Tiga Produk Mimosa Yang Kerap Saya Bawa Ketika Melancong Bersama Yara dan Ameer

Melancong bersama keluarga sememangnya antara aktiviti yang paling saya dan suami sering lakukan setiap tahun. Biarpun anak kami ramai dan semestinya memerlukan bajet yang besar, namun aktiviti melancong tetap diteruskan. Selain daripada pakaian, snek, tiga produk dari Mimosa ini sentiasa menjadi pilihan saya setiap kali saya travel bersama Yara dan Ameer.

Selain daripada saiz sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja, produk ini juga sememangnya barangan keperluan utama buat Yara dan Ameer.

 Baby Brush & Comb Set
Menarik tentang set sikat ini ialah saiznya yang mudah di bawa ke mana sahaja. Materialnya pun sangat best iaitu daripada plastik yang tebal dan berkualiti. Bila kita pegang terasa begitu kemas kerana kita boleh 'grip' dengan selesa bahagian pemegangnya. Paling penting bahagian sikat tidak tajam dan sesuai untuk menyikat rambut bayi/anak kecil yang lembut dan halus. Nak bersihkan sikap ini mudah sahaja, hanya bila dengan air dan lap kering.


 Mimosa Travel Milk & Snack Dispenser
Saya rasa kebanyakan ibu yang mempunyai anak kecil sangat memerlukan bekas makanan khas untuk meletakkan susu bayi seperti diatas. Apatah lagi bekas ini datangnya berwarna-warni menjadikan ianya sangat menarik untuk dibawa melancong :-)

Bebas BPA menjadikan bekas ini juga selamat digunakan bayi/anak kecil. Terdapat 4 bahagian dengan saiz  untuk menyimpan sehingga 120ml setiap satu,

 Mudah diselia, hanya pasang mengikut turutan sahaja. Dan di bahagian atas terdapatnya tali pemegang yang memudahkan untuk kita membawa ke mana sahaja.

Kita boleh meletakkan serbuk susu, snek ataupun biskut didalamnya. Contohnya seperti saya untuk sekali bancuhan sebotol susu saya akan letak di satu bekas. Jadi ianya lebih mudah dan lebih 'hygience'.

Kita boleh juga menggunakan penutup paling atas bagi memudahkan untuk membuat penuangan dan sebagainya. Ianya lebih mudah tabpa perlu menggunakan utensil setiap kali ketika hendak membancuh susu.

Mimosa Multi-Purpose Food Cutter & Masher
Saya paling suka produk ini. Ianya ibarat penyelamat saya setiap kali penyediaan makanan untuk Yara ketika melancong. Pembuatannya dari gred plastik berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan Phthalate jadi ianya selamat untuk kegunaan bayi/kanak-kanak kecil. 

Ianya didatangkan dalam bekas bertutup jadi memudahkan kita untuk menyimpan dalam beg yang dibawa dalam trip melancong.

Alatan ini mungkin agak 'rare' untuk setiap ibu tapi percayalah ianya sangat berguna terutama jika kita hendak menyediakan makanan khas buat bayi/anak kecil kita. Ini kerana bayi/anak kecil memerlukan makanan solid yang lembut dan tidak perlu mengunyah dengan kerap.

Contohnya seperti sayayang  hendak menyediakan puri pisang buat Yara. Jadi saya hanya menggunakan Mimosa Multi-Purpose Food Cutter & Masher untuk melenyekkan makanan tersebut tanpa perlu sentuh. Dan ini sangat berkait dengan faktor kebersihan juga.

 Kita juga boleh lenyek (mashed) makanan dalam bekas makana seperti ini. Mudah dan pantas bukan? Produk Mimosa Multi-Purpose Food Cutter & Masher ini juga sangat mudah dibersihkan. Hanya bilas dengan air bersih.

 See my Yara yang gembia dengan puri pisang kegemarannya.

Dan nak makan sendiri tanpa pertoloingan mummy, aishhhh...

oh ya! Semua produk Mimosa boleh didapati di butik Mothercare ya..

