Penjagaan Botol Susu Anak Menggunakan Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer

Saya sebenarnya sudah lama mencari produk yang boleh berfungsi sebagai 'sterilise' dan juga mengeringkan perkakasan kegunaan harian anak-anak saya. Ini kerana sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kisah/isu mengenai penyakit yang salah satu punca ialah tidak 'hygience' ataupun penjagaan kebersihan yang tidak optimum.

Terutamanya botol susu anak yang mana mereka akan mengunakannya lebih dari sekali setiap hari jadi perkara yang perlu diambil berat adalah 'adakah ianya benar-benar bersih dan bebas kuman?'. Diperkenalkan oleh seorang rakan tentang jenama Mimosa 2-in-1 Baby Steam Sterilizer & Dryer, produk dari Malaysia tetapi kecanggihannya setaraf dengan produk sedia ternama menjadikan saya begitu teruja menggunakannya. Apatah lagi ianya boleh didapati di semua outlet Mothercare. Jadi kita tidak ada masalah untuk mendapat produk ini tanpa perlu  menunggu proses penghantaran dan sebagainya.

Ini adalah perkakasan yang datang bersama Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer. Terdapatnya penutup, tray, sudip (pemegang), cawan penyukat air waranti dan pelbagai lagi.
Hendak menggunakannya cukup mudah, hanya lalui beberapa langkah seperti di bawah.

Sebanyak 180ml air dimasukkan di bahagian ini. Pastikan air benar-benar cukup bagi memastikan proses 'sterilise' berlaku dengan sempurna.

 Masukkan botol-bootol susu yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Untuk Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer sebanyak 7 botol boleh dimasukkan dalam satu-satu masa.

 Di bahagian atas,kita boleh letakkan 'tray' dan seterusya kita susun penutup dan puting yang digunakan. Ini adalah penting memandangkan puting digunakan secara 'direct'/terus ke mulut kanak-kanak. Jadi kita kena pastikan ianya betul-betul bersih dan bebas kuman.

 
Pastikan tray ditutupkan dengan kemas. Seterusnya tekan butan 'ON' di bahagian depan. Dan kita akan lihat lampu biru akan bernyala.

 Untuk proses 'sterilize' ianya mengambil masa dalam 12 minit dan untuk proses pengeringan ianya mengambil masa hampir 30 minit. Menariknya untuk dua proses ini kita tidak perlu duduk menunggu di hadapan produk. Ini kerana setelah siap proses sterilise' dan pengeringan, produk Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer akan mengeluarkan bunyi "BEEP" sebanyak 3 kali.

Pastikan kita menggunakan pengepit yang diberikan. Ini bagi memastikan produk yang kita siap 'sterilise' dan dikeringkan benar-benar bersih serta selamat digunakan.



Dua beradik ini yang masih menikmati susu didalam botol susu mereka. Sebenarnya selain daripada botol susu kita juga boleh masukkan cawan minuman si kecil, sudu dan garfu plastik kepunyaan mereka dan banyak lagi. Bestkan....

So uolls kalau nak dapatkan produk Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer atau penerangan lebih lanjut boleh layari:-



Kebersihan dijaga,
Kesihatan terpelihara,
Si manja ceria,
Ibu pasti bahagia.

