Expo Kecantikan Avon Perkenalkan Rangkaian Produk Hebat 2018 Bersempena Dengan Persidangan Jualan Kebangsaan

Saya sememangnya membesar dengan jenama Avon. Cukup mengenali jenama ini sejak kecil. Untuk pengetahuan semua, Avon jenama antarabangsa ini sudah 40 tahun bertapak di Malaysia. Sehingga kini jenama ini masih kekal komited untuk membantu wanita agar sentiasa yakin dan menyerlah apabila memperkatakan tentang kecantikan dan keterampilan diri. Nah! Tidak hairanlah setiap tahun Avon pasti memperkenalkan rangkaian produk terbaru dan diwar-warkan di satu majlis yang cukup berprestij :-)

Tahun 2018 ini, Avon telah melancaran rangkaian produk utama mereka di Expo Kecantikan Avon 2018. Ianya terdiri daripada koleksi penjagaan kulit yang terbaru "Nutraeffects",  alat solekan "Ultra Lash Magnify Mascara" dan haruma terbaru Eve Duet . Dan juga berberapa koleksi pakaian dalam dan juga koleksi beg bergaya mewah iaitu  'Desireé ' yang telah pun berada di pasaran.

Saya rasa bertuah kerana telah diberi peluang untuk mendapat sentuhan tatarias dari mekeup artis Avon iaitu saudara Ayang Kamell. Pemilihan mekap asas dipilih yang mana,cuma oleskan gincu yang bersesuaian dengan pakaian yang kita pakai serta bedak asas muka bagi menaikkan seri penampilan kita pada hari tersebut.

Saya juga tertarik dengan lipstik yang diperkenalkan dibawah rangkaian jenama Avon. Dimana disyorkan warna yang sesuai dengan 4 konsep majlis/acara yang biasanya dihadiri oleh wanita. Ataranya seperti majlis perkahwinan, mesyuarat/temuduga kerja dan majlis santai seperti pertemuan keluarga dan gaya di hujung minggu.





Menurut Ayang Kamell adalah penting untuk kita tahu jenis bibir samada kering, lembap dan sebagainya. Ini kerana selain daripada pemilihan warna lipstik perlu bersesuaian, kita juga perlu boleh samada ianya jenis matte, lip gloss dan sebagainya. Dan ianya bergantung kepada kesesuaian kulit bibir kita.

Saya juga telah belajar cara memakai lipstik paling tepat dan mudah. Tq Ayang Kamell untuk semua tip yang telah dikongsikan.

Produk ini antara menjadi tarikan saya, senang sahaja untuk menampakkan kekemasan solekan kita di muka. Ianya adalah bedak asas dari Avon True Colour.

Avon juga telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu 'Avon True Ultra Volume Lash Magnify Mascara'. Menariknya apabila kita mengaplikasikan maskara ini ianya mampu membesarkan setiap helai bulu mata sebanyak 100%, menggandakan dengan mencipta efek bulu mata agar nampak lebih lebat dan banyak serta memaksimakan dengan memberi anjakan bulu mata serta merta dari akar sehingga ke hujung.

Antara produk yang mendapat perhatian pengguna setia Avon ialah rangkaian baju dalam dan juga barangan beg dari Luxe Elegance ~ 'Desireé ' (boleh rujuk pada entri ini)

Bagi saya sendiri secara peribadi produk seperti pakaian dalam Avon antara jenama saya gemari. Ini kerana kualiti yang ditawarkan sebenarnya adalah setaraf dengan barangan pakaian dalam dari jenama lain terdapat di pasaran. Namun untuk produk Avon harganya jauh lebih berpatutan.

Kualiti fabrik dia memang best. Oh ya! Jika kita beli di Avon, kita boleh menukarkannya jika tersilap pemilihan saiz (setelah membeli) dengan syarat ianya perlu dalam masa 2 minggu dan juga tidak boleh dicabutkan label terlebih dahulu.

Sempat juga saya belajar danmengambil tahu beberapap informasi yang berguna terutama dari segi penjagaan bra, cara pemakaiann dan sebagainya. 

Koleksi LUXE ELEGANCE COLLECTION yang sentiasa didambakan oleh mereka yang suka bergaya mewah. Tetapi di Avon kita boleh dapatkan pada harga yang cukup berbaloi dan murah :-)

Di ekspo ini juga Avon telah memperkenalkan siri penjagaan kulit terbaru mereka iaitu Avon True Nutraeffects. Ianya adalah koleksi jagaan kulit yang lembut dan sesuai untuk senua jenis kulit muka termasuklah kulit sensitif. Telah diuji untuk bebas alergi, bebas paraben dan bebas pewarna. Ini kerana ianya diformulasi daripada Active Seed Complex ramuan terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat. Avon True Nutraeffects adalah terdiri daripada empat rangkaian jagaan kulit dan empat pembersih wajah yang dapat memberi hasil sebenar dan sesuai untuk smeua jenis kulit.

Terdapat 3 siri Avon True Nutraeffects iaitu Active Seed Complex Ekstrak Biji Markisah dan Glutathione, Active Seed Complex Ekstrak Biji Chia dan Active Seed Complex Ekstrak Biji Chia dan ramuan memusam.

Avon True Nutraeffects Active Seed Complex Ekstrak Biji Chia dan ramuan memusam

Avon True Nutraeffects Active Seed Complex Ekstrak Biji Chia

Avon True Nutraeffects Active Seed Complex Ekstrak Biji Markisah

Avon Eve Duet adalah jenama haruman terbaru yang diperkenalkan oleh Avon. Ini adalah haruman yang diinspirasikan dari selebriti yang cukup popular iaitu Eva Mendes. Selaina daripada haruman EDT ianya juga datang losyen wangian.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk EVE DUET, boleh klik link ini ya!

Secara asas EVE DUET didatangkan dengan dua haruman iaitu RADIANT dan SENSUAL.
Untuk RADIANT, harumannya agak kuat sedilit kerana ianya memberi percikan bungaan seperti jasmin, water lily dan peony serta amber.

Dan apabila ianya digabungkan bersama dengan SENSUAL, haruman yang lebih lembut menjadikan kombinasi ianya cukup sempuran dan menyerlahkan penampilan diri kita.

Wangian ini bukan sahaja digemari oleh kaum wanita bahkan kaum lelaki juga boleh terjebak sama. Ini mesti nak belikan untuk isteri tercinta ni. Chewahhhh.

Banyak sebenarnya saya belajar dan dapat juga mengenali secara dekat produk Avon yang bakal mengegarkan pasaran 2018. Semuanya koleksi hebat dan terbaik.

Terima kasih juga kepada Ayang Kamell dan Puan Mazz dari Avon yang banyak berkongsi tips dan memperkenalkan produk-produk terbaik daripada Avon.

Terima kasih Avon diatas jemputan moga ke temu lagi di acara-acara yang lain.

So, uolls jangan lupa dapatkan produk-produk hebat dari Avon di agen-agen terpilih dan butik-butik Avon yang berdekatan dengan anda!
Expo Kecantikan Avon Perkenalkan Rangkaian Produk Hebat 2018 Bersempena Dengan Persidangan Jualan Kebangsaan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 23, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. bau Eve Duet memang best, tambah plak isteri yang pakai....perggghhhh

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.