Produk Swissvita Untuk Saya dan Yana

Dari mata jatuh ke hati, begitulah betapa pentingnya 'mata' dalam kehidupan kita. Tetapi yang sering dialami oleh kebanyakan kita adalah masalah garis-garis halus atau kedutan di lingkaran tepi mata. Apatah lagi wanita yang sudah beranak pinak lagilah bertambah garisan di tepi mata tersebut.

Ini adalah masalah kulit dikeliling mata saya. Ada lingkaran hitam sebab saya kurang tidur (tak cukup tidur setiap hari). Mana tidaknya setiap hari tidur agak lewat dan seawal pagi sudah bangun untuk menguruskan keluarga. Selain itu saya sudah bersalin banyak kali, orang kata setiap kali bersalin 1000 urat kita akan putus. Jadi yang paling ketara adalah kelihatan garis-garis halus di bahagian kulit luar mata. Makin lama semakin pula ketara kedutannya seiring dengan pengijakan usia.

Tapikan takkanlah kita nak kelihatan tua pada usia yang bukan sepatutnya. Alangkah kita indah kita boleh jaga dan memihara kulit kita agar terus nampak muda. Seperti meremajakan kulit. Jadi bahagian mata ini adalah 'spot' yang perlu kita ambil berat.

Saya telah mencuba Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream daripada ALLYOUNG International Malaysia. Ini adalah melalui rekomen rakan-rakan yang pernah menggunakannya dan paling penting keberkesanan setelah guna secara konsisten.

Harga untuk produk ini adalah RM115 untuk saiz 15g.

Produk ini ianya TIDAK MEMPUNYAI PARABEN, TANPA PEWARNA SERTA ALKOHOL DAN TIADA WANGIAN TIRUAN didalamnya. Ianya berasaskan air dan menyerap dengan cepat (tidak melekit tau).

Lihat pada pembungkusan, kita memang puas hati kerana ianya benar-benar praktikal dari segi saiz (boleh diletakkan dalam tas tangan dan dibawa ke mana-mana sahaja). "Packaging" menarik kerana ianya dari aluminium yang ber'sealed' kemas.

Produk ini dikatakan dapat membantu dari segi mengurangkan garisan halus di mata, mengurangkan kedutan (faktor usia), menghilangkan lingkaran mata hitam dan mengelakkan mata dari kelihatan sembab (puffiness).

Untuk aplikasi krim mata ini sangat mudah, hanya letak sedikit (small dot) dikelilingi kulit mata yang telah dibersihkan. Gosok perlahan-lahan. Boleh pakai siang dan malam (sekali).  Ianya memang sesuai untuk semua jenis kulit.

Best tentang produk ini, dia dapat menganjalkan kulit di bahagian luar mata kita dalam masa 7 saat sahaja selepas menggunakannya. Kesan lingkaran hitam juga boleh hilang dalam masa 7 jam dan boleh menghilangkan garis halus dalam masa 7 hari!

Produk Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream ini memang saya bagi khas untuk anak saya Yana. Produk ini dikatakan dapat mencuci secara mendalam, dapat membersihkan kulit wajah kita dengan cemerlang terutama bagi mereka yang mengalami masalah jerawat. Dan harga untuk produk ini adalah RM80.

Lihat sahaja pada kulit Yana yang agak terut kemunculan jerawat di mukanya, Ini mungkin juga gaya hidup Yana setiap hari yang aktif bersukan, selain daripada jenis kulit yang berminyak. Saya begitu risau melihat keadaan jerawat di mukanya yang semakin bertambah.

Jadi saya telah memperkenalkan produk ini pada Yana dan mengarahkan beliau menggunakannya setiap hari terutama sebaik bangun tidur di waktu pagi dan sebelum masuk tidur di waktu malam. Produk berasaskan asid citric ini mampu membuang segala 'blackhead' dan kandungan ekstrak tumbuhan dapat mengurangkan kesan minyak di bahagian T-Zone di bahagian muka.

Paling penting produk ini selamat dari segi perubatan, anti oksida dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit yang ada masalah jerawat (samada jerawat jenis besar yang bernanah, jerawat kecil berpasir dan sebagainya).

