah dilakukan dan banyak lagi. Antara lain contohnya seperti saya setiap hari akan menggunakan aplikasi waze untuk ke tempat kerja. Ini bukannya sebab saya tidak tahu jalan ke pejabat tetapi saya ingin mengetahui alternatif jalan yang lain boleh diambil sekiranya jalan biasa yang diambil mengalami masalah trafik (kesesakan lalu lintas).

Perbincangan mengenai aplikasi teknologi IoNT dalam pelbagai sektor juga membuka mata saya betapa kepentingannya banyak membantu meningkatkan taraf hidup dan juga ke arah gaya hidup yang lebih berkualiti.

Teknologi nano samada nano-biotech dan nano elektronik antara yang mencuri perhatian peserta-peserta seminar. Strukturnya yang sangat kecil mempunyai banyak kelebihan dan fungsi yang menakjubkan.

Menyedari tentang kepentingan peningkatan pengetahuan mengenai IoT, Telekom Malaysia dengan kerjasama REKA telah melancarkan #StartIoT iaitu bengkel yang akan diadakan bermula dari Oktober sehingga Disember 2017. Target peserta adalah pelajar kejuruteraan dan juga usahawan tempatan serta SME yang ingin mengenali/mengetahui lebih lanjut mengenai IoT sekaligus mengaplikasikan teknologi ini.

Dengan adanya bengkel #StartIoT ini juga diharapkan Malaysia mampu menjadi antara negara yang maju dalam mengeluarkan produk yang berteknologi dan berinovasi.

Untuk megetahui lebih lanjut mengenai REKA projek dan inisiastif yang telah dilakukan, boleh layari www.reka.com.my

Pautan Sosial Media:

Facebook: www.facebook.com/rekastudios
Instagram: www.instagram.com/rekastudios
Twitter : www.twitter.com/rekastudios
Linkedln : www.linkedin.com/company/reka-studios

REKA Berkalaborasi Bersama Telekom Malaysia (TM) Melancarkan Bengkel #StartIoT Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 08, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Rasanya inilah seruan utk akak sambung bidang IoT ni kak hahahaha.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.