CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

Kenalkan Carrie Junior Funtime Wipes, tisu yang sangat berguna terutama kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan aktiviti setiap hari. Amalan-amalan seperti lap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas aktiviti seperti makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi sekaligus dapat memastikan tangan anak bersih dan bebas kuman.

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik.
Didatangkan pek yang dikedap kemas tetapi mudah dibuka. Pek ini juga agak kompak dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja setiap hari.

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.

Produk ini telah diuji secara dermatologi dan disahkan HALAL serta mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Jadi untuk Ameer dan yara sangat sesuai. 

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helai dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST
CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 15, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.