Keterangan lanjut boleh layari:-

Comments

adianiez AIDA said…
bagusnya food cutter & masher tu.
mudah kita travel and bagi anak makan.
takde la susah payah nak lenyek dgn sudu or garpu :)
dulu kala, aida memang ada few milk dispenser.
penuh la beg dgn milk dispenser, sebab mudah kalu travel.
produk yg bagus dan pasti berkualiti ni.
Baru tau ada produk macam ni. Cutter & masher tu. Hehe napak sgt mak bdk ni main bedal je. Lepas tu kan milk & snack dispenser dia pun comel sgt. Masuk mother care tgk2 pastu keluar blk sbb xtau nak beli apa. Sbb mahal jgk kot. Bkn sbb xtau nak beli apa. Haha
Syafiera Yamin said…
anak dah besar, tak de dah bawa semua benda benda ni, hahahha tapi comel pula barangan macam ni.. yang sikat tu lawa betul, eh rasa cam nak tambah anak anak pula bila tengok anak anak akk ayu ni.. omg cepat unfollowwww
el said…
menarik betul produk ni..yg best boleh bw travel kemana2..tak makan ruang sangat..dia punya warna pun ceria..mmg senanglah kerja mak2 ni kan hihi
Kak Mahh said…
Oooo. Baru tahu mengenai produk ini. Sangat menyenangkan ibu. Cepat Dan pantas.
Mek Onie said…
Wahhhhh! Yg cutter tu memang rare gilalah. Onie sendiri yang takde anak ni pun teruja gila dengan alatan semua ni. Hopefully berguna pada ibu diluar sana dan onie pun even bujang, akan take noted benda semua ni. Hehe
Cindyrina Rina said…
Travel milk casing tu memang convenient and menarik. Mudah perjalanan and tak de ar kalut je time nak buat susu anak.
Mimosa ni kira jenama baru jugak kan. Tapi berkenan betul dengan Mimosa Multi-Purpose Food Cutter & Masher tu. Nak beli, tapi anak dah besar pulak ☺
Norfanil said…
First time dengar ni. COnvinence. bagus untuk yg ada anak. lepas pakai kena simpan elok ni. kalau anak2 buat main, xjadi apa dah.. haha
Mohd Zarin said…
Wow.. comelnya benda-benda ni. Memang tak sangka function dia macam tu bila sekali pandang tak terfikir. hehe. Memang sangat berguna untuk para ibu, anak-anakpun mesti ingat to mainan. Jadi time makan pun lebih seronok buat anak-anak

Mimi Azirah said…
Anak saya dah besar dah baru saya tahu ada produk cutter tuh.lagi mudah guna.xperlu sentuh dah boleh sediakan puri untuk baby.sebelum ni buat kaedah biasa saja.kalau ada rezeki ada baby lagi,boleh beli barang baby nih
bagus la bekas kecik kecik tu. senang nak asingkan makanan
JMR said…
Tertarik dengan Mimosa Multi-Purpose Food Cutter & Masher tu. Macam perlu je item ni bila travel dengan anak kecil kan. Next baby kena cari satu lah
Yanty Lee said…
Tu dia , zaman skarang ni semua nya sangat memudahkan untuk kita nak ke mana shaja. Senang kan. Comel juga barang - barangnya.
Kin Naz said…
Bestnya semua produk ni. Bagus sangat, nampak lebih hygeine la. Anak pun dah besar tak perlu nak buat puri dah. Insya Allah ada rezeki ada baby lagi boleh beli satu.
Lady Lisaa said…
Lisa berkenan dengan food cutter and masher tu bagusnya untuk siapa yang ada ank kecil. Macam Lisa tak pernah terpikir pula nak beli product seperti ini. At least bila baca entry pos ni,boleh beli untuk anak yang seterusnya.
Dik bee said…
kemain comel produk mimosa ni. wpun comel tapi sangat berguna time travel. Ye la, bila travel kan limited barang yg boleh dibawal. So, memang perlu la produk2 begini terutama untuk family yg ada anak kecik kan. bagus betul...
juelee said…
comelnya produk mimosa niiii
Khairul Zamri said…
Boleh tahan juga produk ini kalau tengok pada bentuk dan kualiti sangat memuaskan ini beli sekali boleh guna lama ni
Bella Jamal said…
First time tahu pasal barang-barang untuk baby ni. Iyalah, kalau dah melancong nak bawa brg budak2 lagi. Baguslah Mimosa ni, memudahkan ibu bapa masa travel.
tenku butang said…
TB berkenan pulak tengok semua produk dari mimosa yang TB baca dan lihat di entri ni.. peralatannya nampak unik dan berguna.. TB rasa boleh lah cari benda2 ni untuk persiapan nak travel nanti
Shiqin Sunshine said…
Wahh berguna gak semua tu especially case bertingkat tu heee

Popular Posts