Pav's Lover Bakery & Gift Menawarkan Biskut Raya dan Kek Lapis Pelbagai Rasa Dan Boleh Dibeli Dengan Membuat Pembayaran Ansuran

Pav's Lover Bakery & Gift menawarkan pelbagai jenis biskut, kudapan dan juga kek lapis Sarawak dengan pelbagai varian yang istimewa. Pemiliknya adalah Puan Norashikin Johar atau lebih dikenali sebagai IKIN PAVLOVA. Oh ya! nama IKIN PAVLOVA ini tercetus sejak beliau telah memulakan perniagaannya yang pertama iaitu pavlova satu masa dahulu.( hokeh pavlova Ikin antara yang tersedap yang pernah saya cuba). Membuat dan menjual pavlova adalah produk Ikin pertama sebelum beliau mengembangkan sayap perniagaannya kepada pembuatan brownies, red velvet dan pelbagai lagi. Menurut Ikin dalam setiap penghasilan biskut ataupun kek dari ketuharnya, beliau akan menggunakan bahan-bahan premium yang berkualiti tinggi. Ini bagi memastikan tahap gred kualiti produknya dapat dihasilkan yang paling terbaik dan mampu menggandakan kepuasan pelanggan ketika menikmatinya.

Namun pada tahun 2015, Ikin telah mula berkalaborasi bersama Blicious jenama produk yang mengeluarkan biskut-biskut "homemade" terutama pada musim perayaan seperti hari raya. Antara sebab mengapa Ikin begitu berminat memasarkan produk dari Blicious ini kerana kualiti biskut yang dihasilkan memang benar-benar memikat hatinya. Bermula daripada sebagai penggemar biskut Blicious dan akhirnya Ikin turut bersama-sama berkongsi kesedapan biskut Blicious dengan menjual/memasarkan produk ini kepada mereka yang juga mencari biskut raya yang terbaik. Paling penting segala ramuan, topping untuk menghasilkan biskut Blicious adalah menggunakan bahan-bahan premium yang berkualiti. Sepertimana yang sering di beri perhatian oleh Pav's Lover Bakery & Gift  - kecemerlangan produk melalui penggunaan bahan premium yang berkualiti tinggi.

Antara yang menarik di Pav’s Lover Bakery & Gift turut menawarkan penjualan biskut dalam kotak cenderamata. Ini terutama bagi mereka yang ingin hadiahkan biskut/kudapan/kek secara esklusif buat seseorang yang istimewa.

Untuk set Kotak Cenderamata/Gift Box -

Ianya mengandungi 3 bekas kecil dan 1 bekas besar biskut. Untuk pengetahuan semua di dalam satu bekas besar ianya mengandungi 45-50 biji kuih. Kenapa anggarannya didalam 45-50 biji? Ini adalah kerana adakalanya terdapatnya saiz biskut terbesar maka kuantiti akan berkurang kerana saiz ruang terhad.  Harga untuk setiap bekas besar tersebut adalah RM37 kecuali vampire cadbury yang dijual rm38/40biji sahaja. Untuk misteri box cookies, harga adalah bermula dari RM100 - rm150 mengikut kehendak pembeli.

Ini adalah antara biskut Blicious yang pernah saya cuba :-)
Red Velvet - Peminat red velvet pasti tak sabar untuk mencuba biskut ini. Warna merah menyala, dengan keranggupan biskut - krup krap krup krap dan paling best sebab ada topping white coklat dan milk coklat di atasnya.

Butterscotch Temptation- Ini adalah feveret saya. Sebab saya memang peminat butterscotch tambahan pula ada kacang gajus diatasnya. Padu!!!

Nutella donut - Biskut yang boleh membunuh diet saya, hahahahha. Bukan saya sahaja bahkan anak-anak saya pun sama. Dengan kemewahan Nutella diatasnya ditaburi kekacang badam menjadi biskut ini seperti biskut coklat premium terbaik di pasaran. Sekejap giler jer abis, macam satu bekas besar ni memang tak cukup.

Kalau dilihat pada biskut didalam bekas bersaiz besar, ianya diletakkan didalam bekas makanan yang sedia tampil menarik dan kemas. Jadi pada mereka yang rasanya nak terus hidangkan diatas meja pun tidak ada masalah. Ini kerana bekas yang didatangkan bersama biskut ini sudah tersedia cantik. 