Comments

Yanty Lee said…
Kekdah barangan sekarang ni memudahkan ibu yang selepas bersalin sekaligus menjimatkan masa. Terjamin kebersihan juga kan. Bagusnya.
Mimi Azirah said…
Wah bertambah mudahlah para ibu nak sterilise botol susu anak ye kak.tak yah dah nak rendam dengan air panas lg lepas ni
emi said…
Kakak emi dulu-dulu masa anak pertama memang dia guna steriliser ni. Cuci berkali-kali la botol tu demi nak jaga kebersihan botol susu. Tapi bila dah anak kedua, makin kurang guna. Sebab dah kelam kabut tak sempat nak focus dekat satu benda tu je, kejap anak menangis la apa la. Haha
Kak Mahh said…
Canggih sekarang. Kalau dulu mak-mak setiap hujung minggu kerjanya merebus botol susu anak jer.Sebenarnya bagus. Ianya menjamin kebersihan botol dan secara tidak langsung kesihatan anak terus terjaga.
Botol susu dan puting susu tu memang kena sterile Elok-Elok. Bagus ada produk ni kat setiap rumah walau berlainan jenama. Sebab penyakit bayi bermula dari apa yang dia makan minum. Puting kalau dah huduh pun bleh terus buang kan kak. Hehehe. Takyah la sental ngan berus dawai. Hehe. Sterilized ni memang patut ada setiap rumah.
Amanda Suria said…
kebersihan puting dan botol susu sangat penting untuk bayi kita, zaman SA dulu benda ni tak berapa banyak dan SA sterile secara manual aje ikut kaedah yang diajar kementerian kesihatan. Sekarang awareness tentang semua ni semakin meningkat kan...bagus bila dah ada product khas..product macam ni perlu ada dalam setiap rumah
Miza Talib said…
Bestnya ada produk macam ne, rasa macam nak bersalin lagi
Cerita Huda said…
cantik lah design sterilizer Mimosa ni. Anak2 huda dua2 tak minum botol, kalau tak teringin juga nak beli sebab cantik design strelizer ni
adianiez AIDA said…
aida ada jugak dulu ni. time izzat. now da tak bleh guna dah. so kukus aje botol izzat.
sgt bagus. utk kebersihan botol anak kita, kan. if tak bersih and sterile dgn betul, kuman botol tu. apa lagi, kuman masuk ke susu dan terus ke perut anak. aduhai.
time nurin & syuhada dedolu, aida kukus aje. tak tau pasal ni :)
tq for sharing perkara yg bermanfaat ni.
Jia Shin Lee said…
Wow this is a great product, thanks for sharing cause it's gonna be useful for me, btw do u mind sharing the price as well?
Fadzi Razak said…
Dulu sebab Aneeq direct latch je, memang tak beli pun sterilizer. Ada je botol susu untuk emergency kalau-kalau tak dapat nak minum direct. Tapi biasanya kalau Aneeq minum susu yang pam, dia guna cawan. Saya cuci botol yang pakai sekali sekala tu pun rendam guna air panas je
irra yyan said…
Kalau botol susu guna sterilizer ni, tak lah kulat2 kat puting botol tu ye? Hurmm nanti ada baby lagi kena ada lah satu benda alah ni..untuk kebersihan botol susu
Bella Jamal said…
Tak pernah tahu akan info ni. Rasa perasan mak-mak rendam air panas je kot zaman dahulu. Teknologi dah maju dan begitu juga peningkatan penjagaan kesihatan budak dan bayi. Mesti kena ada benda ni untuk kegunaan di rumah.
Hanny Abdullah said…
Zaman anak2 sis baby dulu memang pakai juga cam ni utk bersihkan botoi depa brand mothercare,..tapi tak ingat leh keringkan ke idak. Sekarang ni dah makin canggih dan mcm2 jenama plak yg ada
sangat bagus ada Mimosa 2-In-1 Baby Steam Steriliser & Dryer. memang jimatkan masa dan memudahkan kerja para ibu. kebersihan pun terjamin

www.maisarahsidi.com
dboystudio said…
sukanya ibu2 yang jaga kebersihan botol2 anak-anak nie. dorang senang jer sakit sbb muda2 lagi. hope dapat mengelakkan apa2 bakteria dan virus
Mawardi Yunus said…
Menarik produk ni. Nampak mudh betol nk handle. Nanti nk suggest kat abng n kak la suh beli. Yng penting bersih dan jimat masa.
Lia Hasty said…
Berguna betul produk ni nak bagi anak minum susu pun rasa selamat je kan. Elakkan dari penyakit juga kan. takut terkena virus or apa.
Mohd Zarin said…
Produk yang berguna untuk para ibu, bukan senang nak pastikan botol susu dijaga dengan bersih. Nasib ada produk macam ni ringan sikit beban ibu
JMR said…
Bagusnya ada produk yang berkualiti dgn harga berpatutan. Biasanya kami akan merebus botol-botol tu semua..hehe..nak kena cari la satu. senang kerja kerja sterilize botol susu dua org hero kami tu

Popular Posts