Sesuai untuk semua jenis kulit samada kulit berminyak atau kombinasi jenis kulit. Ianya boleh dipakai setiap hari di waktu pagi dan petang. Semasa menggunakannya muka kita akan rasa bersih, dan ianya berbuih banyak juga biarpun kita hanya letak sedikit sahaja amaun sabun. Cuci keseluruhan muka dan bilas dengan air yang bersih.

Lap kering-kering ya. Dan produk ini dikatakan berkesan untuk menghilangkan jerawat dalam tempoh 7 hari sahaja.

Kedua produk ini  Swissvita 3D Micrite All Use Eye Cream dan Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream boleh didapati dari AEON Dato Onn Johor Bahru ataupun boleh dibeli diatas talian :



Dan untuk pembelian di allyoung.my, kita boleh dapatkan diskaun sebanyak RM10 dengan masukkan kod SWA10 (tanpa minimun perbelanjaan). Promosi ini sehingga 28.2.2018.

Lebih ceria dan tampil muda dengan produk Swissvita yang sesuai untuk semua :-)

Keterangan lanjut boleh layari:

Comments

Yanty Lee said…
Mmg lingkaran mata xcun.. Makeup pun susah benar nak cover. Bole dapatkan ni.
Kak Mahh said…
Boleh tahan juga harganya. Yang penting ianya mujarab Dan bertambah baik untuk lebih cantik.
Comel Azhar said…
saya penah gun aproduk ni, yang pasti krim moisturiser die sgt bagus dan boleh keringkan jerawat
emi said…
so prosuk swissvita ni blh kurangkan kedut2 kat muka eh? Macam menarik jugak ni
Coretan Masa said…
belum pernah cuba produk ni... but nmpak menarik jugak..
adianiez AIDA said…
wow tertarik aida dgn cleanser yg Yana guna tu.
sebab anak dara aida pun alami problem jerawat tau.
now aida try guna safi. bcoz tak jumpa yg sesuai lagi.
tq for sharing ye.
and for mata tu, hmmmm masalah aida juga now :(
memang nak kena try ni.
Zharif Azis said…
Banyak dengar feedback positif pasal produk nie. Boleh lah suggestkan dekat kawan yg mempunyai masalah kulit muka yg teruk
Jia Shin Lee said…
I'm a big fan of swissvita products, they really live up to its name.
Khir Khalid said…
Menarik produk ni.. garis2 kat mata ni pun dah mula nak nampak dah. Boleh juga dapatkan nanti.. lagi satu bagus utk anak saya yg mula dah ada jerawat ni.. thanks sharing :)
Lady Lisaa said…
Lisa pun ada masalah garis halus dan warna gelap kat bawah kulit and memang tengah cari produk yg macam ni. paling penting paraben free dan achohol free sebab kalau benda ni ada dlm produk kulit bahaya. nanti nk usha kat lazada lah...heheh
Dik bee said…
Nak jugak la cuba sebab dah ada garisan dan dark circle kat mata ni. kalau pakai spek boleh gak sorok tapi kalau pakai lens mmg terserlah la garisan2 tu..
Cerita Huda said…
Bagus la produk ni. Bebas paraben selamat di gunakan
irra yyan said…
Tang mata tu, irra pon sama.. tdo paling lewat, kena bangub awal.. tapi apa pon, kita tetap kena jaga juga supaya xnampak lebih tua dari usia..boleh cuba juga ni
Bella Jamal said…
Memang tak lari dari masalah mata panda ni. Pertama kali dengar jenama ni. Krim yang ada pun mals betul nak pakai. Dah tgk post ni kena rajin kan diri balik lah.
Mawardi Yunus said…
wah wah sis patut la makin cantik berseri2 sekarang.
Sunshine Kelly said…
Read foo reviews about this brand, will check out the product soon .
iffah hussin said…
Mata Bonde memang ada lebam macam mata panda, maklumlah keja hadap komputer memang sentiasa letih, sesuailah guna untuk mata Bonde.. kena dapatkan satu jugak ni.

Popular Posts