Stoned & Co Memperkenalkan 'The Descendant' Koleksi Pakaian Musim Luruh/Sejuk 17

Label Stoned & Co sememangnya cukup popular terutama mereka yang begitu meminati koleksi pakaian jalanan yang ringkas tetapi tetap tampil bergaya. Jenama yang diperkenalkan paada tahun 2015 ini cukup sinonim dengan selebriti tempatan mahupun luar negara. Antara selebriti yang pernah berkalabrosi dengan jenama ini seperti Migos (penyanyi yang menyaynikan lagu Bad & Boujee), Alien Huang (Xiao Gui) dari Taiwan, Zizan Razak dan juga De Farm #SUPERGIRLS


Sedikit perkongsian mengenai uniknya setiap simbol pada pakaian dan inspirasi bagaimana jenama ini mula diperkenalkan di pasaran.

Koleksi pakaian musim luruh 17 The Descendant menampilkan pandangan dari sisi daun-daun maple Jepun yang simbolik. Menjadikan warna hitam sebagai warna asas utama didalam koleksi ini dan digabungkan dengan rona-rona terang seperti warna oren daun maple Jepun yang membawa maksud 'berkekalan' sekaligus menjadikan koleksi ini unik dan berinspirasi.

Menurut Andrew Ngo, Penagasas dan Pengarah Urusan Stoned & Co;

"Walaupun mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan koleksi ini tetapi kami berasa begitu teruja untuk mengeluarkan The Descendant Koleksi Pakaian Musim Luruh 17 pertama kami di pasaran. Kami telah menggunakan material berkualiti tinggi dan menerapkan rekaan gaya unik yang selesa bersesuaian untuk semua personaliti individu". 

Antara tukang belakang Stoned & Co yang menjadikan jenama ini sukses!


Antara koleksi The Descendant adalah pakaian denim yang mempunyai perincian yang cukup sempurna. Harga yang ditawarkan untuk koleksi ini adalah bermula dari RM249 sehingga RM1300 sepasang.

Antara sebahagian koleksi yang saya lihat sendiri di butik Stoned & Co pertama di Malaysia iaitu di Isetan The Japan Store Lot 10 Kuala Lumpur seperti:-

 Stokin pun ada ya!

 Most wanted denim jacket!

 Topi :-)

Antara koleksi baju berlenggan panjang The Descendant. Saya sebenarnya merasai sendiri material pakaian ini - memang best, super comfy!

Lawa dan unik kan..


Bersempena dengan pelancaran dengan koleksi terbaru Stoned & Co, jenama ini telah bekerjasama dengan Illegal Studio mengadakan pameran fotografi mengenai koleksi musim luruh/sejuk 17'. Pameran ini adalah bermula dari 24 sehingga 30 November 2107 di Isetan The Japan Store Lot 10 Kuala Lumpur .

Keterangan lanjut boleh layari:

Stay young and ranggi!
Stoned & Co Memperkenalkan 'The Descendant' Koleksi Pakaian Musim Luruh/Sejuk 17 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 27, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.