Boleh buat pilihan produk bisut dan sebagainya di pamplet di atas ya! Macam-macam ada semuanya menarik pulak tu, huhu. Stress nak pilih, hahahah,

Produk-produk lain terdapat di #bliciousseries seperti:-

Black maria - atau kerepek brownies dijual pada harga rM30/200gm - kenapa harganya agak mahal? Ini kerana pembuatan biskut ini adalah menggunakan coklat premium berbanding produk yang sama  jenama lain yang berada dipasaran.


Dii pavslover bakery &gift turut menjual pelbagai kek lapis yang dijual samada secara single saiz atau kombo.

Untuk single saiz kek lapis berukuran 7x7 inchi dan terdapat 7 jenis kek antaranya:

A) kek lapis prune - RM110

B) kek lapis rempah - RM120
C) kek lapis cadbury - RM120
D)  kek lapis kenyalang - RM110
E) kek lapis blueberry - RM110
F) kek lapis asam manis - RM110

G) kek lapis cempedak - RM140

H) kek lapis combo - saiz kek lapis 3.5”x3.5” - RM120

 Kek buah lembab saiz 7x7” - RM65

Saya peminat coklat, so kek lapis cadbury ni memang jadi pilihan utama. Seterusnya kek lapis cempedak agak rare tapi sedap. begitu juga dengan kek lapis kenyalang, asam manis dan blueberry..semuanya sedapppp noks!

Saya juga suka dengan kudapan seperti popia dan samosa ni. Sebab saya dah cuba samosa ayam, memang kena repeat order balik, memang cepat jer licin bila makan sambil menonton tv :p



Bagi produk samosa udang dan popia ayam ianya dijual pada harga rm30/500gm.  Ranggup dan isinya juga agak padat dan enak.


Untuk tahun 2018 Pavslover dan #bliciouseries telah melancarkan #kutukuihraya dengan pakej : 4 bulan,  5 bulan dan 6 bulan, pembeli boleh memilih minima 5 jenis kuih utk dibuat bayaran ansuran bermula pada bulan februari dan berakhir hingga jun 2018.


Untuk pakej 4 bulan #kutukuihraya

Untuk pakej 5 bulan #kutukuihraya

Untuk pakej 6 bulan #kutukuihraya

My Yara memang suka warna merah hati. Jadi pilihan beliau tentunya biskut Red Velvet..

Budak kaki coklat, pastinya memilih Nutella Donut!! Makan tidak reti berhenti hokeh, huhuhu

Istimewa bagi pembelian Februari dengan setiap pembelian rm130 dan ke atas, uolls berpeluang menyertai cabutan bertuah yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM500 seorang untuk 3 pemenang.

Dannnnnnnnn istimewa untuk follower www.ayuarjuna.blogspot.my- 5 pembeli yagg menempah misteri cookies box sebagai hadiah untuk yang tersayang akan mendapat hadiah misteri. Best best best!

 T&C lain: Pastikan uolss like fb: pav’s lover bakery & gift dan juga follow ig  @asfieda_pavslover.

Peringatan Sekali lagi:
Sewaktu order dibuat kena mentioned saya follower blog www.ayuarjuna.blogspot.my

Jomsss.... order biskut, kek dan kudapan dari pav’s lover bakery ,
Mana tahu menang cabutan bertuah, rezeki rezeki rezeki...

Comments

mama tisya said…
nutella donut yummm...1st time ada dgr bisnes ansuran biskut raya ni
Yanty Lee said…
Bagus nya idea bayaran ansuran ni , ye la kan preparation nak raya pun dh tinggi. Rupanya ala - ala main kutu untuk jimatkan kos nanti , nanti sis come back kalau berminat. Kena tanya mom bab-bab kuih raya ni. tak sabar pula nak raya bila tengok kuih - kuih ini.
el said…
alamak kuih raya dah start..sedap2nya biskut2 kek2 bagai..siap ada boleh buat kutu lg untuk byr ansuran..insyallah kalau berminat nanti..kita roger balik ok
Khir Khalid said…
Bagusnya boleh buan ansuran.. setidaknya mmg boleh menjimatkan sbb taklah sendat bajet semuanya nak dibuat masa raya dah hampir. Sgt membantu utk persiapan awal sebelum menjelang kesibukan raya nanti.. thanks sharing :)
Syafiera Yamin said…
eh macam dah nak raya pula, siap ada pakej ansuran, kalau I tengok macam mampu pakej 1 dan pakej 2 tapi nape pakaej 1 tu bertanda X adakah sudah penuh ?

