Mimosa Pacifier Clip Aksesori Comel Untuk My Yara

Saya rasa semua ibu akan mempunyai perasaan untuk melihat bayi mereka sentiasa berhias cantik. Rasa geram jer tengok anak-anak digayakan dengan pelbagai aksesori yang comel. Apatah lagi jika bayi kita itu perempuan, lagi bertambah bersungguh kita menghiaskan si comel memandangkan begitu banyak pilihan aksesori di pasaran.

Selain daripada sepit rambut, pengikat rambut dan banyak lagi, saya juga tertarik dengan 'pacifier clip'. Ini kerana my Yara memang memiliki koleksi puting yang digunakan hampir setiap hari. Jadi bila adanya klip aksesori untuk putingnya menjadikan saya sentiasa ingat untuk membawanya ke mana sahaja setiap kali kami keluar bersama.

Dan saya telah memilih Mimosa Pacifier Clip untuk kegunaan my Yara. Ini kerana ianya BPA free (jadi selamat digunakan terutama bayi), sesuai untuk semua jenis puting dan ianya dapat memelihara kebersihan puting setiap masa.

Menariknya, klip ini memang sangat kemas. Cara hendak membukanya juga ada teknik tertentu.

Hanya tolak sahaja klik ini di bahagian atas. Ianya akan terbuka seperti kita lihat didalam gambar di atas,

Seterusnya klip sahaja di baju. Tadaaaaaaaaaaaa. Menarik bukan? Hehehe

Siap ada reben lagi. Nampak comel jer terletak seperti itu :-)

Di hujung Mimosa Pacifier Clip ini kita ikatkan dengan puting anak. Memang sudah tersedia tali khas disitu bagi memudahkan pemasangan puting.

Nampak sangat bahagia ajer wahaj Yara apabila memakai aksesori ini bersama puting kesayangannya itu. Bagi saya sendiri bentuk Pacifier Clip ini juga memudahkan membuat carian puting didalam beg terutama di saat Yara sangat memerlukannya. 

Ok kengkawan  untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari :-


Boleh dapatkan produk ini di cawangan outlet Mothercare ya!
Mimosa Pacifier Clip Aksesori Comel Untuk My Yara Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 24, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.