HARGA RUNTUH DI GUARDIAN SETIAP MINGGU, SEPANJANG TAHUN


Yuhuuuu!! Nak habaq kat uolls ni, Guardian Malaysia telah mengumumkan untuk menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, sepanjang tahun 2018. Ini adalah satu langkah berani dan tanggungjawab sosial Giant Malaysia untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

CEO of Guardian Health & Beauty Malaysia, Soren Lauridsen bergambar bersama dengan jurucakap (duta) bersempena dengan Kempen Guardian Malaysia’s Knockdown Prices (dari kiri) Charis Ow, Era.Fm Radio DJ Ray DJ Haniff dan Jenn Chia

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilkan empat ke lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus. Bestkan, penjimatan yang berganda dalam berbelanja!

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia), Mr. Soren Lauridsen, berkata: “Kempen Harga Runtuh ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang secara langsung, dan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat secara signifikan.

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira dimana mereka berada, dan termasuk mereka yang lebih gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini, setiap hari Jumaat hingga Ahad,” tambah beliau.

Bercakap di majlis pelancaran kempen tersebut di Guardian Sunway Pyramid, Soren menjelaskan: 

“Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.”

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkatan kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini, setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.”

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaian, memandangkan persekitaran perniagaan semasa. Dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April 2018.


Soren menekankan bahawa Guardian juga telah melancarkan satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, dimana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40%. Psst: Untuk promosi 8-11 Febuari 2018, semua barangan kosmetik dijual pada harga diskaun 50%.
Tahniah Ray kerana telah dilantik duta untuk kempen terbaru daripada Guardian Malaysia!

Kitaorang yang begitu teruja untuk berbelanja bersempena dengan Kempen Harga Runtuh di Guardian. Banyak woooo senarai barangan nak dibeli. Dah alang-alang murah, haruslah restock mana  yang perlu :-)

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com.my

Comments

Kak Mahh said…
Melampau ni, tak sabar nak terjah. Selalunua time sale gini cepat saja habis produk di rak-rak.
onlajer said…
Pergh macam tahu ya ramai yang tengah dapat bonus tahun Bari. Mesti ramai yang beli product dari gurdian nih
Khir Khalid said…
Wahhh menarik.. hari ni pun antara hari harga runtuh nampaknya. Ok, boleh singgah dptkan brg2 keperluan sekeluarga.. mmg berbaloi sgt. Thanks sharing :)
Jia Shin Lee said…
I nearly forgotten about the 50% cosmetics for guardian thanks to your post I'm gonna go to the nearest guardian and grab some items I need because it is really worth buying now.
Okey, boleh gi usha barang di guardian pasni. Rugi klu ta kgrab peluang time promo camni
Shidah Abdullah said…
Ooooo baru tahu ada promo macam ni dekat guardian.. suka pergi guardian sebab baranf tersusun.. mudah nak cari. Promo mcm ni memang ramai la dtg

Jemput baca ==》 https://shidotdotcom.blogspot.my/2018/02/punca-dan-rawatan-mengatasi-masalah.html?m=1
amirnawawi said…
Alaaa bestnyer kak Ayu. Saya teringin nak shopp tapi kalau lelaki apa sangat bpleh beli kan. Tak semeriah kaum wanita..huhu

Takkan nak beli alat mekap pula. Tapi memang berbaloi la bila ada sale macam ni
Amanda Suria said…
Untung la Ray jadi dutan.bukan selalu lelaki diiktiraf duta kan..abis la..confirm terjebak lagi kalau pi guardian ni
Aneezah Johnson said…
best juga ada promo waktu perayaan ni,tak sabar nak shopping puas-puas kat Guardian nanti >O<
adianiez AIDA said…
Ini sudah sgt bagus.
Kosmetik. Brg harian. Supplement.
Terbaik la guardian.
Aida biasa singgah guardian.
Nice. Byk brg ada.
Skang, murah plak tu.
Tq for sharing!
Cindy Chan said…
Thanks for the info sis. Chinese New year is coming soon and my kids down with flu virus đŸ˜­ gonna restock their supplements already. The price discount is seriously good during their promo.
JMR said…
SEtiap minggu sepanjang tahun ke ni kak?
Bolehlah merancag beli kelengkapan setiap hari yg murah ni..hari lain elakkan pergi haha..kita pergi hari jumaat-sabtu-ahad je..
emi said…
Emi stress betul tiap kali ke guardian atau watsons kebelakangan ni. Asyik asa sale je. Semalam pun sempat singgab guardian kat au2. Mak aiii, orang ramai gila, pasu rak pun banyak yang dah kosong. Sale punya pasal.
Codex Sec said…
Kalo sudah mendengar tentang harga jatuh atau potongan, pasti selalu menjadi ramai pengunjung. Apalagi wanita ya. produknya banyak dan kebutuhannya pun.
I am Tini said…
Wahh bestnyaa...ni kalau sy ni.. Memang tak kan lepas kalau bab kempe2x no 1 punya..!
Sunshine Kelly said…
Wah! best nak pergi guardian now coz got a few products that i wanted to buy.
Juls Julie80 said…
salam perkenalan & ziarah kat sini..

pegi jgk ari ahad aritu...ramai giler orang kat Guardin & Watsons Alamanda...bersesak2 tp berbaloi dengan rega yang ditawarkan tu..hehehe

Popular Posts