Huwaaaa... geram tengok red velvet tu nak tester ada ke ?
asfiedaimpiana said…
Kutu @ ansuran mmg untuk memudahkan pembeli agar tak rasa terbeban..don’t miss this opportunity - ada lucky draw utk yg bertuah lagi.. 😍
adianiez AIDA said…
eh tadi baru baca kat blog satu lagi.
sistem kutu kuih raya ni.
aduhai. da start dah bunyi-bunyi raya ekk.
all kinds of kelengkapan raya. da kena ketepikan bajet ni.
thn ni ada beberapa biskut raya aida bakal buat sendiri, in shaa Allah...
memang mahal kuih raya skang.
sistem kutu ni dpt la bantu kot utk tidak ganggu bajet menjelang raya.
Fadzi Razak said…
Tak sangka kuih raya pun boleh main kutu. Kagum ni sebenarnya. Tapi kalau main kutu, bagus lah nak buat awal awal camni. Kalau buat lambat lambat takut tak sempat
Mimi Azirah said…
Wah kek lapis tu sedap. First time baca ada bayaran ansuran untuk biskut raya dan kek.bagus juga dia buat mcm ni...main kutu pun byr ansuran juga kan.sekarang nih kuih raya dan kek pun ada sistem kutu.tadi saya ada juga baca di satu blog ni ada pasal ni juga kak
ai said…
Nampak sedap semua kuih raya tu. Nyum2.. Samosa tu lagi lah nampak best.
mummy_ayu said…
wah..menariks ni..leh order and bayar sikit2 kan.. good idea!! nak jengah lah..tq for sharing!!
Mohd Zarin said…
Wow.. dah mood nak raya dah kalau macam ni bila tengok-tengok kuih yang menarik dan sedap. Harap semua dah ganti puasa ye sebelum plan nak rayo tu.. hehe. Tapi apa-apapun semua pilihan kuih raya ni memang nampak sangat-sangat sedap dan mengujakan. Terasa macam nak beli sebelum hari Raya semata-mata nak rasa.
Nutella donut tu menguji keimanan. eceh...Nampak nya dah kena buat persediaan untuk raya dah ye. kuih raya pun start promosi. Bagus dorang buat skim ansuran macam ni. boleh la AR join jugak kutu kuih raya
irra yyan said…
Kita dok cari alamat kat mana tak junpa..ka mata dikaburi kek lapis yg yummy. Biskut yang pelbagai rupa..ya ampun, teringinnya nak makan..ini order just untuk raya je eh? Nak beli skarang boleh ke?
iffah hussin said…
wahhh banyaknye persediaan untuk raya, semuanya nampak sedap sekali... sistem kutu tu menarik tapi ahli-ahli yang join kena jujurlah... betul tak? good luck
Maha Mahu said…
Paling saya suka dalam banyak-banyak biskut ini adalah samosa dan popiah tu kalau dapat seabalang boleh habis makan seorang. hehehehe awalnya oerder kuih raya wakakakak. Dah daftar ezbuy.
Cindyrina Rina said…
Cepat betul dah kuih raya teaser ni. Semua cookies dia nampak sedap sedap. Ni boleh naik cholesterol ni. Kutu for kuih raya??? something new to me. Ada jugak...
Sedapnya ayu. Semua nampak sedap. I siap beli lagi dari Shikin. I beli samosa. Rangup giler u. Ok lah kan ada bayaran ansur2 tu. Tak le membebankan....
Mawardi Yunus said…
Wah kek lapis. Macammacam tawaran pulak tu ada.raya dah tak lama kan 😂. Nanti boleh oder sini
Akula said…
nampaq sedap tul
Kylie wenn said…
nampak sedap, boleh beli untuk cny cookies.. yummy!

Popular Posts