Max Fashion Kini DiBuka Di One Utama


Ma
x Fashion
, satu jenama fesyen yang cukup popular di negara Timur Tengah  (Abu Dhabi) dan India, telah membuka outletnya yang keempat di One Utama.  Pembukaan outlet telah dirasmikan oleh Ramanathan Hariharan, Ketua Pegawai Eksekutif Max dan Pengarah Landmark Group. Selain itu majlis pembukaan ini turut dihadiri oleh selebriti tanahair Amber Chia, Instagram Popular (Insta Famous) Ashley Lau dan Brian See serta ahli media yang lain.


Terletak di Pusat Membeli-belah 1Utama, di Petaling Jaya, Malaysia, dengan keluasan 10,000 meter persegi.  Max Fashion menawarkan pelbagai jenis rekaan pakaian, beg, kasut, pakaian dan aksesori khas untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Untuk koleksi terbaru Max Fashion menawarkan
Spring Collections 2018.

Ramanathan Hariharan, Ketua Pegawai Eksekutif Max dan Pengarah Landmark Group berkata,

“We established our presence in Malaysia last year with the opening of our first store in IOI Mall – Putrajaya. Subsequently, we have opened two more stores, in Sunway Putra Mall & more recently, Avenue K Mall - all of which have been met with overwhelming success. Staying faithful to our commitment to serving customers in Malaysia, we have opened our fourth and flagship store at the 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya. We are keen to continue serving Malaysia’s young customer base that understand and appreciate great fashion.”
“In addition to serving our customers, we also aim to support society by adding substantial employment opportunities. With the new flagship store, we currently operate over 47,000 sq. ft. of retail space in Malaysia. By the end of 2018, we intend to increase this to 120,000 sq.ft. with over 200 employees across 10 stores”. He added, “Here at Max, we encourage individuals to embrace their individuality to bring out their own sense of style. We are proud to say that we are the leaders in the value fashion market in Middle East and India. We achieved this not only from offering great quality products but also from providing a fulfilling, world class shopping experience. We
wish to continue this and in doing so, increase our strong presence in Malaysia in the future”.

Selain daripada koleksi Spring terbaru, Max Fashion memperkenalkan koleksi Denim dan Activewear yang dikatakan antara produk yang bakal menjadi perhatian pelanggan. Ini kerana koleksi Max's Denim menawarkan rekaan yang berpersonaliti untuk memberi gaya yang unik dan tersendiri. Manakala koleksi Activewear menggalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif penuh gaya terutama melalui penglibatan sukan .

Sehingga kini Max Fashion masih kukuh antara peruncit fesyen yang terkemuka dan paling dipercayai di Timur Tengah dan India. Misi Max Fashion sendiri untuk membuka lebih outlet menjelang 2020.

**************************

Ini adalah pertama kali saya melihat koleksi dari Max Fashion . Bagi pendapat saya sendiri selain daripada kepelbagaian rekaan, koleksi yang ditawarkan juga agak 'trending' sesuai dengan citarasa masyarakat kita hari ini. Dan paling mengagumkan adalah harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan agak murah juga jika dibandingkan dengan kualiti produk yang ditawarkan.

Antara koleksi yang mencuri perhatian saya seperti pakaian, kasut serta aksesori kanak-kanak. Begitu banyak sekali pilihan. Paling menarik ianya tersusun kemas mengikut kategori umur dan jantina kanak-kanak. Jadi ianya memang memudahkan pencarian barangan anak terutama jika kita datang berbelanja di sini seisi keluarga.



Terserempak dengan Amber Chia yang begitu teruja dengan corak dan rekaan pakaian yang terdapat di Max Fashion.

Harga yang ditawarkan serendah RM10...ohmmmmgeee

Set pijama yang menarik. Corak yang tidak klise sepertimana yang biasa kita boleh didapati di pasaran.


Sesi nego bersama my Yara, hehehe

Feveret kanak-kanak semestinya - animasi Minnie Mouse

Terdapat juga alat tulis, beg sekolah ditawarkan disini.

Pelbagai pilihan kasut dan selipar yang menarik :-)

Stokin - murah dan cantik.

Selain daripada mencari barangan anak, saya juga berkesempatan meninjau barangan khas untuk kaum wanita. Not bad guys. Banyak juga pilihan yang menarik, memang rambang mata memilihnya.


Ok, ini antara pilihan jaket jeans yang saya cukup berkenan, hahahaha.


Pakaian ke pejabat pun ada ya. Saya sangat suka warna lembut bercorak 'plain' ini.



Banyak sebenarnya pilihan pakaian wanita. Jadi kalau uolls nak tahu rekaan-rekaan lain jangan lupa terjah Max Fashion hokeh !

Saya juga sempat melihat koleksi lelaki yang ada ditawarkan di Max Fashion, Harga yang ditawarkan adalah daripada RM10. Ada koleksi kasual denim, dan pelbagai lagi.













Berbelanja di Max Fashion memang memberi kepuasan. Kita boleh dapatkan segala jenis pakaian, kasut, aksesori dan pelbagai lagi dibawah satu bumbung. Untuk mereka yang selalu datang berbelanja dengan keluarga, pastinya tidak perlu pening kepala hanya terus ke Max Fashion untuk mendapatkan segala keperluan pakaian yang dicari.

 Nak dapat voucher RM10, bolehlah bergambar di Max fashion dan jangan lupa sertakan hashtag seperti di atas ya!


Max Fashion Kini DiBuka Di One Utama Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 29, 2018 Rating: 5

1 comment:

  1. The table with bookshelves will give you access to higher minecraft enchanting table setup
    , up to maximum level of 30. To reach level 30, you'll need 15 bookshelves